Humble Games, bahagian penerbitan Humble Bundle telah mendedahkan beberapa game yang akan diterbitkan tahun ini serta meletakkan sasarannya pada perkongsian yang lebih mendalam dengan studio indie terbaik. Antara yang menjadi highlight Humble Games tahun ini ialah Monaco 2, sekuel kepada pemenang Hadiah Utama IGF, Monaco: What’s Yours is Mine daripada Pocketwatch Games dan Stray Gods: The Roleplaying Musical, naratif fantasi-bertemu-muzik yang diketuai oleh pengarah kreatif dan veteran industri David Gaider di Summerfall Studios.
Selain itu, ada banyak lagi game indie lain yang turut diterbitkan. Tanpa membuang masa, jom kita tengok game-game tersebut:
Monaco 2
Monaco 2 ialah sekuel kepada Monaco: What’s Yours is Mine dan sedang dalam pembangunan di Pocketwatch Games oleh Andy Schatz. Tajuk baharu itu akan menguji kemahiran pemain dalam persekitaran 3D, dijana secara prosedur oleh AI yang direka untuk mencipta cabaran tinggi dan keseronokan licik yang tidak terhingga.

Stray Gods: The Roleplaying Musical
Stray Gods ialah pengembaraan berasaskan naratif dan muzik interaktif, dicipta oleh bekas penulis utama BioWare, David Gaider, muzik oleh komposer Austin Wintory, suara diarahkan oleh pelakon dan pengarah terkenal, Troy Baker, dan dibintangi oleh Laura Bailey yang sangat berbakat.

Coral Island
Ia merupakan game sim ladang yang dibangunkan oleh pasukan multinasional yang berbakat di Stairway Games yang berpangkalan di Indonesia. Coral Island menjemput pemain untuk realisasikan keinginan mereka dan mengalami pulau yang mempesonakan – hidup di darat, menternak haiwan, membina hubungan dengan pelbagai penduduk bandar dan menjadikan dunia sekeliling lebih penting dan harmoni. Game ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran pemuliharaan lautan dengan membina tema penting ke dalam naratif teras dan game loop.

Moonscars
Moonscars akan dilancarkan pada lewat musim panas 2022. Ia merupakan sebuah game slasher 2D yang menampilkan skill-based combat yang memberi ganjaran kepada pemain yang menguasainya dan kisah fantasi gelap berlatarkan dunia indah yang sudah tiada harapan.

Ghost Song
Ghost Song, game 2D gaya metroidvania dengan penekanan khusus pada suasana dan misteri. Dalam Ghost Song, pemain terjaga daripada tidur yang panjang di permukaan bulan terpencil Lorian V di mana mereka mesti meneroka gua berliku untuk mendedahkan rahsia, memperoleh kebolehan baharu dan menghadapi musuh yang kuat.

SIGNALIS
SIGNALIS ialah game horror survival klasik dengan estetika unik, penuh melankolik komik misteri. Anda bermain sebagai Elstar, juruteknik replika yang mencari impiannya yang hilang. Siasat rahsia gelap, selesaikan teka-teki dan selamatkan diri daripada makhluk ngeri sambil mengemudi dalam dunia retroteknologi dystopian ini.

Infinite Guitars
Infinite Guitars ialah rhythm RPG, di mana pemain mesti mengelak melalui serangan berasaskan irama dan bertindak balas dengan gitar solo yang menggetarkan. Berlatarkan dunia yang musnah akibat perang mech yang hebat, Infinite Guitars menampilkan seni yang diinspirasikan oleh anime yang cantik, persekitaran yang cantik dan soundtrack original.

Chinatown Detective Agency
Chinatown Detective Agency dirancang untuk dikeluarkan pada 7 April 2022. Diinspirasikan oleh game klasik Carmen Sandiego tahun 80-an dan 90-an, Chinatown Detective Agency ialah game pengembaraan misteri yang membolehkan pemain melakukan penyelidikan dunia sebenar untuk menyelesaikan kes. Mereka akan mengembara ke seluruh dunia untuk mengejar penjenayah, saksi dan petunjuk untuk membongkar misteri global.

The Iron Oath
The Iron Oath akan dilancarkan pada Steam Early Access pada 19 April 2022 ini. The Iron Oath ialah turn-based tactical RPG di mana nasib syarikat mercenary anda bergantung pada keputusan anda. Sebagai ketua kumpulan askar untuk diupah di Caelum, anda perlu mengupah rekrut, menguruskan operasi anda dengan bijak dan memulakan misi berbahaya untuk terus hidup, berkembang maju dan membina kemasyhuran syarikat anda.

Anda boleh ikuti update terkini daripada Humble Games di Twitter, Youtube, Instagram dan Facebook. Untuk dapatkan liputan lain mengenai game indie, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post