Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Gacha, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Di konsert Honkai: Star Rail baru-baru ini, HoYoverse telah mengesahkan acara crossover yang sangat dinantikan — Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works].

Bertemakan “Sweet Dreams and the Holy Grail,” acara besar ini akan bermula pada 11 Julai dan akan membawa watak ikonik Archer dan Saber ke dalam dunia RPG turn-based tersebut sebagai unit yang boleh dimainkan.

Sweet Dreams and the Holy Grail: Honkai: Star Rail × Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Collaboration Information Preview

From July 11, the special collaboration warp and the collaboration-themed event will be available! Let's check them out!

Learn More:… pic.twitter.com/Ue8PvHK8ib

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) May 3, 2025

Pertama kali diumumkan dalam Special Program Versi 2.4 dan turut diperkenalkan di Gamescom Opening Night Live 2024, kolaborasi Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] menggabungkan pengembaraan kosmik ciptaan HoYoverse dengan dunia novel visual dan anime legenda Type-Moon, dengan fokus khusus pada Unlimited Blade Works.

Pemain akan dibawa ke “planet impian” misteri untuk menyertai Penaconian Holy Grail War, di mana mereka boleh memanggil Heroic Spirit, menggunakan Command Seal, dan melepaskan Noble Phantasm dalam pertarungan strategik.

Acara ini akan memperkenalkan dua watak kegemaran peminat daripada Fate/stay night sebagai unit 5-star terhad:

Kredit: HoYoverse
  • Archer (Hunt: Quantum), disuarakan oleh Junichi Suwabe, ialah Servant kepada Rin Tohsaka, terkenal dengan pedang kembar Kanshou dan Bakuya. Archer akan diberikan secara percuma kepada semua Trailblazer yang log masuk sepanjang tempoh acara ini.
  • Saber (Destruction: Wind), Artoria Pendragon — Servant kepada Shirou Emiya dan salah satu watak paling ikonik dalam francais Fate — pula boleh diperoleh melalui Event Warp. Saber dijangka menjadi unit berimpak besar dan akan terlibat dalam kisah baharu yang menunjukkan interaksinya dengan kru Astral Express.
Kredit: HoYoverse

Warp banner khas yang memaparkan kedua-dua watak ini akan tersedia untuk tempoh yang panjang. Kiraan warp kumulatif mereka akan direkod secara berasingan daripada warp biasa seperti Character Event Warp, dan pemain boleh menggunakan Star Rail Special Pass untuk mencuba mendapatkan unit-unit istimewa ini.

Menariknya, cerita crossover ini diselia sendiri oleh Kinoko Nasu, pencipta asal Fate/stay night, bagi memastikan pengalaman yang autentik. Reka bentuk watak Archer dan Saber pula dihasilkan oleh Takashi Takeuchi, artis terkenal dari Type-Moon.

Untuk maklumat lanjut, pemain boleh mengunjungi laman web rasmi HoYoverse.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fate/Stay NightHonkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

Grand Theft Auto VI Ditunda Ke 26 Mei 2026, Perlu Tunggu Satu Tahun Lagi

Next Post

HoYoverse Umumkan Game Baharu, Mungkin Bertajuk Honkai: Nexus Anima

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
HoYoverse Umumkan Game Baharu, Mungkin Bertajuk Honkai: Nexus Anima

HoYoverse Umumkan Game Baharu, Mungkin Bertajuk Honkai: Nexus Anima

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd