Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview The Elder Scrolls Online: High Isle – Proses di sebalik tabir expansion terbaru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2022 - Updated on April 15, 2022
in Artikel, Berita, MMO, PC, Temuramah
0 0
0
Interview The Elder Scrolls Online: High Isle – Proses di sebalik tabir expansion terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Butiran lanjut tentang expansion terbaru The Elder Scrolls Online: High Isle baru sahaja diumumkan oleh Zenimax Online Studios dan akan membuat kemunculan pertama pada 6 Jun untuk PC dan 21 Jun pada konsol utama. Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh baca preview kami di SINI. Sempena itu, Rich Lambert selaku Pengarah Kreatif, telah setuju untuk menjawab beberapa soalan kami dalam interview tentang expansion High Isle dan content baru dalam Elder Scrolls Online (ESO).

Rich Lambert, Pengarah Kreatif Elder Scrolls Online

Berikut adalah isi kandungan interview:

Anda pernah kata bahawa permainan kad Tales of Tribute adalah untuk pemain veteran. Mengapa ia tidak sesuai untuk pemain baru?

Sebenarnya, Tribute adalah untuk semua orang, ia untuk untuk sesiapa sahaja. Ideanya adalah supaya sesiapa sahaja yang masuk dapat menyelami jalan cerita. Setelah menyelesaikan tutorial, mereka boleh bermain di mana-mana sahaja; ia akan unlock di mana-mana. Jadi ia untuk sesiapa sahaja. Jika saya kata ia ditujukan khusus kepada pemain veteran, saya mungkin tersalah cakap atau mungkin bercakap tentang Trial.

Besar manakah Tales of Tribute? Adakah ia sama besar seperti Gwent / Elder Scrolls Legends?

Sejujurnya, matlamat kami sekarang hanyalah untuk menyiapkannya, dan mencantikkannya lalu melihat ke mana ia pergi. Saya tahu pemain akan kata – “Game ini hebat, bolehkah kita mendapatkan versi mobile? Bolehkan kita mempunyai versi fizikal?”. Fokus kita hanyalah untuk menjadikannya sebaik mungkin dalam ESO dan jika berjaya, kita akan lihat ke mana ia membawa kita.

Adakah memenangi perlawan Tribute sama bagus dengan aktiviti leveling lain (contoh: membunuh musuh) untuk pemain yang lebih suka gaya permainan RP yang santai dan lebih ke arah meneroka?

Anda akan mendapat EXP, syiling dan ganjaran lain di situ. Ini bukanlah cara yang paling cekap untuk naik level, tetapi boleh menjadi cara jika anda memilihnya.

Bagi sesiapa yang bukan peminat permainan kad, adakah Tribute merupakan pilihan optional, atau perlu ke kita bermain sekurang-kurangnya melepasi tutorial?

Ia adalah optional 100% tetapi tutorial dan NPC akan timbul dalam pengembaraan anda. Jadi terpulang, anda boleh mengabaikannya sepenuhnya jika mahu. Saya tidak mengesyorkan perkara ini kerana ia sangat menarik, tetapi jika tidak menarik, itu tidak mengapa.

Adakah High Isle merupakan titik permulaan yang bagus untuk pemain ESO baharu?

Sudah semestinya. Ia adalah salah satu perkara besar yang kami cuba lakukan dalam setiap Chapter. Ia memastikan pemain baru mempunyai pengalaman yang sangat baik dan boleh bermula di High Isle jika mereka mahu.

Memandangkan kita boleh mencuba High Isle serta-merta, adakah terdapat apa-apa di High Isle yang mungkin berkaitan dengan kandungan dari kawasan sebelum?

Satu perkara yang selalu kami lakukan dengan setiap Chapter dan untuk mana-mana kandungan, adalah kami cuba mencari watak yang merupakan kegemaran peminat dan membawanya kembali. Kami mempunyai beberapa contoh watak di High Isle, jadi bagi veteran yang telah menyelesaikan semua kandungan, mereka akan bertemu dan pasti kenal watak-watak ini. Jika anda pemain baru dan baru sahaja bermain High Isle, anda tidak akan kenal watak ini dan kemudian akan bertemu mereka dalam kandungan lain.

Adakah terdapat mana-mana pelakon suara terkenal dalam Chapter tahun ini? Jika ya, adakah mereka mempunyai hubungan dengan francais lain yang mengisahkan zaman pertengahan?

Kita mempunyai banyak orang terkenal yang benar-benar hebat. Mungkin ada – salah seorang sahabat kita mungkin disuarakan oleh wanita tertentu dari Critical Role.

Adakah terdapat cara berbeza untuk mendapatkan Companion Item dalam High Isle?

Saya rasa kami tidak menukar skema item dengan item Companion khususnya, jadi selagi Companion ada, dan anda memperoleh barang, rakan anda juga berpeluang untuk mendapatkan barang itu juga.

High Isle kelihatan seperti tempat yang bagus untuk diterokai. Adakah seluruh dunia akan mendapat penambahbaikan selain Tribute?

Itu adalah soalan yang biasa kita dengar, terutamanya kerana base game kini berusia 8 tahun. Ia adalah garis yang halus untuk diseimbangkan; kami telah melakukan banyak penambahbaikan teknologi dari segi FSR, DLSS, resolusi 4K, tekstur resolusi lebih tinggi dan sebagainya. Tetapi untuk membina semula dunia sepenuhnya atau mengubah semua tekstur untuk menjadi lebih berkualiti memakan usaha yang besar.

Kita perlu mencuba dan mencari keseimbangan yang betul; adakah kita menghabiskan semua tumpuan untuk melakukan itu, atau adakah kita membina kandungan yang lebih baru? Buat masa ini, kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berbuat demikian, tetapi siapa tahu apa akan berlaku pada masa depan?

Adakah Tales of Tribute hanya untuk High Isle sahaja, atau dapatkah kita melihat penambahan NPC di seluruh Tamriel untuk bermain (Tales of Tribute hanya boleh dimainkan melalui NPC)?

Anda akan melihat mereka di seluruh dunia. Salah satu perkara yang kami cuba lakukan dengan Tribute ialah menunjukkan bahawa ini adalah aspek yang luas di Tamriel.

Anda unlock fitur ini di bandar utama, dan bertemu dengan beberapa NPC lalu dijemput untuk menyertai Guild. Selepas itu anda akan pergi mengelilingi dunia, meneroka, mencari kad, mengejar Master, dan selepas unlock sistem, anda boleh pergi ke pemain lain, mencabar mereka untuk bertarung, melalui senarai Guild/rakan-rakan. Terdapat juga entri dalam activity finder, jadi ada sistem di mana anda boleh beratur dan mencabar pemain rawak.

Dari segi kegemaran anda, berbanding Skyrim, Oblivion, dan lain-lain, apakah kedudukan High Isle dalam dunia Elder Scrolls?

Saya mengusahakan Oblivion, jadi ia penting bagi saya… jelas sekali, saya rasa High Isle cukup istimewa, saya sangat menyukainya termasuk jalan cerita… Saya cenderung ke jawapan itu dan mungkin Oblivion di tempat kedua?

Adakah ada peluang untuk memperoleh kecapi atau alat muzik lain untuk memainkan muzik ESO sambil menerokai seluruh dunia?

Antara ciri-ciri penambahbaikan audio yang kami laksanakan dalam game ini adalah anda dapat memilih muzik permulaan. Setiap tahun Brad (komposer utama) mencipta pelbagai lagu baru yang menakjubkan, dan kami mempunyai banyak permintaan dari pemain untuk mendengar muzik lama, jadi kami memberi mereka keupayaan itu.

Anda pernah menyebut bahawa ESO berjaya mencapai 20 juta pemain dan sangat berbeza daripada game lain. Pernahkah anda mengkaji MMO lain sebagai panduan atau inspirasi?

Kita semua adalah gamer. Mana-mana game yang keluar, saya cuba bermain, dan ia tidak semestinya MMO sahaja. Saya menghabiskan banyak masa di Forbidden West dan Elden Ring untuk melihat apa yang mereka lakukan, dan itu adalah game single player. Tetapi ya, kita melihat segala-galanya; MMO lain, cuba bermain, cuba merungkaikannya, cuba memahaminya, hanya untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh pihak saingan – adakah ada sesiapa mempunyai idea bernas yang kami tidak fikirkan, jadi, itulah industri game.

Adakah anda menjangkakan zaman di mana konsol dan PC akan mengeluarkan game secara serentak?

Soalan ini sukar, terutamanya kerana PC sebenarnya tidak ada proses pensijilan kecuali untuk judul first party dan itu mengambil banyak masa. Berapa banyak pensijilan yang boleh anda perolehi sepanjang tempoh masa, jadi apa yang kami cuba lakukan ialah memperlahankanmya supaya pengalaman konsol menjadi sebaik mungkin.

Apabila jadual dipendekkan dan mengecil; terdapat beberapa bug dan perkara yang tidak dapat dibetulkan dengan cepat pada konsol. Kami memilih tempoh dua minggu di mana kami boleh membetulkan seberapa banyak perkara yang boleh di PC sebelum konsol.

Adakah pasukan pernah berbincang tentang cara untuk memenuhi keperluan pemain yang tidak kekal dan cara menyediakan kandungan yang bermakna kepada pemain yang mempunyai masa terhad untuk bermain?

Sudah semestinya! Mansua adalah manusia, kan? Dunia terdiri daripada pelbagai jenis orang – normal, gay, transeksual – mereka mempunyai pandangan dan kehidupan sendiri.

Di samping itu, tidak ada tekanan untuk bersaing dengan rakan-rakan, kerana anda sentiasa boleh bermain dengan mereka tanpa mengira level atau pilihan Alliance. Anda boleh bermain game mengikut tempo sendiri, dan itu benar-benar mengubah cara kita mengalami dunia. Jika suatu hari nanti anda rasa mahu bermain Tribute atau hanya mencari sumber crafting, atau menghabiskan 18 jam menghias rumah, anda boleh melakukannya dan ia tidak menjejaskan perkembangan anda seperti game lain.


Maka, tamatlah interview pendek kami tentang The Elder Scrolls Online: High Isle. Terima kasih saya ucapkan kepada Rich Lambert kerana sudi menjawab soalan kami.

The Elder Scrolls Online: High Isle akan dilancarkan pada 6 Jun untuk PC dan 21 Jun pada konsol. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web rasmi elderscrollsonline.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewmmoRich LambertThe Elder Scrolls Online: High Isle
Previous Post

Touken Ranbu Warriors akan keluar di PC pada 24 Mei

Next Post

Preview The Elder Scrolls Online: High Isle – Mendalami sejarah warga Breton

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Preview The Elder Scrolls Online: High Isle – Mendalami sejarah warga Breton

Preview The Elder Scrolls Online: High Isle - Mendalami sejarah warga Breton

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd