Jenama mobile terpopular di Malaysia, HONOR menggesa para peminat tegar Mobile Legends di Malaysia untuk menyertai live 5vs5 style tournament pada hujung minggu ini, tarikh 23 dan 24 Mac 2019 dan bertempat di GF Centre Court, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.

Tournament Game Palace yang dianjurkan oleh HONOR Malaysia akan menjadi tournament pertama Mobile Legends: Bang Bang yang dianjurkan oleh jenama smartphone ini, dan sejajar dengan tujuan HONOR untuk menyumbang kepada e-Sport di Malaysia. Jumlah sebanyak 26 pasukan akan bertarung untuk membawa pulang hadiah yang nilai lebih daripada RM 6,000.
- Johan – RM3000
- Naib Johan – RM1500
- Tempat Ketiga – RM750
- Tempat Keempat – RM750
Waktu pendaftaran telah bermula sejak 5 Mac dan akan berakhir pada hari ini. Berita malang untuk mereka yang ingin masuk, pendaftaran telah pun penuh. Dengan kadar yang cepat pulak tu. Jangan sedih! Masih banyak lagi aktiviti pada hari event nanti. Maklumat tambahan ada di bawah ya. Selain itu, HONOR Game Palace masih merahsiakan senarai pasukan yang terlibat. Sekali ada pasukan feveret korang pulak kan? Jadi jika korang semua memang nak tahu siapa yang masuk, kenalah datang tau!

Selain daripada itu, terdapat acara Cosplay Show yang dibintagi cosplayer terkenal Catnipx, Laeranduil, Jason, Jojo dan Micho. Catnipx yang memang sudah terkenal di dunia cosplay akan membuat kemunculan sekali lagi di 1 Utama. Masih ingat cosplay Kagura-nya yang comel? Makanan dan minuman pun percuma untuk nikmat penonton. Tak best lah kan kalau duduk berdiri je kan tengok. Kenalah jamah snacks sikit kan. Ohh dan satu lagi berita penting. Kalian berpeluang berjumpa pelbagai tetamu selebriti gaming yang terkenal. Maybe ada kawan kawan eGG Network, mayba ada professional MPL team. Macam mana? Berminat tak? Kalau ya, kita jumpa weekend ni ya geng!
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh pergi ke laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
@gamersantaimy
Discussion about this post