Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ingin rambut berwarna-warni? Pewarna rambut RGB Razer Rapunzel adalah pilihan terbaik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2021
in Artikel, Berita, Produk, Teknologi
0 0
0
Ingin rambut berwarna-warni? Pewarna rambut RGB Razer Rapunzel adalah pilihan terbaik!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang awak semua tahu, hari ini adalah Hari April Fool, dan ia merupakan hari di mana semua orang ingin bergurau senda termasuk syarikat periferal terkenal Razer. Cuma siapa sangka mereka akan melancarkan produk pewarna rambut, yang boleh menukar rambut anda seperti RGB! Ingin rambut berwarna-warni? Memang patut korang beli Razer Rapunzel.

Diumumkan di laman web dan halaman Youtube rasmi, Razer Rapunzel diperkenalkan untuk para gamer yang ingin menyesuaikan penampilan peribadi mereka mengikut warna yang disukai. Apakah rahsianya? Pewarna rambut ini mempunyai berbilion-bilion “nanite” canggih yang bergabung dengan rambut anda pada tahap molekul, lantas memberi kuasa pencahayaan, dan boleh dipakai dengan aplikasi Chroma untuk menunjukkan potensi sebenar rambut anda.

Bagaimana untuk guna? Ia hanya perlu 3 langkah mudah. Pertama, sapukan pewarna terus ke rambut dan bilas selepas 30 minit. Supaya tidak bersepah, sapukan di bilik mandi. Setelah membilas, rambut anda kini akan muncul sebagai alat yang dapat ditemui di aplikasi Razer Synapse. Akhir sekali, pilih dari 16.8 juta warna dan pelbagai efek khas Razer supaya sesuai dengan rupa pilihan.

Berikut adalah kandungan pewarna rambut:

  • Sebotol (120ml)
    • Razer Chroma Nanite (yang disuling)
    • Ekstrak Chamomile
    • Radianite
    • Hidrogen Peroksida taraf farmaseutikal
    • Alkohol
    • Tetrasodium EDTA
    • Hi-Potion

Jangan awak percaya bulat-bulat pula! Ini hanya gurauan sempena Hari April Fool. Tetapi jika anda berminat untuk tahu bagaimana rupa Razer Rapunzel bersama rambut sendiri, jangan segan-silu untuk cuba filter AR Razer Chroma yang tersedia di Instagram.

https://assets2.razerzone.com/images/rapunzel/wave.mp4
https://assets2.razerzone.com/images/rapunzel/fire.mp4
https://assets2.razerzone.com/images/rapunzel/ripple.mp4
https://assets2.razerzone.com/images/rapunzel/sparkle.mp4

Pada masa yang sama, anda juga mempunyai peluang untuk memenangi barangan Razer Chroma™ RGB dengan mendaftar diri sebagai penguji beta dan mengisi borang. Untuk dapatkan entri tambahan, jangan lupa untuk berkongsi foto penampilan anda dengan rambut Chroma menggunakan aplikasi AR di Instagram yang disertakan dengan #ChromaEverything.

Hari April Fool sudah bermula dan kemungkinan besar, Internet akan dibanjiri dengan berita palsu, jadi jangan terlalu percaya ya apabila melihat sesuatu yang menggembirakan awak. Untuk segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.

Sumber – Razer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hari April Foolpewarna rambutrazerRazer RapunzelRGB
Previous Post

Vive le Football sebuah permainan Ultra-Realistik akan datang oleh NetEase!

Next Post

Filem Resident Evil: Welcome To Racoon City ditunda kepada 24 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Resident Evil: Welcome To Racoon City ditunda kepada 24 November

Filem Resident Evil: Welcome To Racoon City ditunda kepada 24 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd