Tahukah anda, bermula 5 Januari 2022, Jian Xia Qing Yuan R beta akan tersedia untuk dimainkan. Ia merupakan sebuah game MMORPG yang telah dilancarkan pada 18 tahun yang lalu dengan nama Jian Xia Qing Yuan Online. Game ini akan tersedia di mobile pada iOS dan Android. Daripada Seasun Entertainment, yang dihasilkan oleh Kingsoft, VNGGames sebagai penerbit di Malaysia dan Singapura.

Jian Xia Qing Yuan R akan kembali dengan grafik klasik 2D dengan gaya retro dari 18 tahun yang lalu. Pemain lama yang rindu untuk bermain game wuxia ini pasti akan berasa nostalgik apabila melihatnya pada mobile masing-masing. Bukan setakat itu sahaja, efek serta gameplay asal juga kekal sama tetapi dengan penambahbaikan untuk mobile.
Game ini juga sangat popular di Vietnam sehingga mencapai 170 ribu pemain daripada keseluruhan game dalam talian di negara tersebut pada tahun 2005. Disebabkan itu apabila versi remaster ini dilepaskan pada mobile, ia mendapat sambutan yang hebat. Ia juga mencecah tempat pertama dalam Apple App Store. Ini menunjukkan bahawa pemain Vietnam masih meminati game ini walaupun ia tersedia dalam mobile.
Hebatkan! Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada game hebat ini dengan pra-daftarnya di gedung game masing-masing. Alami gaya permainan wuxia dengan Elemen Wu Xing yang menarik. Terdapat juga beberapa ganjaran yang anda boleh dapat. Ianya adalah seperti berikut:
- Ganjaran Pra-daftar di App Store dan Google Play
– Mount: Red Dragon Horse (3 hari), 10 Xuan Jing Ore x2, Qi Passing Pill x1, Advanced White Horse Pillx1, Song Jin War Declaration Letter x1 - Ganjaran jumlah pemain pra-daftar
– 5000 pra-daftar: Xuan Jing Ore x2, Silver Tael x1888
– 10000 pra-daftar: Xuan Jing Ore x5, Silver Tael x2888, Herbal Potion x5
– 15000 pra-daftar: Xuan Jing Ore x8, Silver Tael x3888, Herbal Potion x10, Dragonvein Map x5
– 30000 pra-daftar: Realising Pill x5, Clan Contribution Point x588, Silver Tael x5888, White Horse Pill x1, Hidden Dragon’s Treasure(lvl.2) x2
– 50000 pra-daftar: Realising Pill x5, Mind Calming Scrolls x5, Silver Tael x8888, Hidden Dragon’s Treasure(lvl.3) x3, Mask: New Year Swordsman/Swordswoman (3 hari)
Anda boleh muat turun permainan ini melalui pautan dibawah dan mengikuti perkembangannya melalui Facebook:

@gamersantaimy
Discussion about this post