Hari ini, COVER Corporation mengumumkan penampilan beberapa bakat hololive di Anime NYC yang ditaja oleh Crunchyroll. Bersama, mereka akan menganjurkan acara bersejarah pertama bermula 17 hingga 19 November ini di Javits Center, New York City.
Berikut adalah isi butiran acara:
Anime NYC & hololive Meet: Hoshimachi Suisei @ NYC bersama tetamu khas Mori Calliope

Persembahan pertama di Amerika Syarikat oleh bintang hololive Generasi 0, Hoshimachi Suisei, dengan penampilan tetamu istimewa oleh Mori Calliope daripada hololive English -Myth-, pada Jumaat, November 17. Menemani penyanyi tersebut di atas pentas sebagai tetamu jemputan adalah, Mori Calliope daripada hololive English -Myth-.
hololive English -Advent- NYC Invasion

Kemunculan panel pertama hololive English -Advent- pada hari Sabtu, 18 November. hololive English -Advent- akan membuat penampilan panel penuh pertama mereka di
Anime NYC yang terdiri daripada:
- Shiori Novella
- Koseki Bijou
- Nerissa Ravencroft
- Fuwawa Abyssgard
- Mococo Abyssgard
Pengarah Rancangan NYC Anime, MK Goodwin, berkata;
“Kami sangat teruja bekerjasama dengan produksi hololive bagi tawaran menarik ini untuk peminat di Anime NYC. Kami tidak sabar untuk membuat sejarah di Anime NYC dan membawakan pengalaman eksklusif ini untuk peminat produksi hololive dan VTuber menikmati di New York City.”
Ketua Pegawai Eksekutif COVER Corporation, Motoaki Tanigo, turut menambah;
“Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Anime NYC untuk membawakan persembahan bakat kami daripada produksi hololive kepada peminat VTuber di Pantai Timur Amerika Syarikat. Kami sedang merancang pelbagai acara untuk dinikmati semua orang, dan kami berharap semua orang yang datang melawat akan
berseronok.”
Ingin berjumpa bakat hololive? Anda boleh tekan pautan ini untuk semak jadual mereka.
Baca segala liputan kami tentang hololive di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post