Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Skull & Bones: Kehidupan seorang lanun bersama pengarah Ryan Barnard

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, Open World, PC, PS5, Temuramah, Ubisoft Connect, Xbox Series X|S
0 0
0
Interview Skull & Bones: Kehidupan seorang lanun bersama pengarah Ryan Barnard
Share on FacebookShare on Twitter

Skull & Bones bakal melayar di seluruh dunia pada 8 November 2022 di PS5, Xbox Series X/S dan PC dan sempena itu saya berpeluang mengadakan interview eksklusif bersama pengarah kanan permainan, Ryan Barnard untuk membincangkan tentang game pertempuran kapal laut yang bercita-cita tinggi ini.

Memfokuskan pada aspek multiplayer, kami bermula sebagai lanun “level rendah” yang ingin menjadi lanun paling terkenal di laut di mana satu-satunya cara adalah untuk “menguasai laut”. Dalam temu ramah, kami bercakap mengenai topik utama berikut iaitu visi kreatif, latar belakang, dan fantasi sebagai seorang lanun untuk lihat bagaimana mereka merealisasikan Skull & Bones.

Ryan Barnard

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah isi kandungan interview:

Beza dulu dan sekarang serta pemahaman multiplayer

Secara umum, pertempuran laut antara lanun ialah sejenis genre yang jarang digunakan dalam game lain, jadi mungkin ada yang tertanya apakah visi atau idea utama semasa Ubisoft membangunkan Skull & Bones. Barnard menjawab bahawa inspirasi ternyata memang berasal daripada Assassin’s Creed IV: Black Flag tetapi sejak itu, mereka telah melakukan banyak penambahbaikan dan mencantikan lagi bahagian pertempuran laut.

“Ramai daripada komuniti, mana Black Flag?”- Dan saya benar-benar fikir persamaan ini anda akan jumpa semasa pertempuran laut. Kami mengambil pertempuran Black Flag dan menjadikannya lebih jauh dan lebih mendalam. Ia adalah inspirasi dan sumber yang hebat tetapi Skull & Bones adalah permainan yang sangat berbeza.

kata Ryan Barnard ketika bertanya jika Skull & Bones masih berkait dengan Black Flag daripada segi cerita.

Ubisoft ingin memastikan game ini lebih reaktif, pertempuran lebih pantas, dan lebih banyak jenis senjata dan perisai untuk tambahkan lapisan baru pada sistem pertempuran. Beliau pun setuju bahawa Skull & Bones adalah jenis game yang realistik dengan tempo perlahan ala-ala simulator, jadi ini merupakan antara titik penting yang mereka fokuskan.

Walaupun game ini difokuskan kepada pasaran multiplayer, korang juga harus tahu bahawa mode single-player juga disediakan. Tetapi adakah mereka akan mengalami tempoh yang sukar berbanding multiplayer? Menurut Barnard, segala-galanya dalam game ini boleh dimainkan secara solo sehingga titik tertentu.

Barnard menggalakan supaya pemain berinteraksi dengan pemain lain bagi mewujudkan komuniti yang “sihat” di dalam game tetapi tiada masalah pun untuk bermain secara solo jika itu adalah pilihan kamu.

Jika anda tua dan mungkin seorang ayah, dan hanya boleh bermain pada tempoh tertentu, anda boleh bermain game secara solo sepenuhnya.

Bagi semua mode, Ubisoft akan menambah cabaran atau misi baru pada penghujung permainan supaya ia sepadan dengan perkembangan semasa pemain. Jika pemain capai tahap itu, Bernard pesan bahawa “kita pasti mahu terlibat dengan pemain dan lanun lain untuk menghadapi cabaran yang lebih sukar ini”.

Berlayar di lautan Hindi & meneroka pelbagai lokasi menarik

Skull & Bones berlangsung di Lautan Hindi, dan digelar sebagai zaman kegemilangan lanun. Mengikut geografi sebenar, lautan hindi merupakan lautan ketiga terbesar di dunia.

Jika diterjemahkan kepada versi game, Barnard mengaku bahawa Skull & Bones sebenarnya adalah game kedua terbesar oleh Ubisoft setakat ini selain daripada Crew 2. Berbanding siri Far Cry atau Assassin’s Creed, dia menjelaskan bahawa saiz keseluruhan game adalah kira-kira 85 hingga 95 kilometer persegi. Skull & Bones pula mempunyai saiz sebesar 625 kilometer persegi.

Disebabkan dunia game sangat luas, lebih ramai pemain juga boleh ditempatkan pada satu server sekaligus. Secara lebih spesifik, sebanyak 20 pemain dapat dimuatkan dalam satu server khusus.

Oleh itu, pemain pasti akan meneroka banyak tempat unik dan menemui pelbagai watak menarik. Mungkin ada yang berharap dapat bertemu Blackbeard atau William Kidd (dua lanun sebenar dalam sejarah) tetapi malangnya, semua lanun itu tidak wujud dalam game ini kerana konsepnya sepenuhnya fiksyen.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai jenis hidupan liar yang korang dapat temui. Sebahagian daripada haiwan tersebut tidak interaktif tetapi majoritinya amat penting dan digunakan untuk menguatkan kapal kita dengan menghasilkan bahagian atau senjata berbeza. Antara haiwan yang boleh ditangkap adalah seperti buaya, badak sumbu, dan jerung – yang hanya boleh ditangkap dengan kapal kecil bernama
dhow”.

Bagaimana dengan haiwan mitos seperti Kraken? Berikut adalah jawapan Barnard:

“Saya tidak akan kita kita mempunyai Kraken tetapi ia juga bukan sesuatu yang pasukan tidak sedar. Jika ia sesuatu yang diminta oleh komuniti, jadi siapa tahu di masa hadapan?”

Fantasi seorang lanun

Selain daripada pertempuran laut, terdapat pelbagai cara untuk mengalami fantasi lanun seperti pergi mencari harta karun, menyerang markas musuh untuk mencuri kargo dan sebagainya. Merompak atau menghapuskan musuh lebih bersifat ofensif, tetapi Barnard menegaskan bahawa itu bukan satu-satunya cara untuk meningkatkan Infamy. Skull & Bones juga menyediakan pelbagai cara “tidak-ofensif” dan ia masih memberi kesan yang sama banyak.

Bak kata Barnard, membina Infamy merupakan tujuan utama dan apa yang kita lakukan dalam game menuju ke matlamat itu.

Kembali ke topik pertempuran kapal, Skull & Bones akan menyediakan 12 kapal semasa hari pelancaran (lebih banyak akan ditambah melalui update). Setiap kapal amat penting dan jika korang sempat membaca preview awal saya, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan sendiri untuk tugas berbeza dan situasi tertentu.

Sebagai contoh, beberapa lokasi dalam game hanya boleh diakses dengan kapal kecil. Oleh itu, untuk meneroka kawasan tersebut, anda perlu mempunyai kapal yang lebih kecil. Ia bukanlah “lebih besar lebih baik”, sebaliknya ia harus menjadi alat yang sesuai untuk tugas itu.

Dalam game ini, anda boleh jadi jenis orang yang membantu kumpulan seperti menjadi ‘damage dealer, atau menjadi ‘tank’ yang kapalnya jenis berperisai berat. Semua gaya permainan itu disokong dan boleh dilakukan. Anda memerlukan saiz kapal yang berbeza dan itu dilakukan melalui loadout dan jenis customization yang anda pilih untuk kapal.

Kita harus memakai setiap kapal kerana ia mempunyai fungsi sendiri.

Untuk menamatkan sesi interview, saya bertanya soalan terakhir berkaitan sistem Infamy. Bagi pemain tegar, mereka pasti akan fokus 100% untuk meningkatkan Infamy, jadi saya tertanya-tanya: Apa jadi kalau sistem Infamy kita capai tahap maksimum? Adakah ia mempunyai had level?

Barnard menjawab:

Kami sudah tentu mempunyai rancangan untuk end game yang melibatkan Infamy. Ia adalah sesuatu yang kami akan sampaikan kemudian, tetapi sememangnya tiada had tahap [bagi Infamy] semasa pelancaran. Mungkin ada masanya anda perlu menunggu sehingga end game, kan? Dan apabila itu berlaku, maka anda akan melihat bagaimana rancangan untuk Infamy berfungsi seiring dengan kemas kini yang kami ada untuk game itu.

Mengenai had sistem Infamy.

Maka, tamalah interview saya bersama pengarah permainan, Ryan Barnard tentang game akan datang, Skull & Bones yang bakal dilancarkan pada 8 November 2022 di PS5, Xbox Series X/S dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store. Kami juga menulis preview awal untuk game ini yang korang boleh baca di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewRyan BarnardSkull & Bones
Previous Post

Skull & Bones akan keluar pada 8 November 2022, preview awal tentang sistem game

Next Post

[Review] Black Shark 5 series – Shark Chan kembali membawa perubahan baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
[Review] Black Shark 5 series – Shark Chan kembali membawa perubahan baru!

[Review] Black Shark 5 series - Shark Chan kembali membawa perubahan baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd