Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor of Kings Invitational Season 2 Akan Datang Ke Kuala Lumpur!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2024
in Artikel, Berita, Esports, MOBA
0 0
0
Honor of Kings Invitational Season 2 Akan Datang Ke Kuala Lumpur!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula pada 29 Jun 2024, Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan esports MOBA ‘Honor of Kings Invitational Season 2‘.

Di sini, pasukan terbaik pada tahun 2024 akan bersaing untuk kegemilangan dan gelaran juara. Honor of Kings Invitational Season 2 akan menampilkan pasukan dari Asia Tenggara, Brazil, Turki, MENA, LATAM dan Eropah bersama-sama dengan pemenang Open Series 2024 Split 1, di mana pasukan terbaik akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Khususnya, pasukan dari seluruh dunia akan bersaing untuk mendapatkan sebahagian daripada prize pool USD $300,000 dan peluang untuk mara ke Honor of Kings Invitational Midseason. Acara Midseason akan berlangsung semasa Esports World Cup di Riyadh, sebelum Invitational Championship pada penghujung 2024.

Kredit: Honor of Kings Esports

Sebelum ini, Invitational Season 1 berlangsung pada bulan Mac lalu di Istanbul, Turki di mana pasukan juara Vivo Keyd Stars memenangi hadiah utama USD $100,000.

Bukan itu sahaja; baru-baru ini, TiMi Studio dan Level Infinite mengesahkan bahawa game ‘Honor of Kings‘ akan dilancarkan secara global pada 20 Jun untuk peranti mobile Android dan iOS. Mereka yang berminat boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi.

Sebagai konteks, game ini asalnya dikeluarkan di tanah besar China pada 26 November 2015, lalu menjadi salah satu game MOBA yang paling hangat di negara tersebut.

Adaptasi antarabangsa, bertajuk Arena of Valor, telah dikeluarkan pada Oktober 2016; dan menggunakan game engine yang sama tetapi banyak mengubah reka bentuk user interface dan hero untuk menarik perhatian pasaran Barat.

Kredit: Level Infinite

Supaya dapat kembali ke sumbe original, Level Infinite memutuskan untuk membawa Honor of Kings ke peringkat global! Tanpa perubahan dan setulen mungkin seperti versi China, kini semua orang dapat mencuba game MOBA tersebut tidak lama lagi – termasuk pemain Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: honor of kingsHonor of Kings Invitational Season 2Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Ultraman: Rising Akan Ditayangkan Pada 14 Jun, Bersama Dub Melayu!

Next Post

Gamer Jepun Kecewa Orang Afrika Jadi Protagonis Assassin’s Creed Shadows, Sedangkan Banyak Lagi Pilihan Bagus

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post
Gamer Jepun Kecewa Orang Afrika Jadi Protagonis Assassin’s Creed Shadows, Sedangkan Banyak Lagi Pilihan Bagus

Gamer Jepun Kecewa Orang Afrika Jadi Protagonis Assassin’s Creed Shadows, Sedangkan Banyak Lagi Pilihan Bagus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd