Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix GT 30 Pro Dilancarkan – Gaming Phone Mid-Range Prestasi Full FPS, Harga Bermula RM1299!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2025
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Infinix GT 30 Pro Dilancarkan – Gaming Phone Mid-Range Prestasi Full FPS, Harga Bermula RM1299!
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix secara rasmi telah melancarkan GT 30 Pro, generasi ketiga dalam siri GT yang direka khas untuk mendefinisikan semula pengalaman mobile gaming dalam kategori mid-range.

Dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih seperti GT Trigger eksklusif dan sistem All-Day Full FPS, GT 30 Pro menjanjikan prestasi kelas profesional, kawalan yang tepat, dan pengalaman imersif untuk para gamer yang sentiasa bergerak.

Kredit: Infinix

GT 30 Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik—Blade White, Shadow Ash, dan Dark Flare—dilengkapi pencahayaan RGB yang turut disertakan dalam bundle eksklusif Master Edition. Di Malaysia, model 12GB RAM + 256GB storan ditawarkan pada harga bermula RM1299, manakala varian 12GB + 512GB dijual pada harga RM1499.

Salah satu tarikan utama GT 30 Pro ialah GT Trigger, sepasang butang shoulder kapasitif pada bingkai peranti. Butang sensitif sentuhan ini memberikan input latency yang sangat rendah, sesuai untuk kawalan yang tepat dalam game pantas, menyokong konfigurasi empat atau enam jari.

Dengan hanya menekan lama kedua-dua butang ini, anda boleh melancarkan preset gaming secara pantas. Butang ini juga boleh disesuaikan untuk tugasan lain seperti mengambil gambar atau mengawal media.

Gabungan dengan kadar touch sampling 2160Hz dan sensor gyro enam paksi membolehkan kawalan berasaskan gerakan yang responsif, sesuai untuk tajuk racing, shooting, dan adventure.

Kredit: Infinix

GT 30 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G, digabungkan dengan sambungan berkelajuan tinggi (5.5G, Super WiFi 2.0, dan rekaan antena 360°), sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber Cooling (3DVCC) dari Infinix, serta RAM lanjutan hingga 24GB.

Semua ini memastikan pengalaman gaming yang lancar tanpa masalah panas berlebihan atau lag, walaupun ketika sesi permainan panjang.

Paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, PWM dimming 2160Hz, pensijilan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata, dan tahap kecerahan sehingga 4500 nits memastikan visual kekal jelas dan lancar dalam apa jua keadaan pencahayaan.

Kredit: Infinix

GT 30 Pro turut mengintegrasikan ciri AI pintar seperti Magic Voice Changer, sistem pencahayaan dinamik dengan lebih 14 mod gaming, dan XBOOST AI untuk prestasi yang dioptimumkan.

AI Magic Box menambah baik pengalaman bermain game seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail dengan fungsi seperti skip dialog, auto-loot, dan kawalan pemulihan.

Fungsi One-Tap Infinix AI, dikuasakan Folax dan DeepSeek R1, menyokong ringkasan dokumen, penyuntingan foto, terjemahan panggilan merentas bahasa, penciptaan wallpaper AI, serta carian kontekstual, menjadikan GT 30 Pro bukan sekadar peranti gaming, tetapi juga alat produktiviti yang berkuasa.

Kredit: Infinix

Rekaan casis GT 30 Pro yang diperbuat menggunakan teknologi CNC menampilkan elemen sci-fi, badan komposit tahan lasak, serta sistem pencahayaan dinamik “Mechanical Light Waves” dengan aksen elektrokromik dan corak bertema litar.

Sistem pencahayaan ini bertindak balas secara masa nyata dengan lebih 20 kesan berbeza untuk panggilan, mesej, pengecasan, muzik, dan juga semasa bermain game.

Getaran X-Haptics 4D, Audio Boost, dan Game Visual Boost pula menambah lagi keasyikan pengalaman sensori, manakala XArena Game Space memberikan persekitaran permainan yang bebas gangguan.

Kredit: Infinix

Dari segi bateri, GT 30 Pro hadir dengan kapasiti 5500mAh, pengecasan berwayar pantas 45W, dan pengecasan tanpa wayar 30W. Fungsi Bypass Charging 2.0 membantu mengurangkan haba dengan menghantar kuasa terus ke papan induk, memanjangkan jangka hayat bateri.

Sistem kamera pula menampilkan sensor utama 108MP, kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera hadapan 13MP, disokong oleh teknologi AI untuk ciri-ciri seperti buang objek, crop, dan perbesaran foto bagi memudahkan penciptaan kandungan.

Kredit: Infinix

Dikuasakan oleh XOS 15, GT 30 Pro menawarkan UI yang diinspirasikan daripada alam semula jadi, pelancaran aplikasi yang lebih pantas, dan pengurusan memori yang lebih bijak. Infinix juga menjanjikan dua tahun kemas kini Android dan tiga tahun patch keselamatan untuk memastikan prestasi dan keselamatan jangka panjang.

Kredit: Infinix

GT 30 Pro juga dilengkapi Gaming Master Edition—bundle premium khas untuk gamer kompetitif. Ia hadir dengan dua aksesori eksklusif: MagCharge Cooler, kipas pengecasan tanpa wayar magnetik, dan MagCase, casing dengan rekaan termal yang dioptimumkan.

MagCharge Cooler menggunakan kawalan voltan pintar untuk penyejukan 30% lebih efisien, serta “Draco Mode” untuk pengecasan dan penyejukan serentak semasa gaming intensif. MagCase, yang diperbuat daripada bahan termal generasi baharu, meningkatkan keupayaan pelesapan haba sambil menyokong aksesori magnetik.

Gabungan kedua-dua aksesori ini memastikan GT 30 Pro mampu mengekalkan prestasi frame rate tinggi sepanjang hari, lengkap dengan pensijilan rasmi 120FPS untuk game popular seperti MLBB dan PUBG MOBILE.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Infinix GT 30 Pro
ShareTweetSend
Previous Post

Gaming Phone Terbaik Bawah RM1000 Di Malaysia Untuk 2025

Next Post

HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025

HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd