Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Inspirasi Daripada Kisah Sebenar” — Filem Cocaine Bear Dedahkan Trailer Pertama!

Maira by Maira
December 1, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
“Inspirasi Daripada Kisah Sebenar” — Filem Cocaine Bear Dedahkan Trailer Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Universal Pictures masih mempunyai banyak lagi filem untuk ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Antaranya ialah filem “Cocaine Bear”, sebuah filem aksi komedi yang berdasarkan kisah sebenar. Trailer rasmi untuk filem tersebut telah pun didedahkan, memang agak gila juga ceritanya.

Cocaine bear

Filem ini mengisahkan seekor beruang yang memakan dadah kokain yang banyak selepas ada sebuah kapal terbang yang membawa dadah tersebut terhempas pada tahun 1985. Filem thriller ini membawa sekumpulan orang yang terdiri daripada polis, penjenayah, pelancong dan remaja di hutan Georgia, di mana haiwan pemburu khayal tengah mengganas dan dahagakan darah.

Apabila melihat trailernya, anda boleh nampak betapa huru-hara watak-watak melarikan diri daripada beruang khayal yang kini memburu mereka. CGI beruang yang digunakan juga nampak sangat betul. Memang hebat. Ramai juga yang ternanti-nantikan filem ini selepas menonton trailer filem ini. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.

Seperti yang dinyatakan di atas, filem Cocaine Bear merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada kejadian sebenar. Kejadian itu bermula daripada seorang penyeludup dadah, Andrew C. Thornton telah disabitkan kesalahan, telah membuang satu beg kokain daripada pesawatnya kerana ia terlalu berat.

Semasa dia cuba mengambilnya semula, payung terjunnya rosak dan dia meninggal dunia. Beberapa bulan selepas itu, seekor beruang hitam telah dijumpai mati di Georgia bersama 40 plastik kokain yang dibuka. Agak sedih jugalah, kerana beruang tersebut mati kerana terlebih dos kokain.

Cocaine bear
Sumber: Yahoo

Anda yang berminat untuk menonton filem ini, ia akan ditayangkan di Malaysia pada 23 Februari 2023. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cocaine Bearfilem
Previous Post

Senarai filem hangat bakal tiba di GSC pada bulan Disember 2022!

Next Post

Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece, jadi ‘best-selling manga’ untuk 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece, jadi ‘best-selling manga’ untuk 2022

Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece, jadi 'best-selling manga' untuk 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd