Kebelakangan ini, Ukraine telah dilanda keganasan yang dahsyat sehinggakan membawa korban tragis. Buat masa sekarang, mereka sedang memindahkan orang dan keluarga, dan mencipta keperluan kecemasan untuk mencari bekalan makanan, air, ubat-ubatan, tempat perlindungan dan keselamatan. Humble Bundle sedang mengumpulkan bekalan keperluan penting untuk diberi kepada Ukraine melalui Stand With Ukraine Bundle.
Hari ini, Humble telah bergabung tenaga dengan pembangun game dan perisian serta penerbit buku dari seluruh dunia untuk melancarkan “Stand With Ukraine Bundle” yang akan memberikan 100% daripada hasil untuk menyokong usaha misi kemanusiaan di Ukraine melalui rakan kongsi amal iaitu, “Razom for Ukraine, International Rescue Committee, International Medical Corps dan Direct Relief”.

Bundle ini akan menampilkan lebih 100 game, buku dan perisian. Permainan yang muncul dalam bundle adalah “Back 4 Blood, Metro: Exodus, Satisfactory, Fable Anniversary, Spyro Reignited Trilogy, Rayman Origins, The Long Dark” dan banyak lagi. Buku yang menjadi pilihan adalah “Pathfinder Second Edition Core Rulebook, Starfinder Core Rulebook, Warhammer Fantasy Roleplay 2nd Edition Core Rulebook dan lain-lain. Untuk “software” pula, “Gamemaker Studio 2 Creator 12 Month license, RPG Maker VX, Polygon Farm” dan “Unity to Music Maker EDM Edition” serta banyak lagi yang dipilih untuk bundle ini.

Berikut adalah maklumat rakan kongsi amal ini:
- Razom for Ukraine
- Razom for Ukraine yang membawa maksud bersama-sama untuk Ukraine. Mereka menyediakan bekalan perubatan kritikal ke Ukraine dan membawa suara rakyat Ukraine keluar negara. Mereka fokus pada pembelian barangan dan bekalan perubatan.
- International Rescue Committee (IRC)
- Mereka membantu orang yang terjejas dengan krisis kemanusian untuk terus hidup, pulih dan membina semula kehidupan mereka. IRC ini berada di Lapangan Poland. Mereka bekerjasama dengan rakan kongsi amal yang lain untuk membantu orang yang melarikan diri dari Ukraine deangan memberi bantuan kesihatan dan perlindungan yang penting serta keperluan penting.
- International Medical Corps
- International Medical Corps menyediakan penjagaan kesihatan dan memberi bekalan kepada kanak-kanak, keluarga dan komuniti yang telah kehilangan segalanya. Mereka mempunyai pasukan di Ukraine yang memfokuskan dalam perkhidmatan kecemasan, kesihatan, sokongan mental dan psikososial serta perlindungan.
- Direct Relief
- Meningkatkan kesihatan dan kehidupan orang yang terjejas oleh kemiskinan atau situasi kecemasan dengan menggerakkan dan menyediakan sumber perubatan penting yang diperlukan oleh mereka. Direct Relief kini menyokong Kementerian Kesihantan Ukraine dan hospital tempatan serta kemudahna penjagaan kesihtan di seluruh Ukraine dengan memberi bekalan perubatan dan sumber lain.
Jadi mari kita sama-sama menyokong Stand with Ukraine Bundle yang diasaskan oleh Humble Bundle ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post