Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Innodisk Mengembang Aplikasi Edge AI & Solusi Pintar di Computex 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024
in Artikel, Berita, Industri, Teknologi
0 0
0
Innodisk Mengembang Aplikasi Edge AI & Solusi Pintar di Computex 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Innodisk, penyedia solusi AI global terkemuka, akan mempamerkan produk baharunya di Computex 2024 dengan tumpuan pada AI.

Sorotan utama termasuk CXL 2.0 memory expansion tahap industri, E3.S SSD dan MIPI inovatif bersama teknologi kamera Type-C untuk visi mesin. Demonstrasi langsung pengiktirafan PPE pembuatan pintar dan penjejakan pintar akan menekankan keupayaan AI milik Innodisk.

Malah, acara ini juga memperkenalkan visi baharu Innodisk, “Architect Intelligence,” yang menunjukkan komitmen mereka untuk membina solusi pintar dengan rakan kongsi global.

Berikut adalah info lengkap:

Meluaskan Barisan Produk Perindustrian untuk Memenuhi Piawaian AI dan Edge Server

Kredit: Innodisk

Tahun ini di Computex, Innodisk akan memperkenalkan CXL 2.0 memory expansion gred industri pertama untuk kebolehskalaan yang tinggi. Selain itu, Innodisk melancarkan memori DDR5 LPCAMM2 dan DDR5-8800 MRDIMM, kedua-duanya mematuhi piawaian lanjutan JEDEC.

Pameran itu akan menampilkan siri SSD E1.S Gen4 bersama SSD yang disesuaikan untuk Edge Server, seperti E1.S/E3.S, tersedia dalam pelbagai faktor bentuk. Barisan ini juga termasuk SSD berkapasiti tinggi 16TB yang direka untuk memenuhi keperluan storan yang berkembang.

Selanjutnya di Computex, teknologi kamera “MIPI over Type-C” menukar isyarat melalui reka bentuk adapter board dan meningkatkan keserasian platform, memanjangkan panjang kabel kamera MIPI dengan drastik.

Ini membuka aplikasi dalam kawasan seperti autonomi robot mudah alih (AMR) dan mobiliti. Innodisk juga akan memaparkan barisan penuh produk modul kamera untuk interface USB dan MIPI.

AI Bertindak: Bandar Pintar dan Aplikasi Perindustrian

Kredit: Innodisk

Di Computex, Innodisk akan memperkenalkan “InnoTracking,” solusi penjejakan pintar yang mampu mengenal pasti dan menjejaki individu tertentu dengan tepat di berbilang kamera dan jangka masa, untuk meningkatkan keselamatan awam di bandar, institusi kewangan, tempat hiburan dan ruang runcit.

Solusi pengesanan PPE menggunakan platform FPGA untuk memproses imej masa nyata daripada empat kamera secara serentak, memastikan pekerja mengekalkan kepatuhan kepada protokol keselamatan.

Sekiranya berlaku pelanggaran, sistem segera memberitahu penyelia dengan maklumat terperinci untuk memulakan respons yang sesuai. Selain itu, Innodisk turut bekerjasama dengan Network Optix, penyedia platform video untuk keselamatan, pengangkutan dan pelbagai jenis penyelesaian ruang pintar, untuk memperkayakan pengalaman pengguna.

Solusi pengurusan kualiti udara “iCAP Air” menangani keperluan ESG dengan menggabungkan teknologi pengesanan kualiti udara yang dipatenkan dengan sensor, edge server, interface pengurusan cloud dan pengawal pengudaraan IoT.

Penyelesaian ini sesuai untuk kilang pintar dan kemudahan penjagaan kesihatan, yang membolehkan keputusan pintar masa nyata.

“Architect Intelligence” – Strategi Innodisk untuk Era AI

Kredit: Innodisk

Konsep “Architect Intelligence” sejajar dengan strategi AI Innodisk, yang menekankan pelaksanaan praktikal AI di pinggir perindustrian.

Di bawah konsep ini, Innodisk menyepadukan pelbagai barisan produk ke dalam sembilan siri pintar, setiap satu diwakili oleh pelbagai warna, melambangkan potensi tanpa had bagi aplikasi AI dan semangat inovatif Innodisk.

Tambahan pula, blok berwarna ini mewakili fleksibiliti penyelesaian dan usaha kolaboratif untuk reka bentuk penyelesaian AI dengan pelanggan.

Jika ada yang pergi ke Computex, jangan lupa untuk kunjungi Innodisk di Booth J0110, Dewan 1, 1F, Pusat Pameran Nangang dari 4 hingga 7 Jun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Computex 2024Innodisk
ShareTweetSend
Previous Post

Impulse Gaming Southkey MidValley Dibuka Bersama Promosi Gempak! Jom Serbu 1 & 2 Jun Ini!

Next Post

Acer Umum Paparan Google TV Baharu, Paparan Gaming OLED Canggih, & Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acer Umum Paparan Google TV Baharu, Paparan Gaming OLED Canggih, & Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes

Acer Umum Paparan Google TV Baharu, Paparan Gaming OLED Canggih, & Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd