Alhamdulillah, terima kasih kepada Sony dan Santa Monica Studios sebab bagi aku peluang untuk mencuba bermain God of War yang akan keluar pada April 20 ini. Masa mula-mula dapat tu, memang teruja gila la, sebab aku memang kipas-susah-mati siri God of War ni. tapi, untuk God of War kali ini, rasa agak berbeza sedikit. Banyak perubahan dan penambahbaikan dilakukan untuk God of War yang baru ni. Haaa, untuk hari ini, aku ceritakan sedikit apa pendapat aku tentang God of War kali ini dan akan sentuh beberapa aspek seperti kombat, pengembaraan dia dan juga penceritaan. Jom, baca entri ni gais!
KOMBAT
Antara aspek yang aku nak sentuh dulu adalah dari segi kombat dia. Bagi aku, style kombat dia sangat lah mengujakan dan mendebarkan. Sebab, kali ini, akan ada banyak kombo yang dikeluarkan. Pada pandangan aku, God of War kali ini mempunyai banyak cara untuk aku bunuh musuh. Selain dari sekadar hayun je kapak tu, aku boleh tendang musuh aku jatuh dari tebing, bekukan musuh aku, dan hancurkan diaorangdan juga, finisher. Macam dulu, finisher boleh dibuat dekat sesetangah musuh je, tapi, untuk sekarang, bila aku stun musuh aku, secara automatik, aku boleh gunakan finisher dia.
Macam dulu, selamba hadap je hayun ‘ Blade of Chaos ‘ Kratos tu. Tapi, lepas je aku cuba, aku dah tak boleh main God of War macam dulu, aku kene lebih peka sebab, setiap musuh yang kau jumpa, mempunyai behavious yang berlainan, macam Immunity kepada senjata, ada yang boleh block attack aku dan macam-macam lagi. Penggunaan Atreus juga sangat penting, sebab, ianya akan membuatkan aku rasa senang bile berlawan dengan musuh yang banyak.
Seperti game siri ‘ Dark Souls ‘ , ada jenis-jenis serangan musuh yang aku boleh block. Sama juga dalam game God of War kali ini. Tak semua serangan kau boleh block, tetapi mekanik dodge sangat la penting untuk God of War kali ni. Kalau tak, memang aku arwah awal cerita dia. Perkara yang mengujakan aku, Santa Monica Studio masih lagi mengekalkan mekanik ‘ Rage of Spartan ‘. Macam dulu, bukak je ‘ Rage of Spartan ‘, secara automatik, aku akan diberi ‘ Blade of Olympus ‘, tetapi, kali ini, aku hanya dibenarkan untuk menggunaka tangan je. Bila diaktifkan, nyawa Kratos akan naik secara berperingkat, musuh tak dapat buat kita ke belakang bila diserang, dan aku akan dapat damage yang rendah bila terkena serangan musuh.
PENGEMBARAAN
Dari segi pengembaraan game ni pulak, aku dapat rasakan ada banyak elemen yang membuatkan aku terkesima dan terpaku dengan melihat persekitaraan aku. Dengan muzik yang sangat kena, ianya cukup untuk buat aku rasa nak main, main, dan main lagi. Haa, God of War kali ni, dia bermain dengan Semi-Open-World style, sebab apa, selain dari aku boleh terus kepada misi yang aku kena lakukan, aku boleh detour untuk masuk ke runtuhan-runtuhan yang mungkin ada chest dan juga puzzle yang perlu aku selesaikan.
Bagi aku, Puzzle dia boleh dikatakan susah, tapi takdelah sampai buat kau tersangkut. Maksud aku, boleh lagi diselesaikan, walaupun tanpa guide. Memandangkan, God of War kali ini bermain di persekitaran Mitos Norse, aku banyak jumpa tempat-tempat dan juga binatang yang dicatit dalam Mitologi Norse. Dan , hanya Atreus sahaja yang boleh baca ataupon membaca lore berbahasa Norse ( sebab mak dia ajar).
JALAN CERITA
Elemen terakhir yang aku nak sentuh adalah dari segi penceritaan game God of War kali ini. Macam dulu, kita tahu yang siri God of War sebelum ini, bertemakan dendam dan juga kemarahan Kratos terhadap Zeus. tetapi, kali ini, penceritaan yang sangat berbeza, kerana ianya lebih kepada kebapaan, dimana Kratos dalam usaha untuk mendidik anaknya, Atreus. Sepanjang penceritaan game ni, aku dapat lihat perkembangan perhubungan diantara Kratos dan juga Atreus.
Cara penceritaan God of War kali ini sangat unik, ini kerana, cerita ini bercerita apabila aku mengembara menggunakan sampan. Banyak perbualan tentang apa yang berlaku dengan dunia sekarang, dan kenapa ianya berlaku, diceritakan semasa aku mengembara di atas bot. Bagi aku, ianya merupakan satu yang sangat menarik dan membuatkan aku fokus tentang apa yang terjadi dalam siri God of War kali ini.
Jadi, buat masa ini, itu je lah yang aku boleh bagitahu korang serba sedikit, nak bagi tahu lebih lebih kang, takut jadi spoil. Aku nak korang rasa sendiri, main sendiri, dan alami sendiri apa yang aku dah alami, walaupun baru main sekejap, tapi, aku dapat rasakan banyak perbezaan God of War sekarang berbanding dengan yang dulu. Untuk kali ini, aku boleh bagi 9.8/10. Korang patut main lagi-lagi kepada kipas-susah-mati God of War.
Ini sedikit footage aku main God of War ni :
[UPDATED][SPOILER]
Haaaa, aku datang lagi, tapi kali ni, aku datang dengan bawak spoiler. Muahahahahahahaha! Okay, haritu, aku rasa macam kene scam bile, time interview dengan developer God of War ni, dia kata, Kratos pakai satu weapon, tapi, rupanya, Kratos dapat lagi satu weapon, Haaa, korang nak tahu apa weapon dia? Jom, layan video nih :
Aku nak cerita sikit perkembangan Atreus dan juga Kratos. Hubungan anak dan ayah terbina, tetapi tak seperti apa yang Kratos nak. Kratos cuba mendidik Atreus untuk tidak menjadi pemarah dan hilang kewarasan. Kratos juga menyembunyikan statusnya sebagai God of War dulu. Ini bermaksud, Atreus juga merupakan tuhan. Banyak scene dimana, Atreus tidak dapat mengawal diri, dan membunuh, dengan menyatakan dirinya sebagai tuhan, dan tuhan lakukan apa saja yang mereka mahu. Atreus menjadi Kratos yang dahulu! Penuh bernafsu dan juga amarah. Adakah Kratos gagal?
Selain daripada itu, di awal permainan, Atreus ada menyebut yang dia ada ‘ Penyakit ‘, rupanya, penyakit itu datangnya dari Kratos, iaitu ‘ Rage of Spartan ‘. Atreus masih belum boleh mengawal dan menahan akan kelebihan juga merupakan satu sumpahan yang datangnya dari Kratos ini dahulu yang akan menjadikan Atreus tidak menyedarkan diri semasa cuba masuk ke dalam mode ‘ Rage of Spartan ‘. Ini boleh disaksikan semasa kejadian cubaan membunuh Kratos oleh Modi.
Diatas ini pula merupakan boss-boss yang penting di dalam siri God of War kali ini. Ianya merupakan boss yang menggerakan jalan cerita dalam God of War. Baldur ataupun ‘ The Stranger ‘ pada awalnya, merupakan anak kepada Odin dan Freya. Magni dan Modi pula anak kepada Thor. Hati Mattugr Helson pula diperlukan untuk menyedarkan Atreus.
Kali ini, kalau korang tengok, memang banyak sangat perbezaan boss fight diantara siri God of War yang lama, yang penuh dengan QTE, dan yang sekarang, kurang QTE, tapi lebih kepada Sequential dan juga Pattern semasa berlawan dengan boss tersebut. Banyak boss finisher yang bagi aku, sangat menarik. Lagi lagi, bila korang gunakan ‘ Chaos Blade ‘ Kratos.
@gamersantaimy
Discussion about this post