Ninja adalah antara salah satu pemain Fortnite yang terbaik dan terkenal di dunia. Dia berkongsi gelaran itu dengan banyak pemain lain seperti Tfue. Walau bagaimanapun, satu gelaran yang tidak ada sesiapa yang berkongsi dengan Ninja adalah popularitinya sebagai video game streamer yang sangat terkenal di Twitch! Dia adalah streamer pertama yang melepasi 10 juta pengikut di platform tersebut hanya dengan streaming. Namun, dalam kejayaaannya menempah nama di mata dunia, sudah tentu ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
https://www.instagram.com/p/BwIEAAnA7FF/
Tyler “Ninja” Blevins, nama yang tidak asing lagi dalam dunia gaming ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Malah, Ninja sebenarnya sudah 4 tahun berkecimpung dalam dunia penstriman dan pernah melakukan strim yang biasa serta mempunyai pengikut yang sederhana. Sehinggalah satu hari dia bergabung dengan penyanyi terkenal Drake, dengan bermain Fortnite. Sejak dari itu, popularitinya terus meningkat dan mendapat perhatian banyak media. Sudah tentu, menjadi popular ini tidak menjaminkan pengalaman yang baik.
Ketika ditanya bagaimana dia berhadapan dengan semua haters online, Ninja menjawab:
“Abaikan saja semua pendapat dan mesej kebencian mengenai diri”
Ia adalah kemahiran yang mungkin korang fikir adalah tidak berguna, tetapi apabila korang adalah streamer terkenal seperti Ninja yang selalu membaca ulasan negatif tentangnya, mungkin ia adalah satu kemahiran yang paling penting untuk dimiliki. Ninja adalah manusia, dan seperti orang lain, tidak suka membaca mesej negatif tentang dirinya sendiri. Siapa yang mahu bangun setiap hari dan membaca perkara negatif tentang diri mereka sendiri? Tiada sesiapa pun.

Tiada sesiapun yang mampu menghentikan pendapat negatif daripada tersebar kerana trolls di luar sana akan tetap menjalankan “kerja” mereka. Jadi bagaimana Ninja berurusan dengannya adalah mudah. Dia mengabaikan mereka dengan tidak membaca atau membalasnya. Apa yang menarik ialah, isteri Ninja turut membantunya melalui semua ini. Kadang-kadang kerjasama diperlukan untuk memerangi troll internet, dan bersyukur Ninja mempunyai pasangan dalam membanteras troll terburuk di internet. Ia merupakan pelajaran yang berharga bagi sesiapa sahaja yang meletakkan diri mereka di internet. Kaedah yang mudah dan halus untuk melawan mereka adalah dengan mengabaikan troll dan teruskan buat apa yang korang suka!
Sumber: Game Life
@gamersantaimy
Discussion about this post