Akhirnya Astro Show dan Warnakala Studio telah mengeluarkan trailer rasmi bagi Didi & Friends The Movie dan bakal ditayangkan pada 23 Februari 2023 di seluruh pawagam Malaysia.
Menurut trailer yang dikeluarkan, Didi, Nana dan Jojo telah dilantik untuk menguruskan konsert ulang tahun Pekan Horay oleh Pak Atan dan yang lain-lain. Sudah pasti Didi dan kawannya bersedia menerima tugasan tersebut walaupun acara tersebut besar.

Semasa membuat persediaan awal konsert tersebut, secara tiba-tiba mereka perlu menghadapi masalah yang lebih besar di mana Pak Atan dan Pak Beruang pergi ke Pulau Lagenda untuk mencari sebuah peta misteri. Namun, semasa di sana Pak Atan dan Pak Beruang telah mengalami masalah yang sukar sehingga Didi dan kawan-kawanya ingin pergi tolong mereka.
Sepanjang perjalanan, Didi dan kawan-kawannya perlu menghadapi pelbagai rintangan untuk sampai ke sana dan mencari Pak Atan dan Pak Beruang. Di dalam trailer tersebut, kita juga dapat melihat Didi bersungguh-sungguh mencari peta tersebut.

Di dalam filem ini, mereka memperkenalkan satu watak villain yang bernama Torra (W.A.R.I.S)dan misinya untuk mencari budak di Pekan Horay. Selain Torra, terdapat watak lain seperti Tok Chip yang dilakonkan oleh Dato’ Awie dan Kapten Zee yang dilakonkan oleh Amelia Henderson.
Didi & Friends The Movie ditafsirkan sebagai filem muzikal fantasi penuh aksi yang dilakonkan oleh Dato Awie, Amelia Handerson, WARIS, Ruminah Sidek, Nur Insyeerah, Adilia Myra, Adam Muqri, Khairul Ammar dan Akmal Aziz.

Walaupun dikeluarkan untuk menghiburkan kanak-kanak pada awalnya, sudah pasti filem ini dapat menarik minat orang dewasa juga untuk menontonnya. Hal ini kerana, semasa mereka mengeluarkan teaser pertama pada bulan Disember tahun lepas, ramai orang dewasa yang sangat teruja menantikan filem ini ditayangkan pada bulan Februari ini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Didi & Friends The Movie bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Februari 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post