COVER Corporation mengumumkan hari ini bahawa “TEMPUS WEEK”, acara panjang yang akan diadakan sempena ulang tahun pertama HOLOSTARS English -TEMPUS-. Acara ini akan diadakan bermula 5 November sehingga 11 November 2023.
Untuk pengetahuan anda, antara perkara yang akan diadakan semasa TEMPUS WEEK adalah stream kolaborasi yang memaparkan ahli-ahli HOLOSTARS English -TEMPUS- termasuklah stream akhir dengan kesemua enam ahli! Sebagai tambahan, terdapat banyak pengumuman merch, muzik dan pelbagai berita yang menarik sepanjang minggu itu!

HOLOSTARS English -TEMPUS- 1 Year Anniversary Stream Relay
Ahli-ahli TEMPUS akan menstrimkan kolaborasi ulang tahun mereka bermula 5 November 2023. Stream akan dimulai Regis Altare, Axel Syrios, Gavis Bettel, Machina X Flayon, Banzoin Hakka, dan Josuiji Shinri. Setiap daripada mereka anda mengadakan steam kolaborasi khas memperingati ulang tahun 1 tahun kumpulan itu.
Berikut adalah jadual untuk setiap stream:
- Regis Altare
- Tarikh: 5 September 2023
- Masa: 9 pagi
- Axel Syrios
- Tarikh: 6 September 2023
- Masa: 9 pagi
- Gavis Bettel
- Tarikh: 7 September 2023
- Masa: 9 pagi
- Machina X Flayon
- Tarikh: 8 September 203
- Masa: 9 pagi
- Banzoin Hakka
- Tarikh: 9 September 2023
- Masa: 9 pagi
- Josuiji Shinri
- Tarikh: 10 September 2023
- Masa: 9 pagi
HOLOSTARS English -TEMPUS- Group Stream

Pada 11 September, mereka akan berkumpul untuk sebuah stream kolaborasi yang bermula pada 9 pagi. Buat masa ini tidak diumumkan saluran Youtube mana yang akan digunakan untuk stream ini. Jadi nantikan maklumat lanjut melalui akaun X rasmi pada masa akan datang.
Jadi peminat TEMPUS, jangan lupa untuk sertai stream khas ini pada bulan depan! Untuk mendapatkan berita menarik mengenai Vtuber daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post