Pada awal bulan, NetEase Games mengumumkan bahawa mobile JRPG OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent akan dilancarkan di wilayah Asia Tenggara termasuk Malaysia pada 7 Disember 2023 untuk peranti mobile. Pejam celik, kami sudah menghampiri tarikh pelancaran.

Sempena pelancaran ini, kami berpeluang untuk menemu ramah Hirohito Suzuki selaku produser game ini dan pasukan pembangun untuk mengenali OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent dengan lebih mendalam dan rancangan mereka pada masa akan datang.
Berikut adalah isi kandungan temu ramah:
Versi Jepun & Asia Tenggara Berbeza, Tapi Pemain Lokal Dapat Ganjaran Tambahan

OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent telah dikeluarkan di Jepun sejak 2020. Yang kita sedang menantikan adalah versi SEA, jadi ramai tertanya jika ada sebarang perbezaan dalam versi ini berbanding Jepun, terutamanya dari segi kandungan.
Pertama sekali, pasukan pembangunan percaya bahawa mempamerkan daya tarikan sebenar game ini adalah bahagian paling penting pada fasa permulaan pelancaran. Pada masa yang sama, mereka juga akan menyesuaikan kekerapan update untuk memenuhi jangkaan pemain Asia Tenggara sambil mengurangkan saiz pakej untuk membolehkan lebih ramai pemain memulakan pengembaraan di benua Orsterra.

Memandangkan ramai pemain menantikan hari pelancaran pada 7 Disember, OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent menambahkan Cyrus, si Scholar daripada game original ke kumpulan gacha semasa pelancaran, serta menawarkan pelbagai ganjaran semasa hari pelancaran.
Pemain dijamin akan menerima watak 5★ pada hari pelancaran—yang keistimewaan eksklusif untuk pemain Asia Tenggara. Pemain turut akan menerima nilai berganda pada semua pembelian pek hadiah dan 10 cabutan percuma setiap hari selama tujuh hari selepas pelancaran.

OCTOPATH TRAVELER: Champion of the Continent original juga hanya mempunyai lakonan suara Jepun, tetapi adakah terdapat rancangan untuk menambah lakonan suara bahasa Inggeris memandangkan game ini akan dipasarkan ke lebih banyak negara.
Produser Suzuki menjawab bahawa game ini mempunyai banyak dialog dan adegan, jadi masih belum ada rancangan untuk memperkenalkan lakonan suara Inggeris pada masa ini. Walaupun begitu, persembahan pelakon suara Jepun sangat-sangat baik—dan mereka berharap agar semua orang akan menikmatinya.
Memahami Watak & Teaser Untuk Mekanik Akan Datang

Bagi mereka yang pernah bermain game OCTOPATH TRAVELER, korang pasti tahu bahawa game in mempunyai banyak watak yang ikonik, masing-masing dengan kebolehan yang unik. Disebabkan ini adalah game berbentu gacha, mungkin ramai yang tertanya apakah komposisi paling efektif memandangkan ada pelbagai jenis kelas watak.
Nasib baiklah, Suzuki memberi penjelasan dan cadangan untuk kita memulakan perjalanan.

Mula-mula, pemain akan maju melalui jalan cerita dengan pasukan yang terdiri daripada 8 watak; 4 watak di barisan hadapan dan 4 di barisan belakang. Setiap watak mempunyai set kemahiran yang unik dan pakar dalam posisi tertentu, lantas ini boleh membentuk komposisi pasukan yang tiada kesudahan.
Untuk memudahkan perancangan, Suzuki memberi nasihat lebih khusus, dan mengesyorkan kepada pemain untuk membina pasukan dengan 8 jenis senjata dan 6 atribut berbeza untuk menangani setiap jenis kelemahan musuh, termasuk pertarungan bos.

Satu lagi perkara yang menarik adalah; dalam OCTOPATH TRAVELER II, ia memperkenalkan mekanik baharu dalam semasa kitaran siang/malam di mana watak mempunyai tindakan/aksi berbeza bergantung pada waktu (siang atau malam). Mekanik itu sendiri amat menarik, tetapi mungkin lebih menarik jika ditambahkan ke dalam versi mobile pada masa hadapan.
Suzuki tidak menolak kemungkinan ini dan berkata mereka menambah jalan cerita daripada OCTOPATH TRAVELER II yang dipanggil “Side Solistia” ke dalam versi Jepun yang dikeluarkan pada tahun 2020. Di sini, pemain akan melihat perubahan kepada pemandangan dan BGM semasa kitaran siang dan malam. Walau bagaimanapun, update Side Solistia masih jauh lagi, jadi dia berharap pemain menunggu keluarannya dalam versi Asia Tenggara.
Mempopularkan Genre JRPG Semula

Walaupun sekadar game mobile, OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent tetap mempunyai kualiti yang sama seperti game-game utama di konsol dan PC. Suzuki menjelaskan bahawa game ini dicipta untuk membina pengiktirafan global bagi francais OCTOPATH TRAVELER dan mempromosikan game itu sebagai RPG jenis single-player.
Mereka ingin beri pilihan kepada pemain untuk bermain JRPG berkualiti tinggi pada peranti mudah alih, yang pasti akan membantu menarik lebih ramai pemain ke francais dan membuka jalan kepada genre JRPG supaya berjaya pada skala global.

Bukan gameplay sahaja, malah muzik untuk francais game ini juga sering dipuji dan dipandang tinggi oleh komuniti, termasuk di kalangan penonton Barat. Suzuki memberi kredit kepada Komposer Muzik Yasunori Nishiki, yang sangat popular di luar negara. Malah, karyanya dalam Octapth Traveler turut dicalonkan untuk Best Score/Soundtrack di The Game Awards 2018.
Bagi Champions of the Continent, dia juga mengarang banyak lagu baharu untuk, jadi Suzuki memberi pesanan kepada pemain untuk memakai headset dan mengalami lagu-lagu indah yang ditawarkan.
Rancangan Kolaborasi Jika Ada?

Memandangkan OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent akan datang ke rantau Asia Tenggara, ramai berharap game ini akan mengadakan kerjasama dengan jenama serantau ataupun crossover dengan IP Square Enix popular seperti NieR.
Malangnya, soalan ini tidak dijawab dengan tepat. Sebaliknya, Suzuki respon bahawa mereka pasti akan bekerjasama dengan pelbagai jenama serantau di Asia Tenggara dan juga mempunyai rancangan untuk crossover istimewa – sesetengah mungkin dikeluarkan lebih awal daripada yang anda sangkakan.

Maka, tamatlah interview kami bersama Hirohito Suzuki dan pasukan pembangunan OCTOPATH TRAVELERTraveler: Champions of the Continent. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi menjawab soalan kami dan bagi sesiapa yang berminat untuk bermain game ini, korang boleh muat turun sekarang di iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play.
@gamersantaimy
Discussion about this post