Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

hololive Buka Pendaftaran Untuk Ujian Beta Aplikasi “holoplus” Global

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2024
in Artikel, Berita, Vtuber
0 0
0
hololive Buka Pendaftaran Untuk Ujian Beta Aplikasi “holoplus” Global
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Cover Corporation mengumumkan bahawa mereka telah membuka pendaftaran untuk closed beta test (ujian beta tertutup) bagi keluaran global “holoplus“, aplikasi rasmi untuk segala hal berkaitan hololive.

Permohonan untuk ujian beta tertutup akan dibuka bermula hari ini 30 April hingga 13 Mei 2024.

Kredit: Cover Corporation

Bagi mereka yang kurang tahu, aplikasi ini sudahpun dikeluarkan di Jepun pada Ogos 2023, dan aplikasi di atas adalah untuk versi global. “holoplus” ialah portal mudah untuk menerima berita dan kemas kini tentang bakat hololive, termasuk berita yang dikeluarkan secara eksklusif pada aplikasi.

Ia juga dilengkapi dengan akses kepada “komuniti peminat rasmi” di mana peminat boleh berbincang dan berkongsi kandungan berkaitan hololive antara satu sama lain. 

Keluaran holoplus global jani untuk menyampaikan semua kandungan terkini dalam bahasa Inggeris dan Jepun serta penapis bahasa untuk memudahkan pencarian komuniti di dalam aplikasi. Jadi anda tidak perlu risau tentang isu bahasa.

Kredit: Cover Corporation

Mereka yang berminat untuk mendaftar ujian beta tertutup holoplus boleh berbuat demikian dengan mengisi borang pendaftaran melalui Google Docs.

Cuma harap maklum, akses kepada ujian beta tertutup hanya akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai telefon pintar yang berfungsi pada iOS 14.0, Android 7.0 atau lebih baru. Pada masa yang sama, versi global holoplus masih dalam pembangunan.

Oleh itu, kandungan ujian beta tidak mewakili kualiti produk semasa pelancaran dan tertakluk kepada perubahan selanjutnya.

Untuk segala berita kami tentang hololive, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hololiveholoplus
ShareTweetSend
Previous Post

Game Paling Hangat di Steam Setakat Ini – Manor Lords! Jual 1 Juta Unit Dalam Hanya 2 Hari!

Next Post

MSI Claw Dapat Upgrade Besar BIOS & GPU, Kini Diskaun RM250!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
MSI Claw Dapat Upgrade Besar BIOS & GPU, Kini Diskaun RM250!

MSI Claw Dapat Upgrade Besar BIOS & GPU, Kini Diskaun RM250!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd