Hari ini, PlayStation telah mendedahkan senarai game percuma baru untuk para pelanggan PlayStation Plus bermula 3 Ogos 2021. Anda akan menerima dua game PlayStation 4 iaitu Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville, Tennis World Tour 2 dan satu game PlayStation 5 bertajuk Hunter’s Arena: Legends yang baru diumumkan semasa State of Play awal bulan lalu.
Hunter’s Arena: Legends, Tennis World Tour 2 and Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville are your PlayStation Plus games for August: https://t.co/J10v87INrf pic.twitter.com/5NqtCCAn6E
— PlayStation (@PlayStation) July 28, 2021
Hunter’s Arena: Legends (PS5/PS4)
Hunter’s Arena membawa pemain ke dunia Asia Timur kuno di mana mereka akan bermain sebagai Hunter yang perlu menewaskan syaitan, dan membunuh satu sama lain untuk terus hidup dalam battle royale jarak dekat. Dalam pengembaraan ini, perlu menguasai kemahiran bermain pedang dan seni mempertahankan diri untuk mengalahkan semua musuh yang datang.
Matlamat utama di Hunter’s Arena adalah untuk menewaskan 30 pemain lain dan membuktikan diri anda sebagai Hunter yang paling hebat! Terdapat tiga mod yang tersedia di Hunter’s Arena: Solo, Trio, dan Tag Match, serta beberapa strategi kombat yang boleh dilakukan seperti Drop Attack, Quickstep dan Slipstream.
Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville (PS4)
Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville dilancarkan pada tahun 2019, dan merupakan penyambung game Garden Warfare EA terkenal. Ia merangkumi pertempuran team-based dalam mod PvP dan PvE, 23 kelas pemain yang dapat disesuaikan, dan bermain co-op secara split-screen. Game ini turut ditampilkan dalam third-person shooter dimana anda perlu mengawal Plant atau Zombie dan bekerjasama dengan pemain lain di lapangan.
Tennis World Tour 2 (PS4)
Tennis World Tour 2 adalah game simulasi tenis yang dibangunkan oleh Breakpoint Studio dan diterbitkan oleh Bigben Interactive. Ianya dilancarkan pada 22 Mei 2018. Anda boleh bermain sebagai pemain terbaik dunia atau membuat profil sendiri dan mendominasi kedudukan dunia. Terdapat beberapa mod yang boleh dimainkan seperti mod Career untuk mengatur musim, pemain, kelengkapan dan penaja, serta mod Ranked bagi mengasah kemahiran anda.
Kepada pelanggan PS Plus dari Malaysia, anda mungkin akan mendapat game lain daripada yang diumumkan oleh PlayStation. Jadi jangan lupa untuk dapatkan game percuma PS Plus yang disenarikan ini bermula 3 Ogos nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post