Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!

Nyny.A by Nyny.A
October 9, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Pendapat, Tinjauan & analisis
0 0
0
Ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita tahu banyak jenis permainan battle royale yang penuh pencabar untuk menjadi yang terbaik di telefon pintar pada generasi baru kini. Seperti beberapa permainan Battle Royale yang telah bertapak lama termasuklah Garena Free Fire, Rules of Survivals, Call of Duty Mobile juga antara yang terbaru seperti Sausage Man. Biarpun banyak permainan battle royale yang “Free-to-play” tersedia di Android dan iOS, terdapat sebuah permainan yang masih lagi kukuh dalam genre ini dan menjadi kegemaran iaitu PUBG Mobile tidak kira di Malaysia atau pun di luar negara. Jadi ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!

Tidak kira bertapa banyak permainan baru yang hadir, PUBG Mobile masih mengekalkan konsisten mereka dalam genre ini, walaupun ada ketikanya permainan ini jatuh, tetapi pemaju Tencent Games, Krafton masih lagi berjaya mengekalkan konsisten itu sehinggalah menjadi permainan yang top dalam beberapa aplikasi memuat turunnya. Apa sebenarnya yang mereka lakukan sehingga terutama pemain Malaysia enggan melepaskan permainan ini? Untuk dingatkan ini adalah dari pandangan mata kami melalui semua komuniti yang berkaitan.

Sebuah permainan yang penuh kompetitif

Yang pertama sebab kenapa PUBG Mobile ini menjadi kegemaran, ianya kerana konsistensi. Permainan ini dimulakan secara berperingkat dari tahun 2018 dan kemudian menjadi salah satu permainan yang paling banyak dimuat turun terutama di Asia Tenggara. Membuat musim yang berubah pada setiap selang musim, pelbagai yang pemain dapat mengejar terutama untuk menjadi lebih kompetitif dalam permainan terutama dari segi “Ranking” yang bermula dari Bronze- Silver- Gold- Platinum- Diamond- Crown- Ace- Conqueror. Selain itu, pemain juga boleh memainkan untuk menaikkan KD ratio yang menampilkan statistik permainan anda. Seiring musim berjalan, persaingan semakin meningkat dan anda dipadankan dengan pemain yang skilletnya serupa dengan anda. Peratusan bot meningkat dan dengan itu menjadikan permainan lebih mudah dan penuh kompetitif.

Potensi besar dalam esports dan streamer

Sumber PUBG Mobile

Sejak memulakan pertubuhan “clan” di dalam permainan, terdapat banyak pemain kompetitif yang ingin mencuba membawa nama sehingga ke prasada pemain pro dalam esports. Pelbagai peluang dari pemaju sendiri yang membuka peluang pada pemain untuk menyertai pertadingan esports tidak kira mengikut musim seperti PMPL, PMNC dan sebagainya hingga menawarkan hadiah yang besar sehingga beratus ribu Ringgit Malaysia dan anda berpeluang mewakili negara untuk World Championship juga! Terdapat acara untuk anda bersama rakan pasukan anda sertai bukan sekadar pasukan dari clan, ada seperti “Crew Challenge” juga yang membuat anda berpeluang memenangi ganjaran dalam permainan juga.

Bukan setakat pemaju permainan yang membuka peluang besar untuk andai menjadi pro-player dalam esports, terdapat banyak komuniti di luar sana, termasuk kerajaan negara yang sering melahirkan pemain baru dari membuat acara esports yang besar seperti sambutan Hari Sukan Malaysia, ada juga yang bakal berpeluang ke SEA Games, juga penganjur swasta yang turut menoyokong pembangunan esports untuk PUBG Mobile.

Sumber: Manprang FB

Ada juga pemain esports yang makin menaik nama mereka juga tidak terlepas untuk menjadi streamer di pelbagai saluran sosial media. Contohnya seperti pemain esports ManParang, Fredo, Yakuza dan ramai lagi turut streaming untuk mengekalkan sumber kewangan serta sentiasa berinteraksi bersama peminat mereka. Bukan setakat melahirkan pemain esports tau, streamer Malaysia kebanyakkannya juga makin berjaya dari streaming PUBG Mobile. Jika anda seorang penghibur, pemain yang hebat, sudah semestinya anda akan terkenal seperti MasterRamen atau kakak artis kita sendiri Yana Samsudin!

Mudah dan sesuai untuk semua lapisan umur

Permainan mobile memang mudah, terdapat tetapan yang disediakan PUBG Mobile secara auto dah cukup membuatkan semua orang tahu mana satu butang untuk tembak, butang skop dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan tetapan pada anda yang lebih pro menggunakan recoil yang mana sesuai untuk setiap senjata.

Banyak mode yang tersedia dalam PUBG Mobile, jika anda hanya pemain biasa, ada acara seperti Godzilla, atau Vs AI yang terbaru untuk anda luangkan masa. Atau, serlahkan kepantasan anda dalam bermain mode arena yang tersedia.

Sejujurnya, permainan ini sesuai untuk semua lapisan umur. Tetapi, ramai yang menyalah gunakan penyesuaian ini dengan bahasa KESAT, gangguan SEKSUAL, kurang ajar dan seangkatannya. Akibat pekara ini, ramai pemain biasa kini makin terasa ketika bermain “random” atau memilih pasukan secara rawak. Membanding-bandingkan KD, atau anda hanya seorang pemain yang “nub” sering terjadi. Tapi abaikan sahaja, pastikan anak-anak anda tidak terikut ayat-ayat kesat itu, kawal permainan mereka, atau sertai mereka bermain dan tutupkan sahaja Speaker all/team itu.

Membuat kawan dalam permainan secara rawak memang seronok. Jujur saya katakan, pemain PUBG Mobile sejak tahun 2018 memang jauh bezanya dengan generasi kini. Dahulu, kita baru sahaja kenal, kerana persahabatan itu ada yang boleh menjadi ibarat keluarga, ada juga yang sampai berkhawin. Jadi pemain lama ada yang teringin pekara lalu, dan bukan situasi kini yang terlalu penuh dengan Toxic dan gangguan seksual. Sebuah permainan untuk semua, haruslah dijaga untuk kegembiraan semua lapisan umur kan?

Grafik yang menggagumkan

Ini memang saya patut puji, PUBG Mobile sememangnya cantik dalam permainannya, lebih-lebih lagi pada pemain dengan penggunaan telefon pintar yang bersesuai dan spesifikasi tinggi. Banyak perbezaan dengan lawan PUBG Mobile kerana kebanyakkannya lebih kepada arah animasi dari realistik. Anda boleh menukar tetapan realistik, HDR serta 90fps untuk mendapat lebih perasaan dalam permainan anda. Bagi anda yang mempunyai telefon pintar biasa, jangan risau anda bukan lansung tidak boleh mainkan PUBG Mobile betul tak? Masih ada tetapan paling rendah untuk anda menikmati permainan kompetitif ini.

Tetapi walaupun nampak realistik dalam permainan, PUBG Mobile masih harus kerap memperbaiki Bug yang ada dalam permainan terutama terjadi pada pemain yang mempunyai telefon pintar spesifikasi rendah. Walaupun banyak bug, kadang kala ianya menyeronokkan, tiba-tiba anda berdiri ketika menunggang motor, atau anda menjadi giant. Tapi ada juga yang menjengkelkan jika anda spawn di tempat lain, turun di tempat lain dan “MATI”.

Kemaskini yang kerap supaya pemain tidak bosan

Satu lagi yang PUBG Mobile bujak kendalikan dengan pemain yang banyak adalah kemaskini yang kerap dan menarik, lebih-lebih lagi kolaborasi yang mantap seperti Alan Walker, Resident Evil, Godzilla, Black Pink dan akan tiba Jujutsu Kaisen! Bukan setakat kolaborasi sahaja yang menarik pemain, tetapi, terdapat pembelian dalam permainan yang membuat pemain tak senang duduk! Ada saja skin senjata, kostum baru watak serta emote-emote yang menarik dikemas kini dan membuatkan kami pecah tabung. Okay tersedih kejap~.

Kesimpulannya

Walaupun saya kata PUBG Mobile ni the best, itu tak bermaksud permainan yang lain banyak kekurangnya, semua pun ada keunikan memasing, seperti perbandingan antara PUBG Mobile dan Free Fire yang kami pernah kongsikan sebelum ini, cuma ikut citarasa korang je betul tidak? Sampai disini sahaja perkongsian antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi kegemaran ramai. Jadi pada anda nak baca lagi content PUBG Mobile kita termasuk tips & Tricks, dan update terkini, jangan segan-segan tekan di sini. Nantikan lebih lagi perkongsian kami ok!

Sumber gambar: PUBG Mobile

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KRAFTONpubg mobileTencent Games
Previous Post

Siri ASUS ROG Phone 5s rasmi diumumkan di Malaysia pada harga bermula RM2,999!

Next Post

GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar di PlayStation, Xbox, Switch, PC & Mobile!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar di PlayStation, Xbox, Switch, PC & Mobile!

GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar di PlayStation, Xbox, Switch, PC & Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd