NetEase Games secara rasmi mengumumkan pelancaran acara crossover pertama antara game mobile 1V4 Asymmetrical Battle Arena, Identity V, dan siri manga/anime popular, Detective Conan di mana semua watak terkenal akan berkumpul di Oletus Manor untuk mencari petunjuk bagi membongkarkan kebenaran di sebalik misteri baru!
Berikut adalah watak yang muncul:
- Shinichi Kudo

- Conan Edogawa

- Ran Mori

- Kogoro Mori

- Shiho Miyano

- Heiji Hattori

Dalam crossover pertama dengan siri Detective Conan, pemain harus menyelesaikan kisah baru iaitu “The Fifth Survivor”. Bersama acara ini, kita berpeluang mendapatkan A Costume Lawyer – Kogoro Mori, A Costume Air Force – Ran Mori, A Costume Perfumer – Shiho Miyano (Ai Haibara), dan A Costume Forward – Heiji Hattori. Itu untuk A Costume. Bagi Costume bertaraf S, pakej ganjaran terbaru termasuk S Costume Detective – Shinichi Kudo, S Costume Detective – Conan Edogawa.
Selain itu, banyak lagi collectible menarik akan hadir dalam permainan seperti avatar, grafiti dan lain-lain. Pemain hanya perlu menyelesaikan misi-misi tertentu untuk menebus ganjaran eksklusif ini.
Detective Conan atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Ia mengisahkan pengembaraan Shinichi Kudo, detektif muda yang luar biasa yang telah secara tidak sengaja berubah menjadi seorang kanak-kanak selepas mengalami keracunan.
Identity V adalah sebuah game mobile 1V4 Asymmetrical Battle Arena yang dikembangkan oleh Netease dan berlatar di era Victoria menggunakan gaya Tim Burton. Bagi sesiapa yang berminat, game ini tersedia untuk Android dan iOS, serta Windows PC.Selain Detective Conan, Identity V juga pernah melakukan beberapa acara kolaborasi bersama Danganronpa, siri Persona, filem Edward Scissorhands, The Promised Neverland, dan “Death Note”.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Identity V, sila lawat laman web rasmi mereka di sini: https://www.identityvgame.com/
@gamersantaimy
Discussion about this post