Walaupun dalam keadaan yang kucar-kacir, siri anime Zom 100: Bucket List of the Dead sempat lagi membawa tetamu khas ke dalam siri tersebut. Seperti yang diumumkan melalui akaun Twitter rasmi anime, idol daripada Zombie Land Saga akan tampil dalam episod baharu Zom 100. Sebuah kolaborasi yang tidak diduga oleh ramai peminat!
Bukan setakat Twitter Zom 100, akaun rasmi siri Zombie Land Saga turut melepaskan ilustrasi khas menampilkan watak utama, Sakura Minamoto dan Producer Kotaro Tatsumi.
Memandangkan kedua-dua siri ini mempunyai tema yang sama berkaitan zombi, jadi tidak peliklah mengapa kolaborasi seperti ini boleh berlaku. Ramai juga peminat yang teruja melihat pengumuman ini. Walaupun begitu bukan semua watak daripada Zombie Land Saga yang akan muncul nanti. Jadi kenalah tontonnya apabila episod ini keluar.
Tentang Zom 100: Bucket List of the Dead
Zom 100: Bucket List of the Dead merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Haro Aso dan Koutaro Takata. Ia mula diterbitkan melalui majalah Sunday GX milik Shogakukan pada Oktober 2018. Kini sebanyak 13 jilid manga yang telah diterbitkan sejak debut pertamanya. Bukan setakat itu sahaja, ia juga pernah dicalonkan untuk anugerah Eisner.

Jadual siaran untuk Zom 100 telah ditukar selepas mengalami beberapa penundaan daripada pelbagai acara lain. Episod 6 anime dijadualkan untuk tayangan pada hari ini, 28 Ogos. Anda yang ingin menontonnya, boleh ke platform rasmi seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI.
Untuk mendapatkan berita terkini mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post