Kepada sesiapa yang bermain League of Legends, mesti kenal siapa Doublelift. Dia merupakan pemain professional LoL, bermain di posisi ADC ( Attack Damage Carry ) , dan sebelum ini beliau berada dalam pasukan CLG ( Counter Logic Gaming ) dan TSM ( Team Solo Mid ). Sekarang beliau bermain untuk pasukan TL ( Team Liquid ). Pagi tadi, aku baru dapat berita yang ibunya sudah meninggal duni akibat serangan dari abangnya, iaitu Yihong Peng. Nak tahu lebih lanjut, jom, ikut aku dalam entri kali ni.
Yihong Peng, 30 tahun, merupakan abang kepada Yiliang ” Doublelift ” Peng, ditahan di Orange County, California pada sabtu lepas dan dituduh atas kesalahan membunuh selepas dia mengaku menikam ibunya sehingga mati dan ayahnya sehingga cedera parah.
Doublelift berkata dalam Twitlonger pada hari ahad, semalam :
‘ Minggu ini saya dapat berita buruk. Abang saya menyerang kedua ibu bapa saya menggunakan pisau. Dari serangan itu, ibu saya meninggal dunia dan ayah saya masih lagi sedang memulihkan diri di hospital. ”
Yihong Peng ditangkap dan dipenjarakan di penjara Orange County dengan kesalahan membunuh dan boleh dijamin dengan 1 juta USD. Polis sedang menyiasat apakan motif disebalik serangan dan pembunuhan ini.
![](https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2018/04/LJFDMQIKBVD7BEYCT66Q5AXAG4.jpg)
Ini merupakan satu perkara yang sedih buat Yiliang ” Doublelift Peng “, harap beliau bertabah dan aku di sini mengucapkan takziah kepada beliau atas kematian ibunya.
Sumber : ESPN
@gamersantaimy
Discussion about this post