Acara next@acer telah diadakan pada bulan Mei 2022 lalu di mana mereka membincangkan tentang kemajuan teknologi yang tidak akan pernah berakhir. Sempena itu, kami berpeluang mendapat interview bersama wakil Acer untuk bercakap tentang apa yang terjadi di sebalik tabir semasa membangunkan produk mereka. Berikut adalah antara wakil Acer yang bercakap dengan kami:
- Jerry Kao: Co-COO dan Presiden Produk IT
- James K. Lin: Pengurus Besar, Perniagaan Produk Notebook
- Jane Hsu: Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Perniagaan Produk Pengkomputeran Spatial
Berikut adalah isi kandungan interview (interview telah diedit untuk memudahkan pembacaan):
Kami faham bahawa ciri 3D stereoskopik SpatialLabs akan memberi manfaat kepada pencipta kandungan, tetapi mengapa Acer membuat keputusan untuk memberikan ciri ini kepada laptop gaming?
Jane Hsu: Ini adalah untuk membuatkan pengalaman itu lebih realistik seperti dunia sebenar. Had teknologi bermakna paparan kami hanya dalam 2D, jadi kami mula berfikir tentang cara untuk memecahkan halangan. Pembangun game menghabiskan banyak masa membina game dalam 3D di mana semua butiran ini anda tidak dapat melihat.
Apabila kami mula-mula membawanya ke ConceptD, ini adalah untuk membolehkan pencipta dan pembangun, dan kami sedang mencari pendekatan terbaik untuk membawanya kepada gamer. Ia tidak mudah; walaupun game dibuat dengan 3D dan mempunyai banyak maklumat yang boleh kami gunakan, ia tidak dibina untuk stereoskopik 3D.
Setiap game mempunyai reka bentuk tersendiri, jadi kami terpaksa membuat profil untuk setiap game, kemudian mengujinya untuk memastikan ia berfungsi. Kami memutuskan bahawa kami perlu mempunyai 50 game semasa pelancaran, dan kami sangat teruja anda dapat melihatnya.

Adakah itu bermakna Acer akan kurang memfokuskan pada AR dan VR?
Jane Hsu: Kami memberi perhatian penuh kepada semua teknologi. Apa yang saya rasa paling penting ialah pengalaman yang anda boleh dapat.
Saya rasa VR mempunyai ‘immersion’ yang paling banyak untuk pengalaman gaming dan ia semakin popular, tetapi tidak semua game tersedia pada VR. Teknologi spatial adalah seperti titik permulaan untuk membolehkan pemain melihat bagaimana game sepatutnya dilihat. Ia adalah persembahan yang berbeza.

Adakah OLED akan ditambah untuk Swift 5, Swift 7 – seperti Thin and Light – dan dalam laptop gaming?
James K. Lin: Mungkin belum lagi untuk Swift 5 kerana kita perlu berhati-hati tentang reka bentuk. Tetapi anda boleh mengharapkan OLED menjadi sebahagian daripada produk premium kami.

Adakah laptop gaming Vero akan diadakan pada masa hadapan?
James K. Lin: Terdapat beberapa kekangan bahan dan reka bentuk. Kami mungkin tidak mempunyai Vero yang berorientasikan gaming, tetapi bagi kami, Vero bukan sekadar teknologi; ia adalah gaya hidup. Langkah seterusnya ialah cara-cara untuk menjadikan Vero lebih menonjol kepada pengguna, untuk mengingatkan orang ramai supaya melindungi Bumi yang kita ada.
Apakah yang mendefinisikan produk Vero?
Jerry Kao: Vero bukan sekadar bahan, ia adalah falsafah reka bentuk. Ini tentang penjimatan tenaga, reka bentuk pembungkusan, kemudahan pembaikan… jadi apabila semua faktor itu digabungkan, barulah kita boleh yakin untuk memanggilnya peranti Vero. Ini adalah had yang kami tetapkan untuk diri sendiri, supaya orang ramai benar-benar tahu ia adalah produk Vero dan bukannya produk PCR lain.

Maka, tamat lah interview next@acer kami bersama Jerry Kao , co-COO dan presiden produk IT Acer, James K. Lin, pengurus besar perniagaan produk notebook, dan Jane Hsu, pengarah pembangunan perniagaan produk Pengkomputeran Spatial! Jika korang ingin tahu apa kelebihan teknologi baru, usya lah laptop gaming Predator Helios 300 SpatialLabs Edition yang saya tulis di sini.
Selain produk yang diumumkan di next@acer, korang juga boleh baca segala liputan kami tentang produk Acer lain-lain di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post