Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Ingin memenuhi jangkaan peminat mecha” – Interview Relayer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Artikel, Berita, PS4, PS5, RPG, Temuramah
0 0
0
“Ingin memenuhi jangkaan peminat mecha” – Interview Relayer
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tempoh pembangunan yang lama di bawah kod rahsia Project Stella, kini peminat dapat melihat rupa sebenar ‘Relayer‘, game terbaru dalam genre mecha. Dengan fokus untuk memasarkan game tersebut di tahap global, pasukan pembangunan berharap untuk mencipta francais mecha yang popular dan boleh memenuhi jangkaan pencinta genre.

Untuk memahami game ini dengan lebih mendalam, kami berpeluang membuat interview bersama Yoshimi Yasuda yang merupakan pencipta dan produser Relayer. Dijalankan melalui e-mel, berikut adalah isi kandungan penuh untuk interview kami bersama pencipta Relayer.

Yoshimi Yasuda

Apakah pendapat anda tentang kekurangan IP mecha original sejak kebelakangan ini?

Yasuda: Dari sudut pandangan seorang developer, mungkin tidak cukup banyak permintaan untuk mengurangkan risiko yang terlibat. Tetapi secara peribadi, saya rasa kekurangan motivasi di pihak sesetengah ‘creator’ untuk membawa nafas baru kepada genre mecha agak membimbangkan.

Dalam temu bual sebelum, anda menyebut bahawa identiti pereka watak adalah rahsia. Bolehkah anda memberitahu pengalaman bekerja dengannya?

Yasuda: Pereka watak Relayer meminta diri untuk dirahsiakan, dan saya menghormati permintaan itu. Kami mempunyai hubungan kerjasama yang erat, jadi saya tahu dari awal bahawa apa sahaja yang kami minta, dia akan memberi kami 200%. Dalam Relayer, Original One ialah prototaip kepada semua mecha. Apabila memberitahu minat saya tentang tamadun makhluk asing purba dan bagaimana aspek yang paling penting dalam pertempuran ialah tenaga, pereka watak segera membuat lakaran kasar yang kami kemudian guna.

Walaupun ramai yang memuji reka bentuk Stellar Gear (mecha), reka bentuk watak manusia juga memainkan peranan penting dalam game ini. Apakah keputusan yang diambil oleh pasukan semasa mencipta watak untuk Relayer?

Yasuda: Kami mahu keluar daripada konsep reka bentuk watak tradisional “hero anime” untuk mewujudkan watak yang lebih cool dan matang.

Game mecha dengan latar belakang angkasa lepas kadangkala tertumpu pada imaginasi pencipta tentang masa depan. Apakah perasaan pasukan tentang faktor masa depan semasa membangunkan Relayer?

Yasuda: Saya percaya bahawa manusia tidak lama lagi boleh mencipta kehidupan baru dengan teknologi ‘Artificial Intelligence’. Saya juga membayangkan masa depan di mana dengan kemajuan teknologi, zon yang boleh kita huni kita dalam sistem suria akan berkembang, dan kehidupan di Bulan akan menjadi kenyataan.

Umat manusia suatu hari nanti boleh melindungi diri daripada sinaran kosmik dan suar suria yang panas, lalu membolehkan kita beroperasi dengan bebas di angkasa, termasuk di Bulan. Tetapi, saya yakin akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai perjalanan antara galaksi berkelajuan tinggi, seperti teknologi super-graviti dalam Relayer yang bergantung pada lubang cacing.

Pasukan kami sangat suka pada kedua-dua mecha yang dipaparkan di cover art utama Relayer. Adakah terdapat apa-apa yang boleh anda bincangkan tentang kedua-dua mecha ini?

Yasuda: Cover art Relayer menggambarkan pertempuran antara Original One yang dicuri oleh Luna dan Astoria yang dikawal oleh Terra. Di sinilah kisah Relayer bermula. Sebenarnya Relayer mempunyai bab epilog bernama Asterism Voyage, yang kemudian boleh dibuka selepas melengkapkan keseluruhan jalan cerita utama. Pada akhir bab ini, kelahiran Bulan ditunjukkan selepas sebuah objek besar berlanggar dengan Bumi. Kisah Relayer secara keseluruhan melambangkan permulaan dan pengakhiran pembentukan Bumi dan Bulan.

Memandangkan jangkaan orang ramai sangat tinggi untuk Relayer, adakah terdapat rancangan untuk menyediakan model kit Stellar Gear?

Yasuda: Malangnya, kami tidak mempunyai sebarang rancangan buat masa ini.

Selain daripada Super Robot Wars, nampaknya banyak game mecha mula meninggalkan genre RPG taktikal dan mula memberi tumpuan kepada format aksi. Mengenai perubahan ini, adakah terdapat sebab mengapa pasukan Relayer masih menggunakan format RPG taktikal?

Yasuda: Kepakaran pasukan kami tertumpu pada genre simulasi RPG. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk menyediakan pertempuran mecha paling menarik mungkin.

Adakah juruterbang akan terkunci dalam satu Stellar Gear? Atau bolehkah mereka dipindahkan ke unit lain?

Yasuda: Setiap watak dalam Relayer mengawal Stellar Gear eksklusif sendiri. Walau bagaimanapun, kami akan menambah model Stellar Gear baru selepas game dikeluarkan, supaya pemain kemudian boleh menukar unit yang mereka mahu kawal.

Adakah Relayer akan menyediakan mekanisme sosial untuk berinteraksi antara watak, seperti dalam siri Fire Emblem atau Sakura Wars?

Yasuda: Pemain boleh mencipta strategi pertempuran unik dengan menggabungkan formasi pelbagai watak, tetapi tidak ada sistem peningkatan level yang melibatkan ‘pengeratan hubungan’ antara watak itu sendiri. Walau bagaimanapun, cip khas dalam game akan membolehkan kami memakai skil watak tertentu, yang berguna dalam meningkatkan kebolehan setiap watak di medan perang, atau membolehkan anda memperoleh efek pasif daripada watak tertentu.

Adakah Relayer akan menawarkan misi optional atau jenis misi yang boleh dimainkan semula? Adakah misi sedia ada akan dibuat secara linear?

Yasuda: Kandungan cerita utama dan bab Asterisme Voyage adalah sepenuhnya linear. Pemain akan dapat mengalami sifat unik dan latar belakang watak-watak dalam Asterisme. Khas untuk Practice Stage, ia boleh dimainkan sebanyak yang anda mahu.

Adakah terdapat Stellar Gear yang hanya boleh pakai senjata tertentu?

Yasuda: Dua senjata serba boleh yang mana-mana jenis mecha boleh guna ialah pedang one-handed dan mesingan. Sementara itu, senjata eksklusif jenis Assault mempunyai pedang two-handed, perisai jenis Tank, senapang jenis Sniper dan senjata lain yang turut termasuk dalam kategori Scout.


Maka, tamatlah interview kami tentang game mecha terbaru, Relayer. Terima kasih kepada Kadokawa termasuk Yasuda-sensei kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab semua soalan kami. Saya harap jawapan beliau di atas dapat memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang game tersebut.

Relayer akan dikeluarkan secara global pada 24 Mac 2022, eksklusif untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Anda boleh menyemak butiran yang lebih lengkap dan kemas kini terkini untuk permainan di tapak web rasmi DI SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewmechaRelayerYoshimi Yasuda
Previous Post

Review Secretlab Titan EVO 2022 Pikachu Edition – PIKA PIKA

Next Post

Interview bersama mangaka Tetsuo Hara – Dari Fist of the North Star ke Magic: The Gathering

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Interview bersama mangaka Tetsuo Hara – Dari Fist of the North Star ke Magic: The Gathering

Interview bersama mangaka Tetsuo Hara - Dari Fist of the North Star ke Magic: The Gathering

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd