Dengan berbaki kurang daripada 12 jam, episod pertama untuk siri anime Chainsaw Man akan ditayangkan. Nampaknya sudah ramai yang tidak sabar untuk menontonnya, malah ramai juga yang siap pasang jam loceng untuk menontonnya. Preview anime juga telah dilepaskan oleh MAPPA pada minggu lepas.
Mesti ada antara anda yang tidak pernah membaca siri manga Chainsaw Man. Alang-alang itu, mari kami berikan ceritakan beberapa benda menarik yang anda akan lihat dalam anime tersebut!

Penceritaan Penuh Dramatik
Walaupun ramai yang ternanti-nantikan aksi daripada anime, tetapi jangan lupa bahawa penulisan Tatsuki Fujimoto boleh tahan seronok. Penceritaannya yang agak dramatik membuatkan mengapa ramai yang ternanti-nantikan bab terbaru manga. Anda akan lihat bagaimana Denji berusaha untuk kekal hidup serta konflik daripada watak-watak lain yang anda bakal temui dalam anime. Pembangunan untuk watak juga dihasilkan dengan bagus oleh pelukis.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/71473797/sub_csm_01_232.0.jpg)
Adegan penuh darah
Tengok sahaja pada cover manga serta trailer daripada MAPPA, sudah terang lagi bersuluh bahawa siri ini akan penuh dengan adegan yang berdarah. Ia juga tidak akan di “censor” oleh MAPPA. Buat peminat yang sukakan aksi ganas seperti ini dalam anime mesti gembira lebih-lebih pembaca manga yang ingin melihat adaptasi yang hampir sama dengan manga.

Sedikit nasihat daripada kami, kalau anda jenis yang tidak boleh melihat darah, mungkin lebih baik membaca siri manga. Tetapi kalau anda rasa mampu untuk menontonnya, tiada halangan untuk anda teruskannya.
Aksi Hebat Berpanjangan
Kalau siri ini penuh dengan darah, sudah tentu pelbagai aksi serta huru-hara yang terjadi sepanjang siri. Pelbagai aksi gila telah berlaku dalam siri manga. Memandangkan anime Chainsaw Man hanya mempunyai 13 episod, mungkin ada beberapa adegan hebat pada volume terbaru tidak dapat ditayangkan. Tetapi kita berharap akan ada musim terbaru untuk membawakan segala aksi hebat tersebut.

Kami tahu ramai yang telah meletakkan harapan tinggi pada kualiti animasi Chainsaw Man. Lebih-lebih lagi dengan gabungan gaya 2D dan 3D yang digunakan oleh MAPPA. Tetapi kita tunggu sahaja apabila episod pertama dilepaskan secara rasmi nanti.
Buat sementara ini, Ani-One Asia antara platform rasmi terpantas untuk menonton siri ini. Kalau anda pengguna Bilibili, anda terpaksa menunggu tiga bulan untuk anime Chainsaw Man tersedia di platform itu. Untuk segala liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post