One Piece Odyssey ialah anime RPG oleh ILCA dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment yang bakal dikeluarkan pada 12 Januari 2023 di konsol dan 13 Januari di PC Steam. Berbeza daripada game sebelum dalam francais One Piece, ia menggunakan sistem turn-based dan menampilkan jalan cerita original di bawah pengawasan pencipta siri Eiichiro Oda.
Kami diberi peluang untuk menemu bual Katsuaki Tsuzuki selaku penerbit permainan yang berharap dapat “menyampaikan sebuah pengembaraan epik krew Straw Hat bagi dinikmati oleh peminat One Piece dan pemain JRPG”.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selami interview ini!
Bagaimanakah kisah One Piece Odyssey muat dalam jalan cerita utama One Piece dan adakah ia canon?

Bahagian cerita One Piece Odyssey, memandangkan ia telah lama dibangunkan, akan berlangsung di sekitar Whole Cake Island di mana krew Straw Hat masih bertarung dengan Big Mom. Selepas masa pembangunan yang panjang, ia tidak akan ada percanggahan dalam jalan cerita dan sepatutnya tiada masalah untuk peminat memahami jalan cerita.
Mengenai sama ada ia canon, ia bukan sebahagian daripada cerita, bagaimanapun, ia dapat muat dalam kisah One Piece. Jadi, peminat tidak akan keliru mengenai sambungannya.
Ramai yang menunggu RPG One Piece, jadi apakah pendekatannya apabila membangunkan game ini?

Jadi, sebelum itu, mereka turut mengambil bahagian dalam membangunkan siri Pirate Warriors dan di dalam game itu, banyak aksi telah disertakan. Walau bagaimanapun, ramai peminat meminta game di mana mereka boleh mengalami lebih lagi tentang krew Straw Hat, kelebihan serta ciri terbaik mereka.
Itu boleh ditunjukkan melalui RPG turn-based. Anda bukan sahaja boleh melihat butiran di dalam pertempuran, tetapi juga di luar pertempuran untuk melihat betapa bagusnya Straw Har Pirates.
Bolehkah pemain yang tidak biasa dengan One Piece menikmati Odyssey?

Jadi salah satu perkara yang pasukan sedang berusaha keras adalah bukan sahaja untuk peminat IP One Piece, malah untuk orang yang baru kepada One Piece. Seperti yang anda tahu, dalam RPG anda bermula dari pengenalan watak-watak dan latar belakang mereka tentang apa yang berlaku dan apa yang baik tentang setiap watak dan juga kekuatan mereka.
Dalam game ini, kami harap dapat menyampaikan semua bahagian itu supaya orang yang bermain sehingga habis dapat memahami ciri terbaik One Piece.
Geng Straw Hat telah terkandas di pulau misteri, tetapi apa yang berlaku seterusnya? Adakah objektif utama mereka hanya untuk keluar dari pulau itu?

Melarikan diri daripada pulau adalah salah satu perkara utama dalam game kerana jika anda tidak melarikan diri, bagaimana untuk digelar sebagai lanun? Namun, itu bukanlah satu-satunya perkara yang akan berlaku dalam cerita itu. Lebih banyak maklumat akan diumumkan tidak lama lagi.
Kisah itu juga telah dibincangkan dengan Oda-sensei dan pasukannya, jadi kami berharap pemain dapat menikmati kandungan yang akan didedahkan dalam pulau itu.
Francais game One Piece banyak terdiri daripada action adventure seperti World Seekers dan Pirate Warriors. Jadi mengapa perubahan mengejut kepada turn-based JRPG?

Kami mahu pemain merasai keseluruhan pakej One Piece. Dari bahagian yang cool, bahagian komedi dan segala-galanya tentangnya. Jadi bagaimana pemain boleh menikmatinya dari Blue East hingga Grand Line, dan bagaimana mereka dapat merasakan segala-galanya.
Biasanya, apabila memainkan RPG aksi, anda hanya boleh mengawal satu watak dan kami fikir itu tidak cukup untuk menyampaikan bahagian terbaik One Piece. Itulah sebab kami menjadikannya turn-based RPG, anda boleh menggabungkan banyak watak dalam satu pasukan dan menggunakannya bersama. Anda boleh mempunyai kombinasi – perkara seperti itu yang kami mahu pemain nikmati, untuk mengalami keseluruhan pengalaman One Piece.
Adakah terdapat sudut unik yang anda ambil dalam kategori RPG ini? Adakah ada sesuatu yang unik yang dilakukan untuk RPG ini?

Dalam pertempuran, empat watak boleh diubah. Akan ada empat watak dalam setiap pertempuran tetapi anda boleh menukar watak pada bila-bila masa. Biasanya RPG lain mempunyai watak yang berdiri di antara satu sama lain dalam satu baris. Walau bagaimanapun, jika anda hanya meletakkannya dalam satu baris, ini agak sukar untuk menunjukkan pengalaman One Piece.
Jadi, untuk setiap pertempuran, watak boleh diubah pada bila-bila masa ketika bertarung. Setiap watak pula akan dibahagikan kepada jarak jauh dan jarak dekat. Contoh, jika anda meletakkan Usopp pada jarak jauh, dia mempunyai lebih banyak kelebihan.
Jadi, dalam setiap pertempuran anda boleh merasa pengalaman terbaik daripada krew Straw Hat dan juga mempunyai gabungan ahli kegemaran.
Bolehkah watak ditukar di luar pertempuran?

Watak juga boleh diubah di luar pertempuran. Setiap watak mempunyai keistimewaan sendiri seperti Luffy boleh mencapai item yang jauh, Zorro boleh memotong kotak besi untuk menerima item di dalam, dan Sanji boleh mencari bahan-bahan lalu memasak menu istimewa yang membantu [seperti memulihkan lebih banyak HP dan sebagainya]. Bukan sahaja di dalam pertempuran, tetapi di luar pertempuran, anda boleh mengalami keseluruhan pakej Straw Hat.
Adakah terdapat bahagian tertentu dalam One Piece yang memberi inspirasi kepada anda semasa mencipta Odyssey?

Kami belajar dari masa lalu ketika menghasilkan Pirate Warriors dan melihat keseluruhan jalan cerita. Tetapi untuk game ini, kali ini kita banyak melihat kisah sebelum dua tahun “time-skip”. Jadi, bahagian yang paling kami lihat adalah sebelum Sabaody.
Anda akan menemu pelbagai perkara dalam dunia One Piece, seperti pulau baru, jalan cerita baru, watak baru. Bahagian seperti itulah yang kami cari dalam game ini. Itulah bahagian yang paling banyak kami ambil inspirasi.
Sebelum ini, kami ada Little Garden dan kemudian Alabasta, dan kemudian Skypiea. Apabila pembaca dan penonton mula-mula tiba di bahagian cerita itu, apakah yang akan berlaku dengan krew Straw Hat dan apakah yang akan berlaku di atas pulau itu? Banyak soalan akan muncul sambil mencari perkara baru ini, itu yang kami ingin sampaikan.
Bukan sebagai krew Straw Hat pada dua tahun lalu (sebelum time-skip), namun, anda akan bermain sebagai Straw Hat Pirates pada masa kini.
Setiap ahli Straw Hat sangat unik. Apakah proses kreatif semasa menghasilkan reka bentuk set pertempuran dan abiliti mereka?

Pertama sekali, kita fokuskan pada setiap watak. Semasa bekerja dengan ILCA, pemaju yang benar-benar mahir dalam grafik, kami mahu menyampaikan ekspresi dan juga reka bentuk untuk setiap watak itu terlebih dahulu.
Kami dapat membawakan prestasi terbaik daripada setiap konsol terbaru untuk zaman ini, dan oleh itu meminta mereka hasilkan reka bentuk dengan sangat terperinci untuk setiap ekspresi.
Bersama adegan siang dan malam, pencahayaan, dan bayang-bayang – semuanya disampaikan dengan jelas dalam game. Jadi, anda boleh melihat bagaimana setiap lanun Straw Hat dihidupkan dalam game daripada ekspresi mereka dan prestasi grafik.
Adakah akan ada lanun bukan daripada krew Straw Hat yang boleh kita mainkan?
Pada dasarnya, game ini akan berkisar tentang lanun Straw Hat. Itu matlamat kami untuk pemain mengalami cerita dan untuk orang baru mengenali IP. Maklumat lanjut akan kami kongsikan, jadi kami tidak menutup kemungkinan untuk watak lain buat masa ini.
Oda-sensei hasilkan reka bentuk watak dan raksasa baharu untuk game ini. Adakah terdapat apa-apa lagi yang dia kerjakan atau libatkan diri dalam game?

Pada permulaan pembangunan, pasukan telah bercakap dengan Oda-sensei dan menyampaikan hasrat mereka untuk menghasilkan [pengalaman] One Piece yang belum pernah wujud sebelum ini. Selepas membuat rangka untuk game itu , pasukan membincangkan jalan cerita bersama Shueisha dan Oda-sensei sekali lagi untuk mendapatkan pendapat mereka.
Kerjasama yang dilakukan oleh pasukan produksi, pasukan pembangunan, Oda Sensei dan Shueisha, ini adalah game One Piece terbesar yang kami pernah bangunkan setakat ini.
Banyak perkara yang dibincangkan, dan kami juga telah menerima banyak pendapat mengenai game daripada Oda-sensei. Reka bentuk watak juga dilakukan oleh Oda-sensei.
Walaupun jadualnya sangat sibuk, dia juga membuat artwork untuk game itu yang saya rasa ramai sudah lihat. Jadi, kami dan Oda-sensei sangat menantikan game itu.
Bolehkah anda menjelaskan tentang dunia permainan? Adakah ia open world atau jenis linear di mana kita hanya boleh meneroka satu bahagian sebelum beralih ke bahagian lain?

Dunia kali ini adalah RPG. Walau bagaimanapun, ia bukan open world. Lebih banyak maklumat tentang mengapa kami tidak mempunyai dunia terbuka akan dijelaskan kerana akan ada bahagian yang mungkin menyedarkan orang “jika ini adalah dunia terbuka maka anda tidak boleh melakukannya seperti ini.”
Ada sebab yang sangat penting mengapa kami memilih untuk tidak memberitahunya sekarang. Nantikan pada masa akan datang.
Apakah sebab di sebalik reka bentuk dan pakaian baru untuk lanun Straw Hat semasa dalam game? Adakah kerana game itu memulakan pengeluaran beberapa tahun lepas atau sebab lain?
Kami mahu pemain supaya tidak terlalu memikirkan tentang aspek canon dan di mana ini muat dalam naratif One Piece. Kami mahu pemain mengalami game itu, mengalami dunia One Piece pada masa ini tanpa terlalu memikirkan tentang garis masa dan canon. Jadi, kami memilih reka bentuk yang terbaik untuk perkara itu.
Apakah perkara paling sukar untuk membuat game One Piece memandangkan siri ini sudah sangat lama berjalan?

Jadi, pasukan telah membangunkan game ini selama kira-kira 4-5 tahun dan sangat sukar untuk meneruskan cerita tanpa percanggahan dengan aspek canon dan kesinambungan cerita sambil meletakkan perspektif pemain tentang bagaimana mereka boleh menikmati dunia One Piece.
Bahagian pertama adalah untuk membuat rangka game ini, dunianya, dan kemudian menjadikannya lebih baik. Pasukan percaya bahawa mereka dapat membuat RPG dengan banyak pengalaman dramatik yang boleh dinikmati oleh pemain.
Adakah terdapat unsur JRPG khusus yang ingin ditambahkan oleh studio dalam One Piece Odyssey? Contohnya seperti mekanik crafting dan sebagainya?

Dari awal lagi, pasukan mahu menunjukkan kelebihan setiap ahli Straw Hat, dan mengembangkan ciri-ciri itu. Kita bukan sahaja boleh mengembara di dalam dunia permainan, malah juga dapat mengalami peristiwa di dalamnya seperti musuh dan NPC. Akan ada lagi info yang kami paparkan berkenaan dunia itu nanti.
Bolehkah anda memberitahu kami tentang watak baharu dalam One Piece Odyssey? Siapakah mereka dan bagaimana ia dibangunkan?

Seperti yang anda lihat dalam treler dan maklumat yang ditunjukkan, dua watak akan menjadi kunci dan penting kepada jalan cerita iaitu Adio (Suerte) dan Lim.
Jadi, tanpa memberi sebarang spoiler, terdapat dua tema tentang watak-watak ini. Satu adalah sesuatu yang tidak boleh kita kata, dan satu lagi ialah Kizuna atau “hubungan antara manusia”. Jadi, jika pemain memikirkan kedua-dua tema ini semasa bermain, mereka akan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam dan pengalaman yang lebih baik tentang permainan itu sendiri.
Terima kasih Katsuaki Tsuzuki kerana sudi menjawab soalan kami! Kepada mereka yang berminat, One Piece Odyssey rasmi akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S pada 12 Januari 2023 dan PC melalui Steam pada 13 Januari. Untuk maklumat tentang kandungan edisi dan prapesan, korang boleh baca di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post