Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor Of Kings Bakal Tambah Skin Datuk Lee Chong Wei Ke Dalam Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Tempatan
0 0
0
Honor Of Kings Bakal Tambah Skin Datuk Lee Chong Wei Ke Dalam Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sudah lama bersara, Datuk Lee Chong Wei telah meninggal legasi sebagai salah seorang pemain badminton terhebat sepanjang zaman. Untuk meraikan pencapaiannya, nampaknya Honor of Kings akan menambah skin khas untuk Datuk Lee Chong Wei di dalam game MOBA tersebut.

Semalam, halaman Facebook rasmi Honor of Kings Malaysia memuat naik video yang mengesahkan sebuah kolaborasi akan bermula pada 29 Ogos. Dalam permulaan video itu, kita boleh melihat gelanggang badminton. Namun, info ini sebenarnya telah bocor di internet lebih awal.

Menurut video di bawah oleh @UnNovember, dia telah memuat naik video Skin Spotlight baharu untuk Han Xin, salah satu hero di dalam Honor of Kings, di mana dia bakal menerima skin Datuk Lee Chong Wei. Merupakan skin ‘Epic Limited’ untuk Han Xin, video itu enunjukkan animasi dan efek baharu bagi abiliti Han Xin semasa memakai skin Lee Chong Wei.

Kredit: UnNovember
Kredit: UnNovember

Jika video ini terbukti terbenar, maka skin Han Xin – Lee Chong Wei akan dikeluarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2024.

Pada masa yang sama, Honor of Kings turut bekerjasama dengan Jufferi Jamari, bekas juara dunia Pentas Silat sebanyak empat kali, untuk menghasilkan skin Lam Ascension: Pendekar. Bagi mereka yang berminat, skin ini kini untuk diperoleh sekarang.

Mereka turut memuat naik video di sebalik tabir di mana Jufferi Jamari berkongsi tentang pencapaiannya dan kolaborasi untuk skin Pendekar.

Kredit: Honor of Kings

Nampaknya Honor of Kings gigih menaikkan nama Malaysia, dan sudi memasukkan tokoh-tokoh besar untuk mempamerkan budaya dan sejarah negara tercinta kita. Jika anda masih belum bermain game MOBA ini lagi, saya sarankan anda bermain sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: honor of kings
ShareTweetSend
Previous Post

Harvest Moon: Home Sweet Home Rasmi Keluar Di Mobile, Malangnya Bukan Free-To-Play

Next Post

Manga Boruto Tiru Plot Avengers: Infinity War? (SPOILER)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Manga Boruto Tiru Plot Avengers: Infinity War? (SPOILER)

Manga Boruto Tiru Plot Avengers: Infinity War? (SPOILER)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd