Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Horizon Forbidden West umum expansion ‘Burning Shores’, akan tiba April 2023 [TGA 2022]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 9, 2022
in Action, Adventure, Anugerah, Artikel, Berita, DLC, Open World, PS5
0 0
0
Horizon Forbidden West umum expansion ‘Burning Shores’, akan tiba April 2023 [TGA 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara The Game Awards tahun ini, Sony Interactive Entertainment dan Guerilla Games telah mengumumkan DLC expansion pertama Horizon Forbidden West bertajuk “Burning Shores” yang bakal dilancarkan pada 19 April 2023 secara eksklusif untuk PlayStation 5!

Korang boleh dapatkan pandangan pertama untuk pengembaraan baru Aloy semasa dia mengembara ke selatan Tanah Puak Tenakth melalui trailer di bawah:

Di Burning Shores, kita yang menyaksikan Aloy mengejar ancaman jahat di hutan liar Los Angeles, yang kini berubah menjadi sebuah kepulauan gunung berapi yang berbahaya.

Terpaksa mengembara ke kawasan baharu di selatan Tanah Puak Tenakth, expansion Burning Shores menampilkan jalan cerita menarik selepas penamat Horizon Forbidden West, peluang untuk bertemu watak baharu, pengembaraan lebih ekstrem dan banyak lagi. Menurut Guerrilla Games, mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat tidak lama lagi.

Visi kreatif kami untuk Burning Shores ialah expansion bercita-cita tinggi yang membawa Aloy ke runtuhan Los Angeles. Ia adalah bandar besar dan hancur yang boleh diterokai sepenuhnya melalui air dan terbang di atas Sunwing.

Ancaman sejenis mesin gergasi mengintai daripada bayang – dan adalah cabaran besar yang mesti diatasi oleh Aloy dengan menggunakan semua kemahiran dan kebolehannya.

Untuk mencapai visi besar ini secara teknikal dan kreatif, kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menumpukan semua usaha untuk membuat pengalaman yang luar biasa secara eksklusif untuk konsol PlayStation 5.

Terima kasih sekali lagi kepada semua peminat hebat kami atas kasih sayang dan sokongan anda! Kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi lebih banyak lagi dengan anda tidak lama lagi.

Kata Mathijs de Jonge, pengarah permainan.

Buat mereka yang berminat, Horizon Forbidden West kini tersedia di PS4 dan PS5. Untuk membaca segala liputan kami tentang The Game Awards 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Burning ShoresHorizon Forbidden Westps5
Previous Post

Final Fantasy 16 Akan Tiba Pada 22 Jun 2023 di PS5! Pre-order Bermula Sekarang! [TGA 2022]

Next Post

Crime Boss: Rockay City Akan Lancar 28 Mac 2023 Secara Eksklusif di Epic Games! [TGA 2022]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?
Panduan

Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?

July 2, 2025
Honkai: Star Rail – Panduan Lengkap Phainon: Abiliti, Build Terbaik & Komposisi Pasukan
Panduan

Honkai: Star Rail – Panduan Lengkap Phainon: Abiliti, Build Terbaik & Komposisi Pasukan

July 2, 2025
aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
Next Post
Crime Boss: Rockay City Akan Lancar 28 Mac 2023 Secara Eksklusif di Epic Games! [TGA 2022]

Crime Boss: Rockay City Akan Lancar 28 Mac 2023 Secara Eksklusif di Epic Games! [TGA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd