Ubisoft telah pun mengumumkan game mobile terbaru mereka untuk francais Tom Clancy iaitu The Division Resurgence. Game shooter itu merupakan sebuah game canon yang berlaku semasa The Division dan The Division 2. Kami berpeluang untuk menemu ramah penerbit eksekutif untuk The Division Resurgence, Fabrice Navez. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan dengan temu ramah tersebut. Untuk pengetahuan anda, temu ramah tersebut telah diedit supaya mudah difahami.

Bolehkah anda terangkan proses dalam membawakan game The Division ke mobile?
Fabrice: Konsep teras The Division Resurgence adalah supaya kami dapat membawa Division Universe kepada khalayak ramai. Game mobile adalah pilihan terbaiknya. Dalam membangunkan The Division Resurgence, kami mengambil banyak masa untuk menyesuaikan game untuk peranti mobile, sambil kekal kepada Division Universe. Bagi kami, ia juga sangat penting bagi kami untuk The Division Resurgence diakses sepenuhnya untuk pemain baru.
Sebagai game yang dibangunkan untuk mobile, maknanya terdapat penyesuaian besar pada kawalan, kebolehbacaan (untuk skrin kecil) dan juga perubahan rentak yang membolehkan pemain untuk bermain dalam sesi yang lebih pendek. Sudah tentu, jika anda mahu bermain selama tiga jam, anda masih boleh!

Sudah hampir setahun anda mengumumkan judul game ini sebagai sebahagian daripada perancangan transmedia The Division. Boleh ceritakan proses pembangunannya?
Fabrice: The Division Resurgence adalah game yang sangat bercita-cita tinggi. Jadi kami mahu mencapai kualiti yang hebat untuk game ini – dan ianya memakan masa.
Jika kami terpaksa memilih satu sorotan dari masa kami membangunkan game itu, saya boleh katakan penghasilan semula “Urban Open World” adalah satu pencapaian besar dan kami amat berbangga dengan hasilnya. Kami masih kagum dengan betapa immersive-nya dunia tersebut.

Boleh ceritakan sedikit tentang penceritaan game ini dan bagaimana ia berkait dengan tajuk Division yang lain?
Fabrice: The Division Resurgence ialah cerita canon, bermula daripada permulaan IP – iaitu zaman huru-hara awal semasa krisis racun hijau sehingga peristiwa dalam The Division 2. Ceritanya juga memfokuskan pada kesan selepas Division 1 dan meneroka apa yang berlaku di kota New York.
Boleh ceritakan sedikit bagaimana monetization dalam game ini akan dilakukan?
Fabrice: Kami akan kongsikan mengenainya nanti. Apa yang kami boleh katakan ialah objektif utama idalah untuk mengekalkan game adil dan seimbang untuk semua pemain.

Ramai pemain yang bermain The Division atas pelbagai sebab tidak kiralah mod PvP seperti Dark Zone ataupun Co-op. Adakah kita akan melihat kepelbagaian yang sama dalam The Division Resurgence?
Fabrice: Sudah tentu, dunia terbuka kami adalah dalam talian sepenuhnya dan dikongsi antara pemain. Jadi, anda boleh berharap untuk berjumpa dengan pemain lain semasa meneroka bandar dan bekerjasama untuk menyelesaikan acara dunia bersama-sama. Semua misi boleh dimainkan dalam co-op sama seperti game original, dengan bekerjasama. Dark Zone dan mod PvP lain juga akan termasuk dalam game.
Berapakah besar dunia dalam game ini?
Fabrice: 4.5 km2
Ada perancangan untuk menambah mode Battle Royale dalam The Division Resurgence?
Fabrice: Buat masa sekarang ini, kami fokus untuk ujian alpha tertutup untuk The Division Resurgence.

Harap-harap temu ramah ini memberikan anda gambaran jelas tentang apa yang akan menanti anda apabila game ini lancar. Anda boleh pergi laman web rasmi Ubisoft untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan Tom Clancy’s The Division Resurgence. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post