Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hiro Mashima melancarkan manga baru, Dead Rock! Orang sama yang buat Fairy Tail, Edens Zero

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Hiro Mashima melancarkan manga baru, Dead Rock! Orang sama yang buat Fairy Tail, Edens Zero
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, pelukis manga terkenal Hiro Mashima, mengumumkan bahawa dia akan memulakan siri manga baharu bernama Dead Rock. Merupakan pencipta kepada siri popular Fairy Tail dan Edens Zero, projek ini pernah diceritakan pada bulan Januari lalu di mana Mashima menyatakan ia sangat berbeza daripada karya-karya sebelum yang pernah dia lakukan.

発表されました!7月から月マガで「DEAD ROCK」(デッドロック)という短期集中連載始めます!今までの作風とは少し毛色の違う作品になりそうです。お楽しみに! pic.twitter.com/PmKLK0KcuC

— 真島ヒロ (@hiro_mashima) June 5, 2023

Bakal dikeluarkan pada 6 Julai 2023 di Monthly Shonen Magazine, manga itu merupakan siri pendek tetapi masih menjadi cabaran kepada Mashima sebagai seorang artis. Bak kata Mashima, siri ini akan menjadi cabaran;-

Bukan sahaja kerana Dead Rock adalah genre yang sama sekali berbeza tetapi kerana dia juga perlu bekerja pada Dead Rock, Edens Zero, dan Fairy Tail: 100 Year Quest sekaligus. Walau bagaimanapun, Edens Zero telah memasuki saga finale dan bakal tamat pada tahun ini, jadi ia mungkin dapat meringankan bebannya serba sedikit.

Akan dikeluarkan sebulan sekali, Manga Dead Rock disifatkan sebagai siri fantasi gelap dengan hero dan heroin yang serba baharu dan unik daripada tema shonen tipikal.

Kredit: Monthly Shonen Magazine

Berikut adalah sinopsis:

Manga fantasi gelap ini mengisahkan tentang Dead Rock, sebuah institusi untuk Demon King yang menjulang tinggi di dunia iblis. Untuk membuktikan dirinya di Dead Rock, seorang iblis muda bernama Yakuto menyahut cabaran peperiksaan yang ternyata sangat kejam.

Info lanjut tentang Dead Rock tidak dikongsikan tetapi Mashima memberi pesanan bahawa peminat yang sukakan karya lamanya mungkin tidak begitu suka akan siri baharu itu. Namun, jika anda peminat tegar kepada manga ciptaan Mashima, saya mengesyorkan anda semua untuk membacanya jika berpeluang!


Kredit: Kodansha

Hiro Mashima ialah artis manga dari Jepun. Dia memperoleh kejayaan dengan siri pertama, Rave Master, yang dikeluarkan dalam Weekly Shonen Magazine terbitan Kodansha dari 1999 hingga 2005. Karya terlarisnya, Fairy Tail, dikeluarkan dalam majalah yang sama dari 2006 hingga 2017, dan menjadi salah satu siri manga paling popular di seluruh dunia dengan jualan lebih 72 juta salinan. Kini, Mashima sedang menguruskan manga Edens Zero, yang sudah lama disirikan sejak tahun 2018.

Baca segala berita kami tentang Hiro Mashima di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead RockEdens ZeroFairy TailHiro Mashimamanga
ShareTweetSend
Previous Post

Disebabkan Sambungan Internet Terputus, Watak Level 100 dalam Hardcore di Diablo IV mati!

Next Post

Diskaun besar untuk seluruh koleksi game Yakuza – hanya di PS Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Diskaun besar untuk seluruh koleksi game Yakuza – hanya di PS Store!

Diskaun besar untuk seluruh koleksi game Yakuza - hanya di PS Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd