HoYo FEST bakal kembali ke Malaysia tahun ini (2025) dengan pelbagai acara menarik, baik secara dalam talian mahupun secara langsung, khas untuk peminat Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Zenless Zone Zero, Honkai Impact 3, dan banyak lagi!
Acara ini akan berlangsung dari 24 hingga 27 Julai 2025 di Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil (Dewan 1 & 2), dan menjanjikan pengalaman yang lebih mengasyikkan untuk komuniti HoYoverse.

HoYo FEST 2025 membuka ruang untuk peminat berbakat—termasuk seniman, cosplayer, pemuzik, mahupun pencipta kandungan—untuk mempamerkan kreativiti mereka. Jika anda teringin untuk menonjolkan bakat, inilah peluang terbaik!
Buat julung kalinya, HoYo FEST Artist Alley akan diperkenalkan di seluruh Asia Tenggara, memberi peluang kepada para artis untuk mempamerkan serta menjual karya seni dan barangan bertemakan HoYoverse.
Selain itu, Stage Segment turut diperkenalkan sebagai tarikan baru, di mana cosplayer, pemuzik, dan seniman berpeluang menyerlah di pentas utama. Saksikan pertunjukan cosplay, pameran seni peminat, serta persembahan secara langsung.

Cara-Cara Sertai
Berminat untuk menjadi sebahagian daripada HoYo FEST 2025? Pendaftaran kini dibuka untuk:
- Fan Art Showcase – Paparkan karya seni anda untuk tontonan semua: Daftar di sini
- Artist Alley – Pamerkan dan jual hasil seni bertemakan HoYoverse: Daftar di sini
- Open Stage Performance – Tunjukkan bakat anda secara langsung: Daftar di sini
- Cosplay Showcase – Bergaya dengan cosplay HoYoverse terbaik anda: Daftar di sini
Seperti biasa, HoYo FEST 2025 bakal menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan! Nantikan lebih banyak maklumat dalam masa terdekat.
@gamersantaimy
Discussion about this post