Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HONOR Magic V2 Akan Lancar di Malaysia, Smartphone Boleh Lipat Paling Nipis di Dunia!

Maira by Maira
January 3, 2024
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
HONOR Magic V2 Akan Lancar di Malaysia, Smartphone Boleh Lipat Paling Nipis di Dunia!

Sumber: Gamer Santai

Share on FacebookShare on Twitter

HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan bahawa telefon pintar flagship baharu mereka iaitu HONOR Magic V2, sebuah peranti yang paling nipis dan ringan boleh lipat akan hadir ke Malaysia! Sejak pelancarannya di China pada bulan Julai yang lalu, HONOR Magic V2 telah dinanti-nantikan oleh ramai pengguna gajet di Malaysia.

Sumber: HONOR

Kalau anda ingin tahu, HONOR Magic V2 ialah telefon boleh lipat pertama dengan ketebalan di bawah 1cm apabila dilipat. Ini menjadikannya pilihan terbaik era baharu dalam reka bentuk telefon pintar. HONOR Magic V2 mempunyai badan ultra-langsing berukuran hanya 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm yang menakjubkan apabila dibuka. Ketebalannya itu hampir sama seperti tiga kad kredit yang bertindan. Beratnya juga hanya 231g, lebih ringan dan nipis berbanding model terdahulu.

Peranti ini juga direka untuk menawarkan fungsi yang tiada tandingan dan reka bentuk yang anggun dan canggih di pasaran. Jom kita lihat lebih mendalam tentang telefon hebat ini.

HONOR Magic V2
Sumber: Gamer Santai

Engsel Titanium yang sangat ringan

HONOR Magic V2 menggunakan engsel titanium superlight yang diperbuat daripada aloi titanium, bahan gred aeroangkasa untuk mencapai keseimbangan ideal antara berat dan kekuatan. Berbanding dengan aloi aluminium,  aloi titanium adalah 150% lebih kuat, menjadikannya bahan yang sangat baik untuk telefon boleh lipat yang ringan. Ditambah pula dengan HONOR Shield Steel, ia boleh memastikan engsel dapat menahan haus daripada penggunaan harian.

Dengan segala penemuan ini, peranti ini boleh bertahan lebih daripada 400,000 lipatan, walaupun dilipat 100 kali sehari dan dipercayai tahan untuk jangka hayat sehingga 10 tahun.

HONOR Magic V2
Sumber: Gamer Santai
HONOR Magic V2
Sumber: Gamer Santai

Struktur dan komponen termaju HONOR

HONOR Magic V2 menampilkan struktur sokongan engsel yang direka bentuk semula, mengurangkan ketebalan sebanyak 75% dan kedutan pada skrin dalamsebanyak 47% berbanding model dahulu. Struktur brek canggih baharu memastikan kelancaran dan kestabilan semasa membuka dan menutup pada pelbagai sudut. Ciri ini berguna untuk aplikasi praktikal seperti fotografi hover dan persidangan.

Selain itu, HONOR memperkenalkan komponen kunci mikro dengan saiz seperti butir beras yang menghalang kesalahan jajaran dan kedutan skrin untuk prestasi optimum.

Lebih banyak ruang, kuasa dan ruang wap ultra-nipis

Walaupun reka bentuknya yang sangat nipis, HONOR Magic V2 hadir dengan bateri karbon silikon 5000mAh yang besar melalui komponen driver paparan ‘tiga dalam satu’. Reka bentuk inovatif ini membenarkan lebih banyak ruang dalam telefon.

Untuk mengelakkan pemproses peranti daripada terlalu panas, ruang wap ultra nipis (VC) yang dipanggil HONOR Ultra-thin Bionic VC Cooling System digunakan pada peranti untuk mengekalkan prestasi optimum untuk ketahanan jangka panjang.

HONOR Magic V2
Sumber: Gamer Santai

Akhir sekali, peranti boleh lipat ini didatangkan dengan antena ultra nipis, yang menampilkan reka bentuk nipis tiga milimeter, menjadikannya paling nipis dalam industri boleh lipat.

Kesemua inovasi ini menjadikan HONOR Magic V2 pilihan terbaik era baharu dalam industri telefon pintar, mempamerkan telefon boleh lipat sebagai inovasi hebat untuk generasi akan datang. Peranti ini sememangnya telefon yang akan menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakan teknologi boleh lipat baharu.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi di Malaysia belum diumumkan. Jadi kita nantikan tarikh pelancarannya pada masa akan datang. Untuk membaca segala liputan mengenai produk HONOR, klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HonorHONOR Magic V2
ShareTweetSend
Previous Post

vivo X100 Pro Rasmi Lancar di Malaysia, Alami Pengalaman Fotografi Baharu Dengan Harga Bermula RM 3499!

Next Post

Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Assassin’s Creed Valhalla, Resident Evil 2 & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Next Post
Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Assassin’s Creed Valhalla, Resident Evil 2 & Banyak Lagi!

Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Assassin's Creed Valhalla, Resident Evil 2 & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd