Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Note 30 Review — Phone Bajet Mampu Milik, Sedia untuk Gaming & Kegunaan Harian!

Maira by Maira
July 17, 2023
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Infinix Note 30 Review — Phone Bajet Mampu Milik, Sedia untuk Gaming & Kegunaan Harian!
Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile sememangnya popular dalam komuniti gamer di Malaysia. Kami pasti ramai yang lebih berjimat dalam memilih phone untuk bermain game mahupun untuk kegunaan harian. Kami ada satu model phone yang mungkin menarik perhatian anda. Phone yang kami maksudkan adalah Infinix Note 30 yang telah dilancarkan pada bulan Mei yang lalu. Ingin tahu mengapa kami syorkan phone bajet ini kepada anda? Teruskan baca ulasan kami untuk Infinix Note 30!

Reka bentuk

Infinix Note 30 yang berada pada tangan kami ialah varian Interstellar Blue, yang dikemaskan dengan permukaan matte. Memang cantik betul kemasan akhir phone ini, bukan setakat itu sahaja, ia juga selesa untuk dipegang. Cap jari anda juga sudah tentu tidak mudah dikesan, terima kasih pada kemasan matte padanya. 

Walaupun begitu, pada bahagian kameranya mempunyai kemasan seperti phone lain di luar sana, jadi cap jari anda masih boleh dikesan padanya. Tetapi boleh sahaja anda lap untuk hilangkannya, jadi tidak perlu risau sangat.

Note 30 turut dilengkapi dengan port USB Type-C untuk pengecasan, 3.5mm audio jack, dan juga lubang speaker pada bahagian bawah phone. Bahagian sisi kanan phone pula hadir dengan butang volume dan power.

Senang cerita, reka bentuknya cukup baik bagi kami. Ditambah dengan rupa premiumnya, ia tidak kelihatan seperti phone bajet langsung, jadi tiada masalah untuk anda bergaya dengannya.

Paparan

Pengalaman gaming yang lebih lancar dipastikan oleh paparan dengan refresh rate yang lebih tinggi. Dilengkapkan dengan paparan IPS LTPS 6.78-inci pada Infinix NOTE 30, ia menawarkan Dynamic Refresh Rate 120Hz dan kecerahan maksimum 580 nits, menjadikannya telefon phone bajet yang lebih baik untuk gameplay yang lebih lancar. Kalau anda berada dalam bilik yang pencahayaannya tidak begitu baik mahupun di bawah cahaya matahati yang terik, anda tidak akan ada masalah untuk melihat paparan phone ini.

Bukan setakat gaming sahaja, ia juga memberikan pengalaman yang baik semasa menonton video mahupun filem. Warnanya yang terang serta lebih tepat memberikan tayangan filem yang lebih menyeronokkan. Skrin 120Hz itu juga membuatkan kami seronok imbas sosial media serta memberikan tontonan yang pantas. Jadi kepada anda yang suka skrol laju-laju, anda pasti akan menyukai paparan Infinix Note 30.

Kamera

Kamera utama 64MP untuk Note 30 adalah salah satu daripada tiga kamera yang tersedia. Pada penampilan pertama, tidak banyak perbezaan dalam gambar yang diambil dengan telefon ini. Walau bagaimanapun, imej yang diambil dalam cahaya malap kelihatan agak baik berkat kamera AI-nya. Anda boleh lihat beberapa gambar yang kami tangkap menggunakan kamera phone ini.

Pengalaman Gaming & Prestasi

Kalau nak main game sudah tentu kita akan lihat pada chipset yang digunakan pada phone. Infinix Note 30 menggunakan chipset mid-range Helio G99 6nm. Cip inisudah cukup bagus untuk bermain game seperti Mobile Legends: Bang Bang pada grafik tinggi, PUBG Mobile pada grafik tinggi. Digandingkan dengan storan sebesar 256GB serta 8 GB + 8 GB Extended RAM, sudah tentu banyak aplikasi mahupun game yang anda boleh install dan gunakan tanpa sebarang masalah.

Sudah tentu kami juga ada bermain game yang sedikit berat seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail. Kedua-dua game tersebut boleh dimainkan dengan baik, tetapi anda perlu menggunakan grafik yang rendah. Kalau anda menggunakan tetapan grafik yang tinggi, memang pengalaman anda semasa mengembara di dalam game tidak akan lancar.

Kalau ada satu benda yang kami suka mengenai phone ini, ianya tidak mudah panas semasa bermain. Ia cuma suam-suam sahaja walaupun bermain game lebih daripada tiga jam. Kami juga ada mencuba bermain game sambil mengecasnya, dan sekali lagi kami kagum dengan suhu phone yang tidak begitu panas seperti phone lain yang pernah kami gunakan. Terima kasih kepada ciri Bypass Charge Infinix.

Kalau anda yang ingin bermain game tanpa bajet yang tinggi, Infinix Note 30 mungkin sesuatu yang anda cari.

Audio

Infinix Note 30 mempunyai dual speaker dan teknologi oleh JBL. Bagi kami, audio yang dihasilkan cukup kuat serta jelas walaupun pada volume yang paling tinggi. Kalau anda main game, anda dapat merasakan pengalaman yang lebih immersive berkat audio stereo phone ini. Pengalaman yang sama juga yang anda boleh rasai semasa menonton filem mahupun video.

Benchmark

Kami telah menggunakan aplikasi Antutu untuk melakukan benchmark pada Infinix Note 30. Melihat skor yang diberikan, kami boleh katakan phone ini memang sesuai untuk dimiliki ramai.

Hayat Bateri & Reverse Charging

Ciri Pengecasan Pantas yang dibangunkan sendiri oleh Infinix merupakan All-round FastCharge 45W. Ia salah satu highlight penting dalam siri Note 30. Masa yang diambil untuk mengecas bateri 5000mAh kurang daripada sejam, jika kami langsung tidak menggunakannya semasa mengecas. Selepas itu, bolehlah kami teruskan sesi gaming seperti biasa semula. Jadi untuk sebuah phone bajet, ianya sangat berguna.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh berfungsi sebagai “Powerbank” yang dipanggil Reverse Charging yang boleh mengecas phone lain seperti iPhone. Tetapi mungkin ada beberapa jenama phone lain yang tidak sepadan dengannya. Untuk pengecasan power bank ini, Note 30 akan mengecas phone lain sehingga baterinya sendiri mencecah 30%. Bakinya hanya tersedia untuk Note 30 sahaja selepas itu.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Infinix Note 30 sebuah phone bajet yang bagus untuk mereka yang inginkan phone mantap tanpa berbelanja tinggi. Pelbagai benda yang boleh lakukan, terima kasih kepada kapasiti baterinya yang besar. Anda juga boleh bermain game kegemaran anda tanpa risau tentang bateri. Walaupun ia habis, anda masih boleh dapat menggunakannya dengan bateri penuh tanpa menunggu dengan begitu lama.

Reka bentuknya juga cukup bergaya serta kelihatan premium dengan warnanya persis biru langit. Walaupun kameranya kelihatan biasa sahaja, tetapi ia menghasilkan gambar yang cukup baik untuk penggunaan harian.

Kalau anda berminat untuk mendapatkannya, ia dijual dengan harga RM 699 melalui kedai pengedar sah Infinix dan e-stor rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok! Baca segala liputan kami tentang produk Infinix di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: InfinixInfinix Note 30
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 365 – Asta kini kembali ke Clover Kingdom, Sedia kalahkan Paladin Damnatio

Next Post

Closed Beta Assassin’s Creed Codename Jade bakal diadakan bermula 3 Ogos ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Closed Beta Assassin’s Creed Codename Jade bakal diadakan bermula 3 Ogos ini!

Closed Beta Assassin's Creed Codename Jade bakal diadakan bermula 3 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd