Hujung minggu yang lalu, episod terbaru My Hero Academia Season 6 telah pun dilepaskan. Kalau anda ingin tahu, inilah episod yang dinantikan oleh ramai pembaca manga, memandangkan ia mempunyai aksi yang hebat ditambah pula dengan kesengitan pertarungan dengan Shigaraki dan hero-hero kita. Malang sekali, kualiti animasi episod My Hero Academia itu agak mengecewakan.

Sebelum kami mulakan, ada beberapa spoiler daripada episod 9 “Bakugo Rising”. Kalau anda tidak kisah dengan spoiler, teruskan membaca!
Nampaknya Studio Bones perlu tingkatkan usaha mereka untuk episod yang akan datang kerana lebih banyak aksi hebat yang akan dipamerkan nanti. Peminat juga mengharapkan yang terbaik daripada syarikat animasi tersebut dan tahu bahawa mereka mampu menghasilkan animasi yang hebat, seperti yang ditunjukkan dalam anime Mob Psycho III.
Anda yang masih belum menonton musim terbaru My Hero Academia, boleh pergi ke platform penstriman seperti Bilibili atau Netflix untuk menontonnya. Kalau ingin membaca manga pula, anda boleh lawati laman web atau aplikasi MangaPlus.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post