Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Interview] Spelljammer: Adventures in Space bersama Chris Perkins – Membawa elemen sci-fi dalam dunia fantasi D&D

safwan by safwan
August 2, 2022
in Artikel, Berita, Board Game, Temuramah
0 0
0
[Interview] Spelljammer: Adventures in Space bersama Chris Perkins – Membawa elemen sci-fi dalam dunia fantasi D&D
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pengeluaran Spelljammer: Adventures in Space yang hampir tiba, kami berpeluang untuk temu ramah lead designer buku tersebut iaitu Chris Perkins. Dalam temu ramah ini, kami membincangkan dengan lebih mendalam tentang sepanjang proses untuk menghasilkan buku ini.

Sebelum terus pergi ke temu ramah, saya ingin memberikan maklumat ringkas tentang buku Spelljammer: Adventures in Space. Ia merupakan set kotak D&D yang berdasarkan buku Spelljammer daripada 1980-an. Ia mempunyai 3 buku iaitu The Astral Adventurer’s Guide, Boo’s AStral Menagerie dan Light of Xaryxis.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan temu ramah.

Kekal relevan kepada pemain baru

Chris mengatakan yang dia suka kembali ke masa lalu untuk melihat perkara yang patut ditarik dan dibawa ke hadapan kepada pemain semasa mereka. Ia mesti sesuai dengan etos dan kosmologi. Untuk mengekalkan unik dan relevan kepada pada masa kini, Chris cuba mengekalkan perkara yang unik tentang Wildspace kerana ia mempunyai tempatnya tersendiri dalam kosmologi D&D.

Ada juga beberapa perkara yang dia tidak membawa ke hadapan seperti “Crystal Sphere” dan setiap sistem planet terkandung dalam “gigantic crystal sphere.” Hal ini kerana ia tidak selaras dengan kedudukan kosmologi sekarang. Selain itu, terdapat “ether” mudah terbakar yang boleh memisahkan “crystal sphere” atau sistem yang berbeza.

Sumbangan Artis Asia/Singapura

Buat masa sekarang, tidak banyak artis mereka yang berada di Amerika Utara dan lebih ramai artis berasal luar daripada Amerika Utara. Hal ini kerana, D&D sentiasa ingin menunjukkan pelbagai gaya artistik yang lebih terkini untuk menjadi lebih inklusif.

Pengarah Seni D&D, sentiasa bercakap tentang artis yang melalukan kerja yang hebat dan menghantar tugasan tepat pada masanya. Disebabkan itu, banyak pertukaran artis dalam jabatan seni D&D dan secara tidak langsung menemui bakat seni di seluruh dunia.

Bercakap tentang artis seluruh dunia, Julian merupakan seorang artis daripada Singapura yang telah menghasilkan Spelljammer. D&D pada awalnya memberikan palette dan senarai perkara yang ada di Wildspace. Hasil yang dilakukan Julian sangat menarik dan hanya memerlukan sedikit perubahan sahaja. “Kesemua hasil yang diberikan oleh Julian dan artis lain adalah merupakan gabungan genius dan profesionalisme,” kata Chris.

Inspirasi lain dalam sci-fi lama British selain Flash Gordon

“Sudah pasti Flash Gordon 1980 yang diterbitkan oleh syarikat filem Dino Di Laurentiis menjadi inspirasi untuk Light of Xaryxis kami,” katanya. Hal ini kerana dia teringat kembali kepada komik bersiri lengkap Flash Gordon 1930-an yang diberikan oleh Ray, bos Chris. Apa yang seronok tentang Flash Gordon adalah mereka sentiasa menamatkan cerita di cliff-hanger kecil.

Disebabkan perkara tersebut, dia cuba untuk membina pengembaraan dengan idea yang sama di mana setiap sesi permainan berakhir dengan cliff-hanger.

Selain itu, terdapat juga inspirasi lain yang telah diambil daripada filem dan tayangan fiksyen sains 1980-an. Contohnya, Killer Clown In Outer Space yang mempunyai badut mengancam sama juga seperti Spelljammer atau filem British 1983 Lifeforce yang telah memberikan inspirasi kepada beberapa makhluk yang muncul dalam Boo’s Astral Menagerie.

Psychedelic dalam seni

Menurut Chris, “mereka telah disediakan dengan palet warna bagi kedua-dua sifat iaitu “psychedelic” dan “kaleidoscopic serta mempunyai warna yang lebih terang.” Hal ini kerana, semasa Flash menuju ke arah Mongo di angkasa, ia sangat psychedelic. Segala-galanya menjadi sangat terang dan artis D&D cuba untuk mencontohinya supaya visual menjadi sangat jelas.

“Sebelum kami mengupah artis untuk menggambarkan buku itu, Sean Wood yang merupakan artis konsep kami pada masa itu menyusun satu siri seni konsep di mana apa yang dia lakukan hanyalah melakar sekumpulan makhluk wildspace-dwelling termasuk Space Eel art,” katanya. Kebanyakan lakaran tersebut berfungsi sebagai inspirasi kepada artis.

Chris mengatakan yang sesetengah seni yang dihasilkan oleh mereka sangat bagus sehingga pihak D&D tidak memberikan sebarang komen dan terus memasukkan ke dalam buku ini. Terdapat juga yang hasil yang langsung tidak dijangka oleh Chris masuk ke dalam buku ini. Contohnya Boos’s Astral Menagerie yang memasukkan blok statistik untuk space eel.

Unsur sci-fi dalam mengekalkan fantasi D&D Universe

Chris memberikan contoh di mana dia menunjukkan ilustrasi “nightspider ship” yang bentuknya hampir sama seperti “creature.” Contoh lain yang diberikan oleh Chris adalah “Neogi ship” yang berbentuk seperti labah-labah yang meluncur melalui medan asteroid.

“Pada asasnya satu-satunya matlamat dan arahan saya dalam perkara itu hanyalah menjadikan Spelljammer berasa seperti tetapan D&D dengan memastikan semua elemen tersebut hadir supaya Dungeon Master (DM) boleh memilih jenis elemen dan jenis permainan spelljammer fantasi yang mereka mahu.” kata Chris.

Bukan itu sahaja, jika pemain mahukan seram kosmik, swashbuckling, campy dan whimsical, semuanya ada dalam Boo’s Astral Menagerie, tambah Chris.

Astral Sea

Chris mengatakan sebab mereka membuang Phlogiston adalah sejarahnya tidak banyak dan terdapat satu “fireball” yang boleh membakar pemain dan sekumpulan orang lain. Manakala dalam Astral sea, banyak perkara menarik yang boleh dilakukan oleh pemain.

Bukan sahaja perkara menarik sahaja ada di sana, ia juga mempunyai pelbagai jenis bahaya. Jadi, mengembara seorang diri bukanlah idea yang baik sebaliknya bawalah pemain lain untuk mengembara beramai-ramai. Dan yang lebih menarik adalah Astral sea mempunyai portal di mana anda boleh pergi ke pelbagai tempat dengan melalui portal ini sahaja. Jadi, anda boleh pergi dari Grayhawk ek Forgotten Realm atau Forgotten Realm to Krin.

Jika pergi ke Astral Sea, anda tidak memerlukan navigasi dan hanya menggunakan imaginasi sahaja untuk tahu arah mana yang perlu dituju. Ia sangat berguna dan sangat mudah untuk digunakan dan ramai pemain D&D tertunggu-tunggu dengan perkara ini.

D&D Multiverse

Chris katakan yang D&D sendiri mempunyai multiverse yang telah wujud beberapa dekad dan ia bukan perkara baru kepadanya. “Kami mungkin tidak mencipta multiverse, saya meraguinya, tetapi D&D adalah salah satu hartanah komersial besar pertama yang bermain dengan konsep dalam media,” tambah Chris.

Edisi ke-5 telah membawa kami kepada multiverse dan secara tidak langsung Chris dan pasukannya mencipta pelbagai multiverse untuk ditunjukkan kepada pemain. Produk ini dan lain termasuk kepada produk yang akan dilancarkan pada akan datang adalah untuk memberikan DM dan pemain sekilas pandang kepada multiverse lain dengan pengembaraan menarik.

“Itulah perkara yang paling penting, apa sahaja yang kita lakukan untuk D&D dan multiverse-nya mesti berasa seperti D&D. Kami tidak boleh mengambil apa yang Marvel lakukan dan mengharapkan ia bergema dengan peminat D&D. Atau untuk mempunyai umur panjang atau untuk dimiliki. Kita perlu membuat semua yang kita lakukan sedikit sebanyak berasa seperti D&D,” menurut Chris.

Menarik pemain baru dengan Spelljammer

Untuk menarik minat pemain baharu, Chris dan pasukannya sedang melakukan eksperimen di mana mereka cuba untuk menjadikan buku lebih kecil dan mudah dihadam. Dengan saiz buku yang lebih kecil, ia mungkin lebih mengalu-alukan dan tidak menakutkan untuk permain baharu dan DM.

Selain itu, Chris juga mendedahkan yang mereka memberikan beberapa cara untuk melancarkan ke tetapan seperti hub Rock of Bral yang boleh memulakan kempen di sana.

Bukan itu sahaja, Chris juga mengatakan yang mereka mempunyai akademi Spelljammer yang merupakan siri pengembaraan pendek percuma yang boleh didapatkan di laman web D&D. Akademi ini adalah sejenis latihan roda pengembaraan Spellhjammer dengan membawa pemain melalui tahap 1 hingga 5.

Lokasi ikonik

Chris mendedahkan yang peta yang berada dalam poster adalah Rock of Bral dan poster tersebut dicetak pada kedua-dua bahagian iaitu atas dan bawah. Pada bahagian atas, kita boleh nampak majoriti bandar manakala pada bahagian belakangnya kita boleh lihat bahagian bawah asteroid yang mempunyai pos tentera, taman, padang dan benda-benda lain.

Di Rock of Bral, ia adalah pengembaraan yang menyeronokkan dan sangat pantas kerana ia hanya mempunyai 12 sesi permainan. Tidak seperti kempen panjang yang berada di Icewind Dale, Witchlight, Out of the Abyss dan Curse of Strahd. Ia mengambil masa selama 6 hingga 18 bulan untuk menghabiskan kempen.


Jadi, itulah temu ramah kami bersama Lead Designer Spelljammer: Adventures to Space, Chris Perkins. Nampaknya D&D sedang mengatur langkah untuk menarik lebih ramai pemain dengan menghasilkan pelbagai buku lain yang akan dilancarkan pada masa akan datang. Spelljammer: Adventures to Space akan dilancarkan pada 16 Ogos 2022.

Untuk segala liputan kami tentang D&D, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chris PerkinsSpelljammer: Adventures in Space
Previous Post

Pasukan ‘Elevate’ dari Thailand menjuarai Rainbow Six Operation League Southeast Asia 2022!

Next Post

Filem Batgirl Bernilai $90 Juta Dibatalkan, Tidak Akan Ditayangkan Di Pawagam dan HBO Max!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Filem Batgirl Bernilai $90 Juta Dibatalkan, Tidak Akan Ditayangkan Di Pawagam dan HBO Max!

Filem Batgirl Bernilai $90 Juta Dibatalkan, Tidak Akan Ditayangkan Di Pawagam dan HBO Max!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd