Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Info terkini tentang PS5 DualSense! Hands-on demo oleh Geoff Keighley!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS5
0 0
0
Info terkini tentang PS5 DualSense! Hands-on demo oleh Geoff Keighley!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Geoff Keighley mengadakan siaran langsung untuk pendedahan controller PS5 DualSense, dan berkongsi beberapa maklumat baru untuk controller terbaru oleh Sony. Perbandingan ringkas menunjukkan bahawa DualSense secara fizikal lebih besar dan berat daripada DualShock 4 dan pembesar suara dalaman mempunyai kelantangan bunyi yang lebih kuat, serta bunyi yang dikeluarkan bertindak balas mengikut maklum balas haptik. Fitur-fitur ini ditayangkan di Astro’s Playroom, sebuah permainan video “pre-installed” percuma di PS5.

Setelah menerangkan bagaimana rasanya menggunakan DualSense, Keighley menunjukkan rakaman bermain Astro’s Playroom. Permainan video ini disusun seperti komponen komputer, dengan kawasan CPU dan kawasan stesen penyejukan. Satu bahagian memaparkan pemicu adaptif, di mana Keighley menggambarkan pengalaman yang dia rasakan ketika mengawal watak.

Siaran langsung diteruskan dengan temuramah bersama ketua pemasaran PlayStation di seluruh dunia, Eric Lempel. Dia menjelaskan bahawa Astro’s Playroom bertujuan untuk menunjukkan kelebihan DualSense dan fitur-fitur yang berbeza dalam sistem.

“Tunjang besar syarikat kami adalah inovasi. Kami ingin melepas batasan permainan… Apa yang unik tentang DualSense ialah ia bermain melalui deria anda.”

Mengenai solid-state drive PS5, Lempel menerangkan ia akan memberi pengalaman yang “berbeza” dan “lebih baik”. Dia mendakwa bahawa permainan video seperti Ratchet & Clank: Rift Apart tidak dapat dibangunkan di perkakasan sedia ada kerana ia bergantung pada kelajuan SSD.

Ketika ditanya tentang isu pra-pesanan, yang dikhabarkan akan hadir pada awal minggu ini, Lempel memberitahu Keighley bahawa “kami akan memberitahu anda bila pra-pesanan akan berlangsung. Pra-pesanan tidak akan berlaku tiba-tiba tanpa kami memberitahu.” Ramai tertanya jika DualSense mempunyai skema warna lain, dan Lempel tidak mendedahkan sebarang maklumat tetapi bercakap bahawa “kita akan membincangkannya pada satu hari nanti.”

Itu sahaja info saya perolehi daripada siaran langsung hari ini. Untuk info terbaru tentang PS5, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSenseplaystationplaystation 5ps5Sony
Previous Post

Gameplay Captain Tsubasa: Rise of New Champion didedahkan di BNE Fun Live sebentar tadi!

Next Post

Treler terbaru Mobile Suit Gundam: Extreme VS. Maxiboost ON buat kita menggamit memori!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Treler terbaru Mobile Suit Gundam: Extreme VS. Maxiboost ON buat kita menggamit memori!

Treler terbaru Mobile Suit Gundam: Extreme VS. Maxiboost ON buat kita menggamit memori!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd