Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Impulse Gaming buka cawangan di Sungai Besi Kuala Lumpur, kedai game terbesar di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2023
in Artikel, Berita, Impulse Gaming, Tempatan
0 0
0
Impulse Gaming buka cawangan di Sungai Besi Kuala Lumpur, kedai game terbesar di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-15, Impulse Gaming mengumumkan hari ini bahawa mereka akan membuka cawangan baru di Sungai Besi, Kuala Lumpur serta memecahkan rekod buat kedai game terbesar di Malaysia!

Berita ini diumumkan di melalui halaman FB rasmi di mana mereka mendedahkan cawangan ke-9 di Sungai Besi Kuala Lumpur selepas setahun dalam perancangan. Bakal menjadi kedai permainan video terbesar di Malaysia, cawangan Sungai Besi Kuala Lumpur mengatasi outlet utama di Johor Bahru dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi.

Bukan itu sahaja, Impulse Gaming membuat keputusan untuk menyerlahkan lagi pengalaman membeli pelanggan dengan menjadikannya seperti bilik pameran, di mana pelbagai demo tersedia untuk hampir setiap produk yang mereka jual! Selain itu, rakan kongsi kami termasuk Logitech, MSI, Razer, Asus dan PlayStation juga akan mempunyai bilik pameran sendiri dalam kedai untuk pelanggan melihat!

Seterusnya, cawangan Sungai Besi juga menampilkan konsep ‘kafe dalam kedai’, di mana Chatto Cafe akan bekerjasama sebagai rakan kongsi. Ini merupakan tambahan baharu kerana mana-mana cawangan tidak mempunyai konsep ini.

Pada masa yang sama, cawangan Sungai Besi akan memberi ruang istimewa untuk komuniti gaming, di mana sesiapa yang berminat boleh menjalankan acara, perhimpunan ad-hoc dan banyak lagi. Pada masa yang sama, mereka akan mengadakan acara TCG mingguan, yang boleh memuatkan sehingga 64 pemain pada satu sesi!

Berikut adalah mesej daripada Impulse Gaming:

Kami tidak mungkin berjaya ke sini tanpa sokongan pelanggan terawal kami di forum lowyat; pelanggan pertama yang mengunjungi kedai pertama kami di Plaza Mentari di Johor Bahru, kepada mereka yang mengunjungi kedai kami di pelbagai lokasi di Selangor, Pulau Pinang, Seremban dan Ipoh, dan sudah tentu kepada semua orang yang membeli secara dalam talian daripada kami juga!

Terima kasih banyak-banyak dan saya berharap dapat berjumpa anda di kedai utama KL kami tidak lama lagi!

Tarikh pembukaan rasmi masih belum diumumkan untuk kedai Impulse Gaming cawangan Sungai Besi Kuala Lumpur, tetapi harap-harap lah dalam masa terdekat. Bagi mereka yang ingin membeli belah di Impulse Gaming, mereka mempunyai enam cawangan lain di:

  • Johor Bahru HQ
  • Bandar Sunway Selangor
  • Georgetown, Penang
  • Queensbay Mall, Penang
  • Southkey Midvalley, Johor
  • Seremban Gateway, Negeri Sembilan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Impulse Gaming, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Impulse GamingKedai GameKuala LumpurMalaysia
Previous Post

Preview The Sims 4 Growing Together DLC: Lebih Fokus Kepada Hubungan Keluarga! Kini Boleh Jaga Bayi!

Next Post

Bahagian Kedua Attack on Titan Final Season Part 3 Akan Tayang Hujung Tahun Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Bahagian Kedua Attack on Titan Final Season Part 3 Akan Tayang Hujung Tahun Ini!

Bahagian Kedua Attack on Titan Final Season Part 3 Akan Tayang Hujung Tahun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd