Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HOYO FEST Tears of Themis cafe akan dibuka di Malaysia!

Maira by Maira
October 15, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Tempatan
0 0
0
HOYO FEST Tears of Themis cafe akan dibuka di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Tears of Themis akan memiliki kafe bertema yang menampilkan pemuda-pemuda terkenal dalam permainan tersebut. Bukan itu sahaja, kafe tersebut akan tersedia di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Peminat akan dapat melihat pelbagai barangan ekslusif di kafe tersebut seperti makanan dan minuman bertema dan sudah pasti reka bentuk kafe tersebut.

HOYO FEST juga merupakan sebuah acara di Korea Selatan dan Jepun yang sedang berjalan dengan pelbagai sekatan yang dijalankan untuk membendung perkara yang tidak diingini akibat COVID-19. Kafe ini juga akan menjual merchandise dari acara HOYO FEST dan anda akan berpeluang untuk mendapatkan barangan dari permainan miHoYo yang lain seperti Honkai Impact dan Genshin Impact! Seperti biasa barangan seperti Standee, Badge dan pelbagai lagi akan tersedia. Anda boleh lihat barangan tersebut di laman web rasmi HOYO FEST.

Kita masih tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kafe ini dan bila ia akan dibuka. Tetapi kemungkinan ia akan dibuka pada hujung tahun ini. Lokasi kafe ini juga masih belum diumumkan oleh miHoYo. Nampaknya kita perlu menunggu untuk seketika untuk berita lebih lanjut mengenai HOYO FEST kafe ini.

Tentang Tears of Themis

Tears of Themis membawakan para pemain pengembaraan romantik dan perjalanan yang menarik. Pemain akan mengambil alih peranan sebagai pengacara baru di Themis Law Firm dan bekerjasama dengan kekasih yang ditakdirkan ketika mereka menyiasat kes-kes pelik yang muncul di Stellis City. Pemain mesti menyiasat tempat kejadian dan menyoal siasat suspek untuk mendapatkan bukti dan keterangan yang membongkar kebenarannya. Ruang sidang berfungsi sebagai medan perang utama untuk menegakkan keadilan.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Jadi kepada peminat Tears of Themis, korang semua dah boleh siap sedia dompet korang! Dan sudah semestinya kamera yang cantik untuk menangkap gambar makanan dan minuman yang akan tersedia nanti. Mungkin juga akan ada cosplayer yang akan memeriahkan kafe tersebut. Untuk mengikuti liputan lanjut mengenai permainan ini, anda boleh klik pada pautan ini.

Sumber: Gamerbraves

Pra-daftar disini
Tears of Themis
Publisher: miHoYo
Release Date TBC
Android, iOS
Dalam permainan free-to-play ini, pemain akan melangkah ke bidang undang-undang yang menarik, mempertahankan kebenaran dan keadilan, dan menjalin hubungan romantis dengan empat watak utama lelaki.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HOYO FESTkafeTears of Themis
Previous Post

Crytek secara rasmi melancarkan Crysis Remastered Trilogy hari ini!

Next Post

Sertai Borderlands 3 Free Play Weekend di PlayStation, Xbox, & PC Steam, percuma buat masa terhad!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Sertai Borderlands 3 Free Play Weekend di PlayStation, Xbox, & PC Steam, percuma buat masa terhad!

Sertai Borderlands 3 Free Play Weekend di PlayStation, Xbox, & PC Steam, percuma buat masa terhad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd