Street Fighter 6 telah pun menambah watak baru, A.K.I. pada bulan yang lalu! Semasa di gamescom asia 2023, kami telah berpeluang untuk menemu ramah secara eksklusif bersama pelakon suara bahasa Inggeris untuk A.K.I. iaitu Faye Mata! Dia ada menceritakan sedikit pengalamannya dalam komuniti game fighting serta cara dia menyuarakan A.K.I. dalam game.

Untuk anda yang tidak mengenali Faye Mata, dia merupakan veteran dalam bidang lakonan suara serta banyak terlibat dalam membawa watak anime dan game. Antara watak terkenal yang dibawa olehnya adalah Aqua daripada KonoSuba, Astolfo daripada Fate/Apocrypha dan Petra Macneary daripada Fire Emblem: Three Houses.
Menjadi A.K.I.
Menurut Faye, Capcom tidak memberitahu sesiapa untuk apa game apa uji bakat itu dilakukan, tetapi apabila menyedari bahawa game misteris yang telah dia uji bakat itu adalah A.K.I. daripada Street Fighter. Dia sangat teruja, memandangkan dia peminat besar game fighting sejak kecil malah membesar dengan Street Fighter serta menyertai dua pasukan e-sukan hanya untuk berseronok.
Bagaimanapun, keterujaan itu juga datang dengan banyak tekanan kerana peranan itu amat bermakna buat Faye.
“Ia terasa seperti banyak tekanan dalam beberapa cara kerana ia adalah sesuatu yang sangat bermakna kepada saya sehingga saya tidak mahu melakukan kesalahan, atau saya tidak mahu mengecewakan peminat atau diri saya sendiri kerana ia game yang saya tahu bahawa saya akan main. Jadi, jika saya bermain game dan saya tidak berpuas hati dengan suara saya, maka ia akan menjadi masa yang sukar untuk bermain game itu.” dia menerangkan.
Nasib baik untuk Faye, ia berakhir dengan baik, dan pasukan Capcom sangat akomodatif untuk dia menjadi kreatif dengan peranan itu juga.
Penambahan gaya peribadi pada A.K.I.
Salah satu perkara yang menyeronokkan tentang lakonan suara ialah membawa gaya peribadi anda sendiri kepada watak. Kami bertanya kepada Faye tentang membawa gaya tersebut kepada A.K.I.
“Terdapat pelbagai cara untuk anda boleh membaca baris yang sama. Tetapi mengetahui personalitinya, saya menerapkan apa yang saya fikirkan bermakna kepada saya, dan ia menjadi seperti yang dilakukannya.” dia menerangkan.

Faye menyebut bahawa dia mahu memberikan A.K.I personaliti yang lebih menyeronokkan, berbanding pembunuh upahan biasa yang biasanya bercakap dengan suara yang monoton. Dia meneruskan dengan mengatakan dia memberi A.K.I vibe yang lebih “Yandere” kerana dia sangat mengambil berat tentang tuannya.
Semasa detik-detik serius, Faye mahu A.K.I menjadi seperti saintis gila, taksub dengan racunnya dan melihat orang sebagai bahan eksperimennya.
“Apabila dia mendapati sesuatu yang berjaya, dia ingin memastikan bahawa tuannya telah melihatnya, hampir seperti anijing golden retriever, tiba-tiba ia seperti ada tahap tinggi yang ingin dipuji.”
Pengalaman peribadi dengan F.A.N.G.
Sebelum ini kami telah menyebut tentang tuan A.K.I sepanjang temuduga. Tetapi bagi mereka yang mungkin tidak biasa, A.K.I adalah perantis F.A.N.G, komandan kedua Shadaloo.
Dengan A.K.I. terlalu taksub dengan tuannya, kami bertanya kepada Faye sama ada dia mempunyai pengalaman peribadi yang dia salurkan apabila A.K.I bercerita tentang F.A.N.G.

Yang mana, walaupun Faye mengenali F.A.N.G sebagai watak, dia tidak terlalu mengenalinya dari segi budaya meme watak itu. Tetapi dia ada menyebut bahawa adalah bagus untuk mempunyai orang di booth rakaman untuk mengarahnya.
Memandangkan dia mengenali komuniti game fighting dan meme, Faye bergurau tentang membawa tenaga yang sama kepada obsesi A.K.I terhadap F.A.N.G dan mengaitkannya dengan pemain Melty Blood dalam bilik mandi di EVO.

Bagi anda yang mungkin keliru dengan meme Melty Blood, ia adalah perkara sebenar yang berlaku di mana tiada lagi bilik di tempat kejohanan untuk kejohanan sampingan, justeru pemain Melty Blood terpaksa membuat penambahbaikan dan set up di bilik air.
Ia akhirnya menjadi sebahagian besar daripada reputasi Melty’s Blood sehingga mereka juga membuat set bilik mandi sebenar di salah satu kejohanan game fighting baru-baru ini.
“Saya fikir tentang orang seperti itu, tidak kira jika tiada orang lain yang sukanya. Saya suka ini dan orang ini suka ini. Ini adalah untuk pemain F.A.N.G, kesemua tiga mereka di dunia, yang ini untuk anda.” sambungnya sambil bergurau.
Kepada Faye, daripada hanya menjadikan A.K.I bebas daripada F.A.N.G, dia highlight bagaimana komuniti kecil pun mempunyai perkara yang penting bagi mereka, dan jika anda benar-benar menyukai sesuatu, tiada perkara lain yang penting.
Melihat meme A.K.I. daripada komuniti
Dalam banyak-banyak komuniti game, pasti ada sahaja bahan meme yang akan dihasilkan oleh ahli-ahlinya. Selepas trailer A.K.I. mula-mula didedahkan, banyak juga meme yang dikeluarkan oleh komuniti. Kami bertanya kepada Faye apa pendapatnya mengenai meme tersebut.
Apabila mendengar soalan itu, Faye tertawa terbahak-bahak mengatakan bahawa ia adalah meme lucu, walaupun sebelum semua orang menggunakan meme itu kepada A.K.I.

Faye menyebut apabila meme itu keluar dengan trailer, dia fikir ia sesuai dengan A.K.I. memandangkan dia tidak akan mengambil berat tentang anda melainkan anda adalah tuannya atau eksperimennya.
“Dalam hal ini anda tidak membaiki, dia yang akan membaiki atau memusnahkan,” tambah Faye.
Faye meneruskan dengan berkata ia bagus untuk mempunyai watak yang berkait dengan meme seperti itu, dengan dia menyuarakan watak lain yang juga mempunyai banyak meme yang terikat dengan mereka seperti Astolfo dalam Fate/Apocrypha dan Aqua dalam Konosuba.
“Ia seperti bagus untuk A.K.I mempunyai meme juga. Saya mengalu-alukan semua meme.” katanya.
Ingin jadi profesional?
Memandangkan Faye menyertai dua pasukan e-sukan, kami bertanya jika dia ingin bermain sebagai profesional.
Faye membalas bahawa dia pada asalnya mahu, dan cuba menetapkan matlamat yang realistik di mana dia mengalami menjadi yang terbaik dalam kumpulan rakannya dan di sekolah, tetapi mendapat keputusan 0-2 dalam kejohanan sebenar. Namun, di situlah Faye belajar tentang adegan kompetitif.

“Itu sahaja sangat menyeronokkan dan teruja dengan cara tersendiri di mana semakin banyak anda bermain, semakin anda sedar anda semakin baik dan lebih baik. Ia sebenarnya bukan tentang menjadi profesional, tetapi secara berterusan berasa seperti anda semakin baik.” terang Faye.
Dia menyebut bahawa perasaan boleh digunakan pada banyak perkara yang berbeza, dan dia melakukannya dengan lakonan suara.
Faye mengulangi bahawa dia mahu menjadi pemain pro, tetapi dalam erti kata yang dia suka bahawa ia memerlukan kerja keras untuk mencapai kedudukan mereka. Walaupun orang ramai bersemangat, kadangkala semangat berubah dan bagi Faye, walaupun dia masih teruja tentang gaming, dia tahu bahawa secara realistik dia tidak mempunyai masa untuk bermain secara profesional, dan juga bakat dan kemahiran untuk pergi sejauh itu.
Nasihat kepada pelakon suara baru
Dengan temu bual kami dengan Faye hampir tamat, kami bertanya sama ada dia mempunyai sebarang nasihat untuk dikongsikan kepada pelakon suara yang akan datang, yang ingin terlibat dalam industri game video.
“Apabila bercakap tentang game video secara profesional, anda perlu mempunyai keseimbangan etika kerja keras, tetapi jangan lupa untuk berseronok.” luah Faye.
Faye menyebut bahawa penting untuk memastikan anda tidak terlalu fokus pada teknikal kerana ia akan hilang daya tarikan. Tetapi pada masa yang sama, anda juga tidak sepatutnya pergi melulu sahaja tanpa sebarang latihan.

Nasihat lain yang Faye kongsikan ialah pergi keluar dan alami pelbagai benda, malah perkara yang anda takut lakukan. Faye menceritakan pengalaman peribadinya di mana dia tidak suka menari tetapi masih pergi ke kelab hanya untuk melihat bagaimana keadaannya.
Dia menyebut bahawa jika anda tidak pernah mengalami perkara itu, anda akan menghadapi kesukaran untuk membuat senario dan lakonan akan menjadi lebih sukar. Orang akan berhubung dengan sesuatu yang kedengaran nyata, jadi jika anda mempunyai pendapat sebenar tentang sesuatu dan apabila perkara itu muncul dalam skrip dan anda perlu membincangkannya, ia akan menjadi lebih nyata.
Mengakhiri temu bual ini, Faye menyampaikan satu mesej terakhir kepada pelakon suara yang bercita-cita tinggi.
“Pelakon suara yang bercita-cita tinggi harus pergi dan berseronok, meneroka. Apa sahaja yang anda lakukan dalam hidup boleh digunakan untuk lakonan kerana ia menjadi memori yang menjadi sesuatu yang anda boleh tarik dan masukkan ke dalam persembahan anda.”

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Faye Mata kerana meluangkan masa menjawab soalan-soalan kami.
Street Fighter 6 sudah tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC! Kalau anda ingin lihat persembahan Faye Mata untuk A.K.I., kenalah mainkannya sekarang! Untuk mendapatkan liputan gamescom asia 2023 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post