LEVEL-5 secara rasminya menunda game Inazuma Eleven: Victory Road ke tahun 2024 semasa livestream LEVEL-5 Vision. Walaupun begitu, ada beberapa perkara baharu yang didedahkan. Antaranya adalah trailer baharu yang mendedahkan sistem game dan juga sesi beta untuk pemain Switch.
Sesi beta Inazuma Eleven: Victory Road akan diadakan pada Mac 2024 untuk pemain Switch di seluruh dunia. Buat masa ini, tiada tarikh yang dijadualkan untuk beta tersebut. Jadi tunggu sahaja maklumat baharu yang akan dikeluarkan menjelang sesi tersebut. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenainya.

Selain itu, LEVEL-5 turut mendedahkan video baharu yang menunjukkan perjumpaan strategi antara Unmei Sasanami dan Haru Endou. Kita dapat melihat bagaimana data pasukan lawan ditunjukkan dalam game.
Tentang Inazuma Eleven: Victory Road
Dalam story mode, anda akan bermain sebagai Unmei Sasanami, seorang budak lelaki yang merindukan dunia tanpa bola sepak dan bertemu dengan Haru Endo, seorang pemain bola sepak yang berdiri di puncak dunia. Pertemuan mereka menandakan permulaan kisah yang indah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang ditemuinya di Nagumohara Junior High, Unmei berjaya mendapatkan semula semangatnya untuk bola sepak. Bersama-sama, mereka cuba menghidupkan semula kelab bola sepak yang diabaikan itu.

Terdapat lebih daripada 4500 watak dari masa lalu francais ini! Setiap pemain akan membuat penampilan termasuk watak daripada versi berbeza, keluaran dan pas musim. Inilah masanya untuk anda tubuhkan pasukan bola sepak paling kuat!
Inazuma Eleven: Victory Road akan dilancarkan pada 2024 di PS5, PS4, Nintendo Switch, iOS dan Android. Untuk membaca berita lain mengenai Inazuma Eleven daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post