Pada bulan Jun lalu, The Pokémon Company telah mendedahkan permainan terbarunya, Pokémon Unite. Ini adalah MOBA “free-to-play” untuk pelantar Nintendo Switch dan mobile yang dibuat bersama dengan TiMi Studios (Tencent Games). Malangnya, ia masih belum diberi tarikh pelepasan.
Sejak pengumuman itu, kami sebenarnya tidak mendengar apa-apa lagi berita mengenai permainan. Berkat beberapa tangkapan skrin baru yang tertular di dalam talian, inilah info lanjut dan senarai Pokémon yang anda dapat kawal. Diambil daripada ujian dalaman, mari kita lihat!
Permainan asas
Terdapat 5 peranan asas dalam permainan ini iaitu Strike/Power, Support, Standard/Balancer, Defense, dan Speed manakala setiap Pokemon dibahagikan kepada 3 jenis kebolehgunaan: Beginner, Medium, Advanced/Master. Sama seperti mana-mana MOBA, Pokemon tersebut juga boleh menyerang daripada jarak dekat atau jarak jauh.
Pokemon akan berevolusi pada level 5 dan level 7 (jika ia dapat berevolusi dua kali) dan akan mempelajari abiliti baru pada level 1, level 3, level 5, dan level 7. Pemain hanya boleh memilih 1 abiliti daripada 2 pilihan alternatif setiap kali daripada kategori abiliti yang sama. Semakin tinggi leve anda, semakin kuat juga lah abiliti yang dipelajari. Pada awal permainan, setiap Pokemon akan mempelajari satu abiliti asas. Apabila mempelajari abiliti ketiga, Pokemon tersebut akan melupakan abiliti asasnya. Pada level 9, Pokemon yang anda kawal akan mempelajari “Unite Move” sebagai abiliti ketiga.
Dalam perlawanan, beberapa Pokemon liar yang kuat akan muncul di peta yang menampilkan Pokemon legenda seperti Zapdos dan Drednaw. Jika anda mengalahkan mereka, pemain akan mendapat jumlah mata yang banyak berbanding Pokemon liar lain. Selain itu, item seperti Rare Candy atau Sitrus Berry juga akan muncul secara rawak di peta dan memberi kesan khas pada Pokemon yang makan.
Beberapa maklumat asas mengenai Pokemon yang ada sekarang:
- Bulbasaur » Ivysaur » Venusaur: Strike + Medium + Long-range
- Charmander » Charmeleon » Charizard: Standard + Beginner + Short-range
- Squirtle » Wartortle » Blastoise: Defense + Medium + Long-range
- Pikachu: ? + Medium + Long-range
- Jigglypuff » Wigglytuff: Support + Medium + Short-range
- Machop » Machoke » Machamp: Standard + Medium + Short-range
- Slowpoke » Slowbro: Defense + Medium + Long-range
- Snorlax: ? + Beginner + Short-range
- Lucario: ? + Advanced + Short-range
- Froakie » Frogadier » Greninja: Strike + Advanced + Long-range
- Fletchling » Fletchinder » Talonflame: Speed + Medium + Short-range
- Zeraora: ? + Advanced + Short-range
Info asas tentang abiliti Pikachu:
- Pada awal permainan, Pikachu akan belajar Thunder Shock dan Electroweb.
- Selepas meningkat ke level 5, ia akan belajar Electro Ball dan Thunder.
- Kemudian pada level 7, ia akan belajar Thunderbolt dan Volt Tackle.
- Setiap serangan mempunyai kesan dan kelebihan berbeza.
- Anda boleh meningkatkan abiliti pada tahap yang lebih tinggi (seperti level 11 atau 13) dengan penambahan simbol “+” di akhir nama.
Menurut sumber, Pokemon Unite, yang menyokong “cross-play” antara mobile dan Switch, akan dilancarkan pada musim bunga 2021. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pokemon Unite, anda boleh lihat liputan lama kami di sini dan trailer di bawah. Adakah anda berminat untuk bermain MOBA bertemakan Pokémon ini? Mari kongsikan komen.

@gamersantaimy
Discussion about this post