UPDATE: Senarai ini dikemaskini setakat 16 Mac 2022. Kami telah menambah beberapa manhwa lain yang korang boleh cuba baca.
Manhwa kini mempunyai ramai pembaca dan ia semakin popular dalam kalangan pembaca komik. Dengan berakhirnya salah satu manhwa popular, Solo Leveling, mesti ramai yang sedang mencari manhwa baru yang ingin dibaca. Lebih-lebih lagi yang mempunyai aksi sama seperti manhwa tersebut. Jadi, khas untuk anda, kami telah membuat senarai 10 manhwa gempak yang boleh menjadi pengganti Solo Leveling.

Doom Breaker
Zephyr adalah manusia terakhir yang memerangi kejahatan di dunia yang ditinggalkan oleh para dewa. Apabila dia dibunuh oleh ‘god of destruction’ Tartarus, semua harapan manusia nampaknya hilang. Tetapi itu bukan penamat nasib Zephyr — tuhan yang menganggap perjuangannya menghiburkan telah memberikan Zephyr peluang kedua untuk hidup, dan dia dihantar 10 tahun ke masa lalu untuk kembali ke zaman semasa dia menjadi hamba dan bukannya manusia paling kuat di bumi. Bolehkah Zephyr membalas dendam terhadap Tartarus dan menyelamatkan wanita yang dicintainya, atau adakah dia ditakdirkan untuk mengulangi masa lalu?

The Beginning of The End
Manhwa ini merupakan adaptasi daripada novel original di Tapas.
King Grey mempunyai kekuatan, kekayaan dan prestij yang tiada tandingan dalam dunia yang ditadbir dengan keupayaan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, kesunyian masih ada dibelakang mereka yang mempunyai kuasa besar. Dalam luaran glamor seorang raja yang berkuasa, raja tersebut melihat tanpa tujuan dan kehendak.
Dijelmakan semula ke dunia baru yang dipenuhi dengan sihir dan raksasa, raja tersebut mempunyai peluang kedua untuk memulakan semula hidupnya. Membetulkan segala kesilapan masa lalunya bukan satu-satunya cabarannya. Di sebalik kedamaian dan kemakmuran dunia baru terdapat ancaman besar untuk memusnahkan segala yang telah diusahakannya, mempersoalkan peranan dan sebabnya dilahirkan semula.
Sumber: Tapas

Ominiscient Reader’s Viewpoint
Dokja ialah seorang pekerja pejabat biasa yang minatnya ialah membaca web novel kegemarannya iaitu “Three Ways to Survive the Apocalypse.” Tetapi apabila novel itu tiba-tiba menjadi realiti, dialah satu-satunya orang yang tahu bagaimana dunia tersebut akan berakhir.Berbekalkan kesedaran ini, Dokja menggunakan pemahamannya untuk mengubah jalan cerita dan dunia yang dia tahu.
Sumber: Webtoon

Kill The Hero
Selepas dia dibunuh oleh ketua guild sendiri, Woojin mendapat peluang kedua, Kali ini, dia tidak berminat untuk menyelamatkan dunia daripada raksasa dan berhasrat untuk membalas dendam! Kebolehan membunuhnya yang hebat, menyebabkan dia terkenal dalam kalangan gamer sambila dia meningkatkan statistiknya untuk menuju ke puncak. Tetapi ada sesuatu yang tidak dapat diketahui oleh sesiapa: dia bermain untuk siapa. Sekarang dia tahu cara bermain untuk menang, Woojin tidak akan berhenti untuk memusnahkan hero!
Sumber: Tapas

Second Life Ranker
Abang Yeonwoo telah hilang bertahun yang lalu dan dia sangat sedih apabila mengetahui mengenai kematiannya. Semasa dia cuba menahan perasaan sedihnya, dia diberikan jam poket dan mengetahui lebih banyak tentang kematian abangnya. Abangnya telah dikhianati semasa bertanding di “Tower of the Sun God.” Kini giliran Yeonwoo pula menggunakan ilmu yang ditinggalkan oleh abangnya. Bolehkah Yeonwoo atau kini Cain mengemudi dunia itu dan memperoleh kuasa dan pengalaman yang mencikupi untuk mencapai puncak menara tersebut serta mengalahkan musuh abangnya dan semua orang yang menghalangnya?
Sumber: Tapas

Tomb Raider King
Makam misteri muncul di seluruh dunia pada suatu hari, setiap satu mengandungi peninggalan yang memberikan pemiliknya kebolehan ghaib. Jooheon Suh ialah seorang pengembara dan penggali makam. Selepas dikhianati oleh majikannya, dia hampir mati di tangan peninggalan baru yang berkuasa dan mendapati dia tiba-tiba kembali ke dirinya 15 tahun yang lalu. Waktu itu masih tiada makam dan peninggalan yang muncul. Didorong dengan perasaan dendam, bagaimanakah Jooheon menggunakan pengetahuannya tentang masa depan untuk mendapat raja Tomb Raider?
Sumber: Tapas

Overgeared
Shin Youngwoo AKA Grid, seorang lelaki yang tidak bernasib baik dalam hidup dan pemain level rendah dalam game VR popular “Satisfy”, menemui item hebat yang memberikannya gelaran kelas legenda yang jarang berlaku: “pengganti Pagma.” Dia kini seorang tukang besi mahir yang boleh menempa senjata unik dan melengkapkan peralatan permainan yang paling berkuasa. Grid berazam untuk mengunakan kebolehan barunya untuk mencapai kemasyhuran dan kekayaan tetapi apabila kewujudannya mula menimbulkan masalah dalam Satisfy. Dia menyedari bahawa kehidupannya sebagai legenda mungkin lebih daripada yang dia tawarkan…
Sumber: Tapas

SSS Class Revival Hunter
Dalam sebuah menara misteri seperti dungeon RPG, Conficius Kim menjalani kewujudan duniawi, mencemburui semua pemburu hebat. Pada suatu hari, keinginannya untuk lebih diberikan dengan kemahiran legenda untuk meniru kebolehan orang lain…dengan mengorbankan nyawanya. Sebelum dia dapat memahaminya, dia telah dibunuh oleh pemburu no 1, Flame Emperor! Tetapi ini mengaktifkan kemahirannya dan kini dia meniru satu lagi kebolehan baru, keupayaan untuk mengembara kembali ke masa selepas kematiannya. Bagaimankan Confucius akan menggunakan kemahiran ini untuk mengatasi persaingan dan menuju ke puncak?
Sumber: Tapas

The Max Level Hero Strikes Back
Diserang dengan anak panah musuh, Putera DAvey O’Rowane yang tidak berdaya telah jatuh koma. Jiwanya mengembara ke tempat di mana orang terhebat berkumpul – Hall of Heroes. Di sana seribu tahun berlalu apabila Davey menjalani latihan yang perit di bawah pengawasan mereka untuk menjadi seorang wira yang kuat untuk kebaikkannya sendiri. Sekarang kembali ke garis masa dan kerajaannya, dia terjaga dan musuh yang bersembunyi di istana raja lebih baik bersedia. Putera yang telah mereka buang kini menjadi ancaman terbesar mereka!
Sumber: Tapas

A Returner’s Magic Should be Special
Selama 10 tahun, Desir, seorang genius magis dan kumpulannya telah bertempur dalam Shadow Labyrinth yang misteri – dan berlawan sehingga ke hujung dunia. Sebahagian besar manusia telah musnah dan ketika Desir hampir dibunuh, dia telah dihantar kembali ke 13 tahun yang lalu. Walaupun mengetahui bahawa masa depan yang buruk akan menanti, Desir menguatkan tekadnya kerana dia melihat peluang untuk melatih rakan-rakannya dan lebih bersedia untuk menghadapi kiamat yang akan melanda, tanpa kehilangan orang yang mereka sayangi!
Sumber: Tapas
Banyak lagi manhwa lain yang hebat tapi tidak banyak yang tersedia dalam platform rasmi. Jadi, saya hanya bagi yang tersedia dalam platform rasmi sahaja. Ada banyak lagi platform lain yang anda boleh gunakan untuk baca manhwa. Untuk segala liputan lain mengenai manhwa, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post