Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor 10 – Kecantikan Dalam AI

Silver Shroud by Silver Shroud
May 17, 2018
in Android, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Honor 10 – Kecantikan Dalam AI
Share on FacebookShare on Twitter

Dua hari lepas, aku ada buat sedikit video untuk korang semua. Iaitu teaser untuk Honor 10. Terima kasih kepada Honor Malaysia sebab bagi aku peluang untuk pegang Honor 10 ni lebih awal dari orang lain di Malaysia ini, atas sebab untuk aku membuat review. Setelah beberapa hari aku mencuba memakai telefon pintar Honor 10, aku sangat berpuas hati akan performancenya. Apa yang dijanjikan telah pun ditunaikan. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom, ikut aku untuk review Honor 10 kali ini.

Design

Design yang digunakan untuk telefon Honor 10 kali ini adalah sangat menarik. Ala-ala iPhone X , menggunakan 2.5 D glass untuk kedua-dua belah sisi telefon. Di hadapan dan juga di bahagian belakang. Yang menarik sekali, di bahagian belakang, ada ciri-ciri seperti cermin, apabila dikenakan cahaya, akan terpancar sedikit gradient aurora di bahagian yang dikenakan cahaya. Selain daripada itu, digunakan juga Ultrasonic Under-Glass Fingerprint.

Dalaman

Tengok dari luaran, nampak macam telefon yang gah, telefon premium seperti Samsung S9 atau pun iPhone X. Tapi, dalaman dia, macam mana pulak? Okay ke? Kamera cantik ke tak? Jangan risau, ni yang aku nak cerita ni. Honor 10 ini dilengkapi processor Kirin 970, dan ianya merupakan Processor Octa-Core. Selain itu, untuk ROM ada dua kapasiti, yang pertama 64GB, dan untuk yang kedua, ianya lebih besar, iaitu 128GB. Untuk Malaysia, RAM digunakan adalah 4GB (Kapasiti RAM berubah-ubah mengikut negara, korang boleh refer website)

Telefon ini didatangkan dengan Dual-lens Kamera belakang yang menggunakan 24MP + 16MP, F/1.8 Wide Aperture, 3-in-1 Focus yang lebih cepat dan 22 real time AI objects juga screen recognition. Sangat bagus bagi mereka yang merupakan seorang Fotografer yang menggunakan Mobile. Hasil yang sangat cantik boleh didapati jika menggunakan Kamera telefon ini. Selain itu, juga mengandungi AI yang boleh mengenal pasti objek yang banyak, dan Cahaya Potrait. Untuk kamera depan pula, menggunakan 24MP, Facial lighting compensation, juga mempunyai pencahayaan Potrait dan ada Potrait AI Mode.

Dibawah merupakan gambar yang diambil menggunakan Honor 10:

Untuk paparan skrin, korang akan dapat mengalami 5.84-inch dengan resolusi 2280p x 1080p FHD+ dengan 16M warna dan 432 PPI. Ia juga merupakan Multi-Touch Sensitive Screen. Ia juga menggunakan Fingerprint Sensor sebagai langkah keselamatan. Juga ada Camera Smart Features, di mana adanya Smart Gallery, Highlight 2.0 juga Voice dan Gesture Control.

Dikuasakan dengan EMUI 8.1, dan bateri yang boleh tahan besar kapasitinya, iaitu 3,400 mAh, standard untuk telefon baru pada waktu kini. Didatangkan dengan 4 pilihan warna, Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black, Glacier Grey. Banyak pilihan warna yang menarik korang boleh pilih, dan bagi aku, semuanya cantik-cantik belaka.

Prestasi

Dilengkapi dengan processor Kirin 970 yang hebat, dan 4GB RAM, Honor 10 mampu untuk bermain game yang orang kata sebagai Intense Graphic games. Sebagai contoh, kami mencuba Final Fantasy XV Pocket Edition, PUBG Mobile, dan juga Vainglory. Selain itu, ada ciri SuperCharge, dimana, korang boleh charge fon korang ke 50% dalam masa 25 minit je kot! Memang berbaloi ah!

Konklusi

Fuhh~ Setelah aku godek-godek, dan bermain dengan telefon ini, pada pandangn aku, sangat berbaloi bagi mereka yang sedang mencari telefon yang murah (walaupun masih tak tahu berapa harga dia, tapi aku rasa murah kot) tetapi, mempunyai prestasi dan menggunakan hardware yang mahal. Ianya dilengkapi dengan ciri yang menarik lagi-lagi AI Camera. Juga menggunakan Processor Kirin 970 dan bateri yang tahan lama.

Untuk info lanjut, korang boleh lah ke Website rasmi dan juga Facebook rasmi mereka.

Sambil tu, moh layan video Gamer Santai Unboxing Honor 10 nih!

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honor 10Telefon Pintar
Previous Post

Siri Devil May Cry Sedang Sale di Steam!!!!

Next Post

Kingdom Hearts III ada Imej Leak dari Acara Premium Showcase

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Kingdom Hearts III ada Imej Leak dari Acara Premium Showcase

Kingdom Hearts III ada Imej Leak dari Acara Premium Showcase

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd