Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview bersama pencipta Gudetama : An Eggcellent Adventure, Emi Nagashima!

safwan by safwan
November 20, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Temuramah
0 0
0
Interview bersama pencipta Gudetama : An Eggcellent Adventure, Emi Nagashima!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan penampilan debut Gudetama : An Eggcellent Adventure di Netflix pada Disember ini, kami telah terbang ke Jepun untuk menemuramah pencipta siri ini iaitu Emi Nagashima atau lebih dikenali sebagai AMY daripada Sanrio Designer.

Sebelum pergi terus ke temuramah kami bersama AMY, berikut adalah sinopsis Gudetama : An Eggcellent Adventure:

Bersedia untuk perjalanan jalan raya mencari ibu yang penuh dengan keletihan dan empati dengan Gudetama dan Shakipiyo! Setelah pasrah dengan hakikat bahawa mereka hanya akan berakhir di pinggan seseorang, Gudetama hanya mahu menjadi malas sepanjang masa. Tetapi, terpengaruh dengan anak ayam Shakipiyo yang semakin berani dan sombong, mereka meninggalkan peti sejuk dan keluar melihat dunia. Bersama-sama Gudetama dan Shakipiyo, bermulalah sebuah pengembaraan untuk mencari ibu mereka!

Sepanjang perjalanan mereka, mereka bertemu pelbagai telur dan belajar bagaimana setiap telur dimasak. Gudetama mula berfikir tentang nasibnya sendiri dan menyedari ia mesti melakukan sesuatu atau hanya menjadi busuk! Bolehkah Gudetama, yang tidak mahu bergerak atau bekerja, benar-benar sampai ke pangkuan ibunya?

Jom terus ke temuramah!

Apakah inspirasi anda dalam mencipta Gudetama dan adakah terdapat kenangan tertentu yang anda ingin kongsikan dengan kami?

AMY: Watak ini adalah antara idea yang saya serahkan kepada Sanrio semasa mereka mengadakan pertandingan watak berasaskan makanan.

Bagaimanakah telur sebenar menjadi inspirasi yang mempengaruhi watak di sebalik falsafah Gudetama?

AMY: Semasa saya makan Tamago Kake (Telur mentah bersama nasi) di rumah, saya melihat warna telur dan memikirkan nilai pemakanannya dan saya fikir telur boleh mempunyai banyak potensi untuk dimasak dalam pelbagai cara.

Tetapi saya merasakan bahawa ia sangat tidak menarik atau tidak bermotivasi sehingga saya tidak dapat membuat hubungan mata dengannya. Itulah idea-idea yang saya inspirasikan dan saya juga memikirkan tentang generasi milenial di Jepun, di mana semuanya berasal dari latar belakang yang berbeza dan pendidikan yang besar tetapi mereka berputus asa dengan masyarakat yang berdaya saing. Jadi itulah idea yang bertindih apabila saya mereka watak itu dan juga personalitinya.

Pada pendapat anda, apakah yang membuatkan Gudetama begitu istimewa?

AMY: Saya rasa sikap tidak bermotivasi yang ada padanya menjadi daya tarikannya, tetapi langsung tidak sangka yang siri ini dapat sambutan yang begitu besar di seluruh dunia.

Pada zaman sekarang, apabila orang semakin sibuk dan semuanya bergerak dengan sangat pantas, ramai orang yang secara tidak langsung berkaitan dengan watak Gudetama ini.

Adakah anda menjangkakannya apabila anda mencipta Gudetama?

AMY: Saya merasakan yang ia adalah watak yang memberikan satu perasaan selesa di mana terdapat orang yang mengalami keadaan lebih teruk berbanding anda. Tetapi saya banyak mendengar daripada pelanggan bahawa Gudetama memberitahu perkara ini bagi pihak saya dan ia juga membuatkan anda untuk tidak perlu mencuba terlalu keras dan membuatkan anda berasa tenang.

Sebelum Gudetama menjadi begitu popular, pernahkah anda bimbang bahawa watak yang sifat utamanya malas akan dilihat sebagai sesuatu yang negatif?

AMY: Pada mulanya saya takut mungkin watak ini tidak diterima dengan baik dalam erti kata dia tidak bermotivasi dan malas.

Apakah perasaan melihat watak yang anda cipta pada mulanya di atas sehelai kertas dan kini dihidupkan sebagai siri di Netflix?

AMY: Ini adalah sesuatu yang bermula langkah sangat kecil dan saya melihat ramai profesional bekerja pada projek ini dan saya kagum melihat cara mereka mengusahakan siri ini. Saya juga melihat orang yang saya hormati bekerja keras dan mereka sangat serius mengenainya.

Apakah perasaan apabila mengetahui penonton dari banyak negara menemui watak itu melalui siri Netflix?

AMY: Saya berasa teruja untuk melihat reaksi orang terhadap siri ini dan respons mereka.

Apakah yang akan anda beritahu kepada penonton yang belum mengenali watak itu dan mengapa Gudetama begitu istimewa dan mengapa mereka mesti mengikuti siri ini?

AMY: Saya rasa anda boleh menontonnya secara santai dan mungkin berfikir “oh itu nampak sedap untuk dimakan”. Atau mungkin anda boleh menggali lebih dalam dan kaitkan dengan kehidupan anda.

Sebarang nasihat yang boleh anda kongsikan kepada bakal artis dan pencipta yang ingin menembusi industri dan mencipta cerita dan watak mereka sendiri?

AMY: Sebenarnya saya rasa saya yang patut minta nasihat. Tetapi Bagi saya, ambil masa yang agak lama adalah sangat penting dan alirkan perasaan serta emosi negatif kepadanya.


Dengan soalan terakhir telah pun dijawab oleh AMY, maka tamat sudah interview kami bersama pencipta siri Gudetama : An Eggcellent Adventure. Terima kasih kami ucapkan kepada Emu Nagashima daripada Sanrio Designer kerana dapat meluangkan masa bersama kami.

Untuk mendapatkan lebih banyak interview mengenai game atau siri, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AMYEmi NagashimaGudetama : An Eggcellent Adventurenetflix
Previous Post

Nikmati Diskaun Sehingga 80% Untuk Game Terpilih Sempena Ubisoft Black Friday Sale!

Next Post

Tsuburaya dedah visual Gridman Universe, akan datang 24 Mac tahun depan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tsuburaya dedah visual Gridman Universe, akan datang 24 Mac tahun depan!

Tsuburaya dedah visual Gridman Universe, akan datang 24 Mac tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd