Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Imej controller PS5 dan Dev Kit bocor online di Twitter! Benar atau tidak?

Jangan percaya setiap satu tau kawan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 3, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan
0 0
0
Imej controller PS5 dan Dev Kit bocor online di Twitter! Benar atau tidak?
Share on FacebookShare on Twitter

Kami sudah hampir ke penamat generasi konsol terkini dan PS4 pun siap sedia untuk mengeluarkan game esklusif AAA mereka yang terakhir seperti Death Stranding dan The Last of US: Part 2. Umum mengetahui bahawa Sony sedang mencipta PlayStation 5, dan ramai menjangka konsol ini akan keluar pada 2020. Kemungkinan untuk Sony menghantar PS5 Dev Kit kepada developer untuk bermula projek next-gen juga tidak mustahil, kerana sudahpun ada beberapa gambar yang menular di internet yang menunjukkan bakal controller PS5 dan Dev Kit.

Ini adalah antara gambar yang tersebar. Tweet pertama menunjukkan sebuah Console Dev Kit. Konsol itu kelihatan tinggi dan agak petak, dan jika itu ialah satu Dev Kit yang betul, ini bukan sesuatu yang pengguna PS5 akan beli. Manakala tweet kedua menunjukkan sebuah PS5 controller. Controller ini menggunakan konsep yang sama seperti controller PS4 tetapi diubah menjadi lebih melengkung, dengan touchpad-nya diubah suai kepada touch screen.

pic.twitter.com/aYxKO5FtMt

— Tidux (@Tidux) March 31, 2019

https://twitter.com/SUPERSONIC4k/status/1110916566231773185

Walaupun Sony boleh menghantar controller PS5 dan Console Dev Kits kepada developer luar, imej yang ditampilkan ialah palsu. Jason Schreier daripada Kotaku, yang terkenal dengan pengetahuannya di dalam industri, mengatakan bahawa dua sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan kepada beliau bahawa imej ini ialah palsu. Schreier juga menambah bahawa Dev Kits masih belum dihantar ke pihak luar, jadi lagilah tiada sebab untuk percaya imej yang kononnya “bocor” ini adalah benar. Tetapi jika PS5 menyasarkan keluaran pada 2020, peminat berkemungkinan akan dapat peluang melihat rupa konsol PS5 pada hujung tahun ini.

Sehingga Sony sendiri mengumumkan konsol dan controller PS5, peminat tidak harus percaya sebarang “leaked” imej. Memang akan lebih banyak berita palsu apabila PS5 makin hari makin hampir untuk didedahkan, jadi peminat harus percaya maklumat yang muncul daripada syarikat Sony sendiri!

Sumber – GameRant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2020ControllerDev Kitplaystation 5Sony
Previous Post

Square Enix menerima ancaman maut daripada gamer yang tidak puas hati!

Next Post

E3 Demo Anthem 2017 sebenarnya palsu dan pembangunannya dibuat secara terburu-buru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
E3 Demo Anthem 2017 sebenarnya palsu dan pembangunannya dibuat secara terburu-buru!

E3 Demo Anthem 2017 sebenarnya palsu dan pembangunannya dibuat secara terburu-buru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd