Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai akan tiba 28 September 2023, boleh pre-order sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, Manga, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai akan tiba 28 September 2023, boleh pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix, Game Studio dan KAI GRAPHICS mengumumkan bahawa game anime aksi RPG ‘Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai‘ akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 28 September 2023 di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, prapesan digital turut kini tersedia melalui PlayStation Store, Microsoft Store dan Steam.

Edisi Digital Deluxe akan mengandungi game utama, outfit “Legendary Mage” untuk Popp, outfit “Legendary Priest” dan “Legendary Martial Artist” untuk Maam, dan outfit “Legendary Swordsman” dan “Legendary Warrior” untuk Hyunckel, sebagai tambahan kepada bonus prapesanan permainan.

Selain itu, jika anda prapesan mana-mana edisi game; pemain akan menerima outfit “Legendary Hero” untuk Dai dan “The Hero’s Tutor” Bond Memory yang memberikan bonus EXP (experience points). (“The Hero’s Tutor” Bond Memory juga boleh diperolehi melalui “The Temple of Recollection.” Bonus prapesan hanya memberi akses awal kepada item ini.)

Kredit: Square Enix

Sinopsis

Manga dan anime legenda Dragon Quest The Adventure of Dai tiba sebagai aksi RPG menyeronokkan! Alami semula peristiwa anime dalam Infinity Strash semasa anda mengawal Dai dan rakan-rakan dalam pertempuran mereka menentang Dark Army!

Kredit: Square Enix

Seperti saya kata tadi, ini adalah game Action-RPG berdasarkan manga dan anime DRAGON QUEST The Adventure of Dai yang popular. Diadaptasikan ke platform baharu, pemain boleh mengalami perspektif unik ke dalam kisah Dai dan rakan-rakan.

Pertama sekali adalah Story Mode di mana anda akan bermain melalui jalan cerita anime daripada ‘mula hingga ke Battle of Sovereign Rock Castle.’ Dalam perjalanan, bertarung dengan pelbagai musuh ikonik sambil mengawal Dai, Popp, Maam dan Hyunckel.

Kredit: Square Enix

Bukan itu sahaja yang menarik kerana pihak produksi turut menambah banyak cutscene khas untuk mereplikasikan adegan anime. Jadi buat sesiapa yang tidak mengenali Dai, itu pun tiada masalah kerana anda boleh sahaja mengikuti pengembaraan di dalam game.

Kedua adalah Temple of Memories pula ialah dungeon original di mana musuh dan mekanik pentas berbeza akan muncul setiap kali anda bermain. Pelbagai “pilihan” yang pemain bakal buat merupakan kunci untuk menewaskan dungeon ini, dan bergantung pada pilihan tersebut, kebolehan watak mungkin akan bertambah kuat, atau mungkin anda akan menghadapi musuh dahsyat.

Kredit: Square Enix

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai akan dilancarkan di PS5, Xbox Series, PS4, Switch dan PC pada 28 September 2023. Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of DaiPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

VCT APAC: Paper Rex muncul juara selepas menundukkan “King of APAC” DRX di Korea!

Next Post

Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Julai Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Julai Ini!

Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Julai Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd