Menurut info daripada penerbit THQ Nordic dan pemaju Pieces Interactive, mereka akan menganjurkan acara “Alone in the Dark Spotlight” pada 26 Mei, jam 8:00 AM GMT+8. Siaran khas ini adalah untuk menerangkan lebih lanjut tentang game seram remake “Alone in the Dark”, sambil menjawab pertanyaan peminat. Siaran ini boleh ditonton di YouTube dan Twitch.
Adakah kita akan dapat tarikh keluaran rasmi? Nantikan acara ini pada hari jumaat nanti!
Kisah Alone in the Dark remake?

Remake ini asalnya diumumkan pada Ogos tahun lepas dan adalah berdasarkan game survival horror klasik Alone In The Dark yang dikeluarkan pada 1992. Versi original diakui secara meluas sebagai pelopor kepada genre “survival horror” dan sering dikreditkan sebagai pencipta kepada genre tersebut.
Versi remake akan berlangsung pada tahun 1920-an di selatan Amerika Syarikat dan memberi penghormatan kepada judul klasik di mana kita akan melawan raksasa dan menyelesaikan teka-teki untuk membongkarkan kebenaran. Sama seperti Resident Evil 2, anda akan bermain sebagai dua watak, Edward Carnby dan Emily Hardwood, yang kedua-duanya mempunyai kempen yang saling berkait.

Ciri-ciri utama:
- Terokai rumah agam Derceto dalam remake Alone in the Dark ini, surat cinta kepada game klasik seram 90-an.
- Kembali ke asas seram psikologi dan alami pengembaraan atmosfera yang sesuai dengan game yang mengasaskan genre itu.
- Asyikkan diri anda dalam dunia yang dikelilingi oleh bunyi menakutkan dengan latar belakang jazz.
- Rasakan adrenalin semasa anda bermati-matian mencuba untuk bertahan hidup dalam dunia di mana realiti mula runtuh, kejahatan mengintai daripada bayang-bayang, dan peluru adalah terhad.
- Alami mimpi ngeri ini dari perspektif Emily Hartwood atau Edward Carnby dan terokai rahsia gelap rumah agam Gothic.
- Lalui kisah psikologi kompleks yang ditulis oleh penulis skrip Mikael Hedberg, pengarang SOMA dan Amnesia.

Tarikh pelancaran rasmi bagi Alone In The Dark Remake tidak didedahkan tetapi sekurang-kurangnya kita tahu game ini akan dilancarkan di PS5, Xbox Series, dan PC. Untuk baca segala berita kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post