Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Impulse Gaming akan buka cawangan ke-11 di Juru Autocity Pulau Pinang – akan dibuka Oktober 2023!

Maira by Maira
August 28, 2023
in Artikel, Berita, Impulse Gaming, Produk, Tempatan
0 0
0
Impulse Gaming akan buka cawangan ke-11 di Juru Autocity Pulau Pinang – akan dibuka Oktober 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Impulse Gaming mengumumkan hari ini bahawa mereka akan membuka cawangan baru di Juru Autocity, Pulau Pinang!

Berita ini diumumkan di melalui halaman FB rasmi oleh Luke Eng selaku Pengurus Besar Impulse Gaming di mana mereka mendedahkan cawangan ke-11 akan dibuka di Juru Autocity, Pulau Pinang dengan bantuan P&P Interior Design Studio pada Oktober 2023. Menurut posting FB, kedai game ini dilabel sebagai Megastore dan mempunyai dua tingkat serta keluasan sebesar 8000 kaki persegi.

Kredit: Impulse Gaming
Kredit: Impulse Gaming

Berikut adalah mesej daripada Impulse Gaming:

Hai semua, ini Luke sekali lagi dengan berita besar! Kami berbesar hati untuk mengumumkan pembukaan cawangan ke-11, dan tempat apa yag lebih bagus untuk membukanya kalau bukan tanah besar Pulau Pinang!

Impulse Gaming cawangan Pulau Pinang sentiasa mengadu tempat terlalu kecil, tiada ruang untuk berjalan dan mempamerkan produk, jadi kami tidak boleh tahan. Kami memutuskan untuk membuka kedai mega 8000 kaki persegi di Juru Autocity pada Oktober akan datang!

Kawasan ini adalah konsep serba baharu di AutoCity, dibina di bawah garis panduan bangunan hijau dan hanya ada sejumlah 11 unit yang terletak di tepi sungai, kami berbangga untuk menduduki unit terbesar di sana~

Nantikan lebih banyak pengumuman mengenai tarikh pembukaan dan promosi. Kami berharap outlet ini akan menjadi seindah paparan 3d!

Bertema futuristik dan elegan, cawangan Juru Autocity menyerlahkan lagi pengalaman membeli dengan menyediakan pelbagai bahagian dan ruang khusus seperti PlayStation, Nintendo dan banyak lagi. Malah, dua Gundam turut ada untuk menggayakan lagi kedai unik ini.


Tarikh pembukaan rasmi masih belum diumumkan untuk Impulse Gaming cawangan Juru Autocity Pulau Pinang, tetapi harap-harap pada awal bulan Oktober. Bagi mereka yang ingin membeli belah di Impulse Gaming, mereka mempunyai beberapa cawangan lain di:

  • Johor Bahru HQ
  • Bandar Sunway Selangor
  • Georgetown, Penang
  • Queensbay Mall, Penang
  • Southkey Midvalley, Johor
  • Seremban Gateway, Negeri Sembilan
  • KL Flagship Store

Untuk membaca segala liputan kami tentang Impulse Gaming, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Impulse GamingPulau Pinang
ShareTweetSend
Previous Post

HOLOSTARS English -TEMPUS- Raikan Ulang Tahun Pertama Pada 5 September – 11 November 2023!

Next Post

Game popular PC & konsol ‘Warframe’ rasmi akan keluar di Mobile!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Game popular PC & konsol ‘Warframe’ rasmi akan keluar di Mobile!

Game popular PC & konsol 'Warframe' rasmi akan keluar di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd